Friday, July 27, 2012

Kerja atau Belajar?

Assalamu'alaykum wbt.

*pd teman blogger or anyone else yang singgah pada entry kali ni, sowy kalo entry kali ni menyerabutkan pikiran korang. this is just my views n my crazy opinion about my future life and now also..insyaAllah..*kalo panjang umur..:)

*hujan 'fikiran' mula rintik2*

tetiba serabut tol fikiran aku.

tetiba aku rasa mcm nk terus kerja jee. nak cari pengalaman kerja dan belajar masa kerja!

arghh!! nape tetiba rasa mcm nii. xkan sebab masalah duit nak sambung deg? herm, mybe jgak lah.

sambung ijazah? 

dpt ilmu tp xdpt pengalaman kerja,
hutang bertambah,
duit xde. hanya bergantung pd pinjaman semata. kalo duit pinjaman pun xcukup nak menampung perbelanjaan segala bagai, mintak mak ayah. adoii.menyusahkan org tua lagii.
hutang pinjaman pelajaran menganggu ketenangan hidup!
asek terpikir hutang.sempat ke aku bayar ni...ermm
kalo dpt keje cikai2 yg xmampu utk bayar hutang, meranaaa kot!huwaa..

tp dpt ramai kawan masa belajar.

maybe aku akan aktif koku mcm masa aku blajar dip dlu sbb i love it !! aku suka mengisi masa lapang maupun masa sempit dgn aktiviti koku :P . tp time belajar teori..erghh. erghh. malas bertalu2 datang melanda diri. dan apa yg dibaca xmasuk sangat pun. dan aku mudah pelupa dan cepat xingat apa yg aku baca. kekadang apa yg aku baca dan hafal..bila time exam lain plak yang keluar! dah jadi simpang siur. baca faham ingat. *sekadar pengetahuan dan utk exam !!

then bagi pendapat aku, kalo kerja. kita akan buat ia hari2. dan ia lebih praktikal utk diingati. praktikal dgn teori mmg sgt jauh beza. aku mungkin lebih mudah ingat bila buat perkara tu hari2..tp teori pun penting jgak...dan aku xnafikan..bila revision balik topik2 dan subjek2 yang dah belajar masa diploma dulu...utk interview ni nanti, aku terbayang2 balik apa yg lecturer bincangkan, tekankan..perbincangan..but not overall lorh. just certain..but i'm still feel gratefull cz i remember it! :D *muka bahagia* argh..(walaupun xtaw interview nanti tanya soalan apaa) -rasa seronok nak rasa pengalaman interview secara rasmi dari goverment buat kali pertama ! :D

-walaubagaimana keadaannya (interview) terok maupun baikk aku harus hadapinya...yeaah.paling penting cabaran setelah dapat/xdpt kerja tu. :)

kalo kerja ??

duit dapat,
pengalaman,
pengetahuan scara xrasmi dapat,
kenalan pun dapat,
nak aktif koku (dlm erti kata aktiviti sukan lasak/aktiviti rekreasi santai/silat/usrah/seminar & kursus in anything) pun dpaatt.heee :D insyaAllah ! aminnn. :))

ok ok. kalo leh aku nak sambung belajar lepas da kawin nanti..! argh..ape aku merepek nii.

selagi xkawin selagi tu xnak smbung belajar eh? hahaha!

haha..bengong nye..+_______+ tidaakkkk.!! harap harappnyaa lepas aku kerjaa nnt minat nak belajar lebih dalam lagi tu semestinya adelah ye..hoho n hopefully aku boleh menampung pembelajaran aku di peringkat ijazah tanpa hutang!! aminnnn. INSYAALLAH.

kalo xsambung skrg, taw ke lagi entah2 xdpt sambung belajarr dahh. erkk..ok, dgn ini saya menangguh pengajian sarjana muda saya atau mungkin xsambung (tgk pd keadaan) ATAS sebab ingin mencari pengalaman kerjaaa walau apapun jenis kerjaa itu as long saya belajar dan memberi pengalaman pd saya utk mengenali dunia REALITI MASA KINI!

