bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lg Maha Penyayang....
Assalamu'alaykum semua :)
Alhamdulillah, diberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan utk update blog ni lagi...
post kali ni, aku nak share psl apa yg aku dpt dari konferens anjuran khilafah centre dan muslimah hizbut tahrir....subhanallah, alhamdulillah....
fikratul ummah -mac 2013 - boleh klik pada link ni...blh baca online atau nk print > baca > dan sebarkan lg bagus...:)
dulu masa sekolah menengah atas, aku ada join program under muslimah hizbut tahrir ni (MHT).....alhamdulillah, sgt seronok...banyak perkara baru aku belajar....MHT ni dr dulu aktif buat program, seminar, forum....tp masa tu aku xtahu sgt apa benda yg aku join.....bila dah lama, masuk upm kampus bintulu...baru aku tahu...rupanya dulu tu usrah dgn MHT...tp masa tu xlah konsisten sgt pun....kejap on off..join pun bincang topik isu semasa dan penyelesaiannya dari kaca mata islam macam mana....discuss topik2 umum...
tp ada sekali usrah tu, musrifah ada tayangkan video mengenai kesengsaraan umat islam di negara2 islam lain akibat kekejaman tentera israel dan sekutu2nya...........masa tu mmg sedih sgt2....menangis kitaorg tgk.......
masa tu saudara2 perempuan di sana meraung memanggil negara2 umat islam utk turut membantu mereka.....
:'(
alangkah bezanya negara kita dgn negara dia.
keamanan bezanya.
tetapi agama kita satu. Allah tuhan kita. kita mengaku nabi terakhir kita, Muhammad s.a.w
mengapa saudara2 kita dianiaya dgn begitu teruk dgn israel laknatullah dan sekutu2nya sedangkan kita adik beradik seagamanya tidak?
dari situ aku nampak, nasionalisma lah yang membuat kita jauh. dan mementingkan diri (negara) sendiri.
hari ini, alhamdulillah dgn sedikit limpahan cahaya ilmu Nya, aku seolah2 tersedar dari lena yg panjang...
benarlah ada kata2 yang mengatakan.."mata yang terbuka itu belum tentu dia melihat..." dan
Saidina Ali pernah berkata, "Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak."
bukankah kita seperti itu dgn keadaan malaysia yang aman damai dan sentosa ini? tidakkah kita tertidur dgn sgt lena apabila tidak mempedulikan dan memikirkan perihal saudara2 kita yang sengsara di tanah lain?
:(
kita di sini melaung2 kata "reformasi"
mengagung demokrasi, mempertahankan demokrasi, memandang jauh kehidupan akan datang dgn demokrasi dgn sokongan barat...
tetapi mereka...
mereka meraung2 mahukan khilafah dgn segera apabila serangan peluru dan hentaman tentera israel bermain2 di depan mata mereka. bukankah amerika dan sekutu2nya itu penegak tegar sistem demokrasi di dunia ini? apakah kalian tidak melihat kesan sistem demokrasi yang telah menimpa pada saudara2 kalian? adakah kita mahu seperti itu juga pada satu masa nanti?
satu masa nanti apabila hukum islam, undang2 islam, diperolok2kan, hak ummah diperleceh, apakah ketika itu baru kalian baru mahu bangun bersama khilafah dan menyokongnya tanpa berbelah bahagi lagi?
ambillah pengajaran dari apa yg telah berlaku di atas negara2 saudara seislam kita.
orang bijak belajar dari kesalahan orang lain.
kerana sistem demokrasi lah hak2 mereka dicuri, dirompak oleh penguasa2 tamak yang terlalu cintakan harta. akibat dari dasar kapitalisme yang hanya mementingkan material. mereka menjadi materialistik.
mereka bersatu utk tegakkan khilafah dan syariah islam kembali di mukabumi ini. tetapi kita, masih menjadi penyokong tegar sistem demokrasi ini. kalian mahu islam kan sistem demokrasi ni? pasti tertegakkah islam selepas setiap kali pilihanraya? ambil ibrah dari wacana siyasah ini...kutiplah ilmu, tadahkan ia...mungkin ada yang kita tak tahu...di sebalik mahu mengislamkan sistem demokrasi ini....apakah cara/methodnya kalian pasti dgn cara yg benar? janganlah ambil dan mahu terapkan islam itu dgn cara sedikit2....masuklah islam secara keseluruhan terus.....apakah sistem demokrasi boleh merealisasikan penerapan islam secara kaffah?
Video streaming by Ustream
bukankah sistem demokrasi ini sangat terikat dgn perlembagaan persekutuan oleh lord reid? bukankah dgn 'memasuki' pilihanraya, kalian akan bersumpah tidak akan melanggar perlembagaan persekutuan ciptaan barat itu? jadi bagaimana itu? dasarnya saja sudah rapuh. bersumpah pada yang batil. lihatlah sendiri perkongsian ulangan forum ini. apa lagi yang mahu dikatakan? apa lg yang mahu ditegakkan? mahu jadikan sistem demokrasi ini sebagai alat utk tegakkan islam?
alatnya saja sudah pesong. salah. akarnya saja sudah rapuh. bagaimana mungkin penerapan hukum islam akan terlaksana? islam bukan sekadar hukum hudud, zina, mencuri saja, tetapi juga merangkumi seluruh aspek kehidupan....ekonomi (apakah boleh bebas riba melalui sistem demokrasi ini?) pendidikan (apakah boleh diberikan percuma?)
Video streaming by Ustream
satu negara saja. yang mahu terapkan hukum islam.
rasanya barat ketawa terbahak2..-__-
sebab itu kita perlukan sokongan dari negara2 umat islam yang lain utk bersatu tegakkan khilafah bersama.
bukan tegakkan islam di negara kita saja.
kita mahu kemenangan islam iaitu kemenangan islam menguasai dunia dgn penerapan islam secara kaffah bukan di satu negara saja, tetapi pd semua negara2 umat islam yang lain juga, bukankah kita ini adik beradik saudara mara dgn mereka yg berada di syria, iraq, afghanistan, pakistan, jordan, yaman, tunisia, britain dan lain2 banyaknya? bukan kemenangan parti kerana ia hanya terfokus kecil pada negara kita. itu tidak effect apapun pada kita, apatah lg pada barat. kalo menang sekalipun kita masih terpisah dari negara2 umat islam yang lain. itu kemenangan nasionalisma. apakah kita boleh membantu saudara2 seislam kita yg lain dgn kemenangan yg rapuh itu? bila2 masa boleh jatuh menjunam kembali dgn pelbagai strategi dan agenda barat yg penuh licik itu. ditambah pula alat utk meraih kemenangan kita, kita gunakan alat barat, ideologi mereka................ macam mana tu nak menang secara yg benar?
herm..
dah tgk video2 di atas?
jika belum, silakan tgk sampai abis...dan renung2kanlah kembali perjuangan utk terapkan islam kembali.......