Assalamu'alaykum wbt.
.
Alhamdulillah..bersua kita kembali di lain cerita...hmm, posting kali ni aku nak kongsi sket pasal
sebuah rawatan islam terhadap