ok ok.apa2pun, **aku nak g daftar gak kt UMT nnt. :DD hee..insyaAllah...cz i love courses dat their offer to me. then nak apply utk tangguh pengajian dahuluu.:)

sekian, terima kasihhh kerana membaca ! datangg lagi. sebarang komen adalah tidak diperlukan. kalo nak drop jgak, leh buat ulasan di bawah yee...setelah meneliti kebaikan dan keburukan di dalam entry kali ini. kesudian anda jika ingin mengulas adalah sangat dihargai oleh pihak produksi belog hidup garing dan sedap milik salah seorang puteri di dalam hutan belantara misteri ini ! :D

_________________________________________________________________________________

** segala perubahan adalah tertakluk pada pihak pengurusan hidup garing dan sedap oleh tuan punya alam luahan maya dalam mencari dan melakukan yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis/pemberitahuan di belog beliau ini.

wallahua'lam (dan ALLAH lebih mengetahuinya) .  :)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamu'alaykum semua :)

"Wishing You A Blessed Ramadhan Wherever You Are!" :D

Alhamdulillah. masih diberi rezeki, umur dan peluang lagi untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia pada tahun ni..quote di atas tu adelah msj drpd celcom! heheh..happynyaa aku dpt msj berlagu drpd celcom sempena ramadhan ni ! terharu btul! hoho...:P

ok, quote atas ni aku nak tujukan juga pd semua teman blogger aku n pelawat yang menyinggah di blogku ini :) tp sowy xde lagu mcm celcom bagi kat aku..(nak lagu dgr lah lagu kt blog aku ni eh..:P) haha semoga amal kebaikan yang dilakukan pd bulan ramadhan ni diberkati Allah..moga Allah berkati umur, amalan, rezeki dan hidup kita..amin ya rabbal'alaminn.

doakan aku berjaya wat terbaik dlm interview aku eh, 31 julai 2012, Selasa nanti. insyaAllah..:) jika pekerjaan tu baik utk aku, masa depanku, agama dunia dan akhiratku..moga Allah mudahkan ia bagiku...jika tidak/belum masanya lagi..moga Allah jauhkan ia drpdku utk mdapat pekerjaan tu...aminn.

dats all. thanks for reading! mohon doa kalian, jazakumullah khairan ;)

Thursday, July 19, 2012

Terengganu :)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La haw la wala quwwata illa billahil' aliyyil 'azim..

Terengganu Darul Iman.

pabila mendengar namanya sudah membuatku jatuh hati. terengganu darul iman. :) iman? herm, pasti penduduknya juga beriman..tekaku. ;) hik3..insyaAllah..aminn.


***

sejak kecil lagi aku sering ke kuala terengganu ke rumah nenek sdaraku. selalu pd waktu cuti sekolah lah. sama ada rela atau terpaksa, aku sering dibawa ke sana bersama adik aku.hehe mula2 pergi menangis2 sbb mak abah sume xikut. tp bila dah sampai sana, lupa terus kt dorg.hoho :P kt sana, rumah nenek sdara - kalo ikut pangkat nama. tp kitaorang xpanggil nenek pun sbb neneknyaa muda dong,hehe jadi panggil mak saba dan pakman je lah. tp kalo ikut keturunan, lahir dari mana dan mana sepatutnya panggil tok saba dan tok man lah :P tp mcm tua sgt pulak nk panggil tok. sbb nenek dan atok sdara aku ni baya2 mak dan ayah aku je. huhu

pak man dan mak saba mempunyai 2 orang anak. nama diberi abdul latif dan latifah :) panggil abang latip dan kak tipah. abang latip tua 10 tahun daripada aku. dulu masa kecik2 rapat sgt ngn dia. bila melihat balik gambar2 lama, aku rasa mcm malu plak bila tgk gambar aku sendiri. hoho akrab benor ngn abg latip. tp bila dah besar sket naik darjah 5..baru aku rasa malu dan segan.huhu

pak man dan mak saba juga mempunyai sebuah kilang membuat roti , roti burger, sos cili, sos tomato, roti pizza, roti manis yang diusahakan sendiri oleh tulang empat mereka bersama bantuan keluarga dan pekerja terdekat. jadi, selalu kalo balik terengganu sbab nak makan roti free je.hoho nak tolong pun, masa tu rasanya mmg xlah. tolong menyibuk adalah. tp bila dah besar sket..naik tingkatan, aku pun tolong lah apa yg patut. selalu keje yang aku buat. packing roti lah. huhu banyakk sgt. memang berpeluh2 lah kalo wat. kalo lambat wat, lambat lah siap dan lagi lama lah berdiri. +__+ tp bila semuanya dah siap,ouhh heaven nya rasaa. nikmat betul dpt berehat setelah kepenatan. :D

yang aku paling sukaa dkt kuala terengganu ni bila hari jumaat.

hari jumaat cuti. ada sekali tu aku balik dan esoknya hari jumaat kalo xsilap..mak saba dan pakman bawak aku g dgr ceramah dkt masjid mana tah. aku xigt. tp dekat ngan pantai. mmg best sgt. ramai sangatt orang. penuh masjid tu. kereta2 motor2 berderet2 pada pagi jumaat tu. itu lah kali pertama aku tgk suasana dan keadaan yang mcm tu. rasa seronok sangat. aku terkejut. sbb pada pagi jumaat tu orang ramai berduyun2 pergi masjid xkira laki dan pempuan utk g dgr ceramah agama! subhanallah...since dat, i fall in love wif terengganu. jatuh cinta dgn orang2nya. yang gigih menuntut ilmu agama. hidup sederhana. walaupun miskin tapi nampak bahagia dan kaya jiwa. jiwanya dikayakan dgn ilmu pengetahuan fardhu ain yang satu ini.  :)



abis ceramah mak saba dan pakman jual lah roti . selalunya habis dan laku lah. sbb roti mak saba dan pakman ni sedap dan murah.siyess. aku kalo balik sana mmg boleh hidup lah kalo xmakan nasi. makan roti je pun kenyang. makan roti manis sambil cicah sambal belacan. sdapp sungguh lah weh. hahaha

tp..............

sekarang banyak yang telah berubah. waktu terus berlalu dgn pantas. meninggalkan masa2 lalu ku. pak man dah meninggal masa awal tahun 2010...last aku g terengganu masa cuti sem pd tahun 2009...itu lah last aku jmpa dan mengait kenangan bersama pakman. masa aku dpt tahu berita pemergian beliau pulang pd ilahi..waktu aku tgh dlm bas, g amali luar kot. menangis aku. perasaan ini xtertahan sedihnya. aku di bumi kenyalang. untuk balik pulang ke semenanjung adalah mustahil dan xsempat utk menjenguk beliau. pasti. ditambah dgn bebanan tugas dan jadual kelas yang padat. aku hanya mampu menangis dan meratap rindu pada beliau. beliau insan yang amatku sayang setelah ibubapaku. :'( kenangan bersama beliau sangat banyak. kuala terengganu adalah tempat kenangan kami....terlalu banyak.

yaa, masa lalu adalah perkara yang paling jauhh dari kita. tp hidup ni xselalunya indah kan..yang indah itu tetap hidup dlm kenangan. :') moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau dlm kalangan orang2 yang soleh. aminn ya rabbal'alamin.


Wednesday, July 18, 2012

UPU 2012

Allahuakbar!

*hati berdebar-debar*

entah dapat aku sambung pengajianku di peringkat ijazah entah tidak..aku hanya mampu bertawakal kepada Allah. tika itu aku sedang dlm perjalanan pulang ke rumah setelah rehlah bersama masyarakat kg. org asli ulu yam. semakan tawaran boleh dibuat melalui SMS. jam telah menunjukkan 12.30 tengahari. namun balasan sms yang aku hantar pd no. upu belum lagi berbalas. aku menunggu dgn sabar. aku nekad, jika tawaran ijazah ini tidak menepati perasaan dan jiwa aku tika aku mendapatnya aku tidak mahu menyambung pelajaranku lagi. aku terfikir2 tawaran kerja oleh kawan mak dan panggilan temuduga oleh spa. tapi layakkah aku untuk mendapatkannya? xpe. kita cuba yang terbaik yaa. ;) rezeki ada di mana2 kann..hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya. meskipun terpaksa melencong jauh sedikit dari bidang yang aku ceburi tika diploma dahulu.



bagiku tidak mengapa. asalkan ia memberi pengalaman, peluang untukku terus belajar dan belajar dalam alam pekerjaan yang kadang aku tidak tahu menahu untuk melakukannya. dan rezeki halal lagi diberkati (cukup walaupun sedikit) itulah yang aku cari. itu lah yang aku impikan. semoga pekerjaanku selama ini dan akan datang diberkati Allah swt. aminn.

12.44 pm.

RM 0.20 UPU: 90100114**** Tahniah, anda berjaya ditawarkan program GS03. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran. 

"Alhamdulillah !" :D 

erkk..tp jurusan apa? kos apa? ermm..-___- 

aku terpikir2 ni..mcm jurusan sains taman dan rekreasi jee..hadoi. aku lega dapat tawaran sambung belajar. tp kos apa yang aku terpikir2 tu yang wat aku sedih. kalo boleh, xnak masuk upm lagi. ermm, bukan xbest atau jauh dan sebagainya. tp ntah la. aku xrasa nk masuk ctu. melihat kengkawan aku kena ulang balik kem hutan, belajar balik sains tanah dan subjek2 yang dah penah belajar masa diploma dlu. buat aku rasa xnak masuk upm serdang. bagi aku, biarlah masa degree nanti aku belajar perkara baru yang lain plak. melihat kembali subjek yang penah aku belajar berbulan2, amek exam, tetiba nak kena amek balik masa degree buat aku muak. maaf. tp itulah yang aku rasakan. 

4 me, UPM is the bestt research university. its a largest area among the others university. but..my heart not there...n i dont know why..mungkin aku bkn jenis yg suka mengulang belajar dalam under u yg sama kot. hehe :P nak rasa u lain gak. kalo bleh..

aku terpikir2 kos apaaa la yg aku dapat ni. UM? mcm mustahil. yelah, org xpndai kan. dekan pun xpenah dapat, xkan lah leh masuk UM utk intake aku ni?hehe kalo dapat rezeki lah. lagipun kos yang aku mintak -ekologi dan biodiversiti - mmg aku minat sgt. tp perasaan aku 50-50. UKM? jurusan zoologi -pergh..xkot. jangan lahh dapat. bukan xminat tp xberani kot nak amek. saje je apply nak bg penuh ruang kosong RU tu. hehehe perasaan aku 40-60. minat mmg minatt. ska sgt tgk binatang comel2 sume kt zoo negara tu. selalu aku tgk. tp time bab harimau, ular, buaya, etc...errrrr. nauzubillah. UPM? bacelor perhutanan , bacelor sains taman dan rekreasi.  30-70. kalo dapat mungkin pergi xpergi. sebab? baca balik dari atas.

abis dah 4 pilihan di RU. then..4 pilihan di universiti lain..

UMT? pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti. kalo xdpt UM, dpt UMT pun bersyukur sgt dah laa. sbb dat coz lebih kurang kot. perasaan : 80-100. UMS? biologi pemuliharaan..err.sabah. oh, adakah aku harus merantau lagi?? oh tidakk.seksa kot nak balik umah dgn tambang mahal dari airasia dan mas ! 20-80. UNIMAS? pengurusan sumber haiwan, pengurusan sumber tumbuhan- kalo dpt, biar sama dgn lia jebat gak.muahaha..baru best ! ada gengg. heheehe geng silat dan geng belajar. :P perasaan : 60-40.

setelah ke sini ke sana. xsampai2 rumah lagi. perasaan aku masih gusar dan keliru. adakah aku perlu utk meneruskan pengajianku kalo dpt yang kurang berkenan di hati? adakah itu yg terbaik buatku? masa tu aku hanya terfikir aku dapat kos sains taman dan rekreasi tu la. cukup2 lah aku belajar masa diploma dlu. teringat msa final exam, apaa yg aku baca, aku ingat lain dan jawab lainn. ya Allah ! nasib baik xkena repeatt. alhamdulillah. mampu dapat B. syukurr. trima kasihh mdam shirley! mungkin projek akhir banyak membantu kot. ntah la. tp siyes klo bleh jgn lah kos tuu. huhu da la xpndai melukis. xde bakat. mcm mana la aku nk wat design taman dan rekreasi aku nnt? adoi..terasa mcm arkitek pun ada gak.hehe

ok, sampai jee rumah. aku terus g bukak website upu. nk tgk kos apaa yg aku dapatt ni?? adik aku tnya pasal result upu. aku ckp dapat..tp xtaw kos apa. tetiba aku teringat fail yang ada tersimpan salinan kemaskini terakhir aku. kat situ kan ada tulis kod dan nama program. aku terus cari. fail tu sementara adik aku try tgk website upu. tp internet slow la plak. bila jumpaa je fail tu, aku mmg berdebar sgt lah. hope apa yg telah ditentukan Allah ni adalah yg terbaik buat aku, masa depan aku, buat agama aku di dunia dan akhirat...

dan ALHAMDULILLAH...ya Allah...aku ditawarkan jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti Sesi 2012/2013 ! UMT !! :D

bersyukurr sgt rasanya. subhanallah... :)

ok, aku da gtw kputusan upu aku. haha de end!

*next entry nnt nak citer,y i love this offer n y i love much terengganu...huhu insyaAllah see ya~ ;)

Tuesday, July 10, 2012

Manusia

Subhanallah.


" Manusia terbentuk daripada 2 elemen iaitu jasad dan rohJasad berasal daripada tanah sebab itu bilamana sakit ia perlu ubat-ubatan dari tanah, herba, akar kayu atau seumpamanya untuk merawat sakit pada jasad. Manakala roh datang dan berasal daripada tuhannya (Allah), sebab itu bilamana roh itu sakit, menderita dan tidak tenang, kita perlu membawa roh itu kembali dan ingat kepada tuhannya untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan hakiki. " (",)



Monday, July 9, 2012

Hari Ini

Alhamdulillah.

hari ni nak share something yang bermakna.huhu kadang2 kita xsedar yang kita xbersyukur kpd ALLAH dgn apa yg kita ada..mari kita hayati dan fikir-fikirkan bersama... ;)


  1. hari ni sebelum kamu mengatakan kata2 yang tidak baik, FIKIR kanlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  2. sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  3. sebelum kamu mengeluh tak punya apa2, FIKIR kanlah tentang seseorang yang meminta2 di jalanan.
  4. sebelum kamu mengeluh bahawa nasib kamu buruk, FIKIR kanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  5. sebelum kamu mengeluh tentang pasanganmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada ALLAH untuk diberikan pendamping hidup. 
  6. hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  7. sebelum kamu mengeluh tentang anak2mu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  8. sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, FIKIR kanlah tentang orang2 yang tinggal di jalanan.
  9. dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, FIKIR kanlah tentang pengangguran, orang2 cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
  10. sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tiada seorangpun yang tidak pernah berdosa. 
  11. dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, ayuh tersenyum dan bersyukurlah kepada ALLAH bahawa kamu masih hidup. :)

Sunday, July 8, 2012

Cinta High Class

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): Bagaimana mencintai secara high class: Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mes...

Cashier Muslim Jual Arak??

Assalamualaykum :)

Alhamdulillah, akhirnya jmpa jawapan bagi persoalan di bawah..moga bermanfaat...sesape ada kawan-kawan yg keje cashier yg kedai dia keje tu ada jual arak, ex: 7 eleven, tesco dll...hrap dpt gtaw dorg...Allah shaja dpt balas budi baik kalian ! jazakumullah khairan kathir...mga rezeki yg kita cari dalam kita bekerja siang dan malam ni lebih diberkati Allah....aminn ya rabbal'alamin..


  1. assalamualaikum ustazah,
    setahu saya, kerja2 yg berkaitan dengan minuman keras(tuang,jual,buat)adalah haram.
    saya ingin bertanya, dahulu saya bekerja di pasaraya yg menjual barang2 keperluan sebagai juruwang. minuman keras juga dijual di sini. jadi, ada pelanggan yang membayar minuman keras di kaunter yang saya jaga. adakah duit gaji saya dikira haram kerana minuman keras itu?
    Reply
  2. waalaikumussalam wbt.
    bekerja di pasaraya harus hukumnya meskipun paaraya itu menjual arak. Namun, terlibat dengan apa jua proses yang berkaitan dengan arak di pasaraya itu adalah haram dan berdosa.

    Hadith Nabi SAW :-

    عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

    "Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

    Cashier termasuk "Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)"

    Dalam hadith lain

    عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

    Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
    Reply
  3. Jika telah terlanjur terlibat dengan arak sebelum ini maka sucikanlah harta dengan banyakkan bersedekah hingga diberi ketenangan hati.

    Bagi mereka yang ingin berkerja di pasaraya yang menjual arak, pilihlah pasaraya yang mengasingkan kaunter jualan yang haram dan yang halal.

    Atau minta pembeli ke kaunter lain yang cashiernya non Muslim untuk membayar arak. Terang dengan hikmah (gunakan cross-cultural psychology skill), "sebagai Muslim saya tidak boleh terlibat dengan arak. Kita hidup berbilang agama, saling menghormati pendirian, harap tuan dapat memahami."

    sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/09/islam-mempersempitkan-yang-haram-dan.html

Palestin Vs Malaysia ?

Friday, July 6, 2012

Memoirs Hulu Langat

bismillahirrahmanirrahim...

assalamu'alaykum semua ! waahh...ari ni ttba tringat balik msa g kenduri kawin abang kak emy yg wat kt nur lembah pangsun ari tu...ahad lepas, 1 julai 2012..


wif cik wati, cik noi, kak ayu, me, my mom, cik mah wif her baby boy, cik yus # cik is stand 4 makcik ye :P

msa dtg tu kak nina cuti, yg ada kak ayu dgn ustaz yg bertugas kt ofis..sempatla jgak jmpe staff2 lain...siyess rinduu glerr kt dorang...dorg semuaa baik sgt! masa aku nk berhenti keje dlu, semua xkasi..haha..dorg ckp keje da ok dah, janganlah berhenti..hermmm :'( balik umah, femly sume suh berhenti, g resort, semua suh jangan berhenti..haih...bingung gak aku dibuatnya..

tp nk wat cmne kan, msa tu umah sewa pun dah tinggal aku sorg je lps afiqah n kak ira habis praktikal (LI) dorang..herm, nk kata bosan duk umah sengsorang xjgak..sbb kdang2 aku baca buku, layan lagu, msej ngn kengkawan lama, masak, cma bosan bile xde teman nk sembang2 live..huhu tp yg aku nekad nk berhentinya bila ada 1 kejadian ni..haihhh..mmg aku trus xbrani la nk duk umah sengsorang..huhu masa tuu mmg tensionnn sgt ! rsa mcm nak lari dari rumah sewa pun ada gak..iskk2

ok, ni xda kaitan dgn makhluk ghaib yaaa...hohoho alhamdulillah, walaupun umah sewa aku tu tepi hutan yang terletak di hulu langat - tempat femes org buat shooting citerr antu..niang rapik lah segala bagai..so farr untill end aku duk ctu xpenah lah rsanya merasa apa2 yg menganggu ketenteraman jiwa even duk sengsorang. cumaa, yg mengganggunyaa jiwaa aku ni adalahhhh..jeng jeng jeng jeng jeng. 

adeh, malas plak nk citerr.huhuk..sowyy..haha okay2..citerr gak la. hope jd pengajaran buat andaa semua ya. sbnarnya, seronok sgtt keje kt hulu langat tu..tambah2 dapat rumah yg aku skaa..warna pink ! soo lovely 4 me. hoho walaupun rumah kg tu xde flash, xde lampu kt luar rumah, ada lampu rosak kt dlm rumah, xde kipas...aku mmg xpedulikan lah semua tuu! but the most important i'm happy wif my new housee. hehe

happy sbb dpt keje kt nur lembah pangsun, hulu langat ni. alhamdulillah..this is my 1st officially job selepas smpai kt bumi semenanjung, pulang dari perantauan 3 tahun di bumi kenyalang.