Friday, January 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Ucu!

erm...sedih jugak xdapat balik limbang...tgk ucu ngn uncle kawen...

tp xpe la, mgkin xde rezeki...huhu, hope sgt dorg bahagia dunia akhirat..rinduu sgt pada nini, ucu, wada', pika, boboy, tasya, syahida......my kitty....n semua keluarga nini...i really miss them...

smoga nini cpat sihat...smoga perkawinan ucu kekal hingga ke akhir hayat...

to ucu > selamat bercinta sampai ke syurga! :)

Jauh...

bismillahirrahmanirrahim..

aku sdih, sbb dia jauh...:'(

cuti sempena raya cina pun da start, ari ni xde clz tp mcm2 jgak nk kena uruskan..

huhu, ramai tol junior aku balik semenanjung, cis jeles2!! smga mereka gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang...

slide presentation LI jgn lpe ye suma.. 12 Feb 2011 ni kita present, huhu..

hppy holiday! cuti2 Malaysia... :)

jaga diri, keselamatan, kesihatan hopefully semuanya baik2 sja ameen..

Thursday, January 6, 2011

Doa Lepas Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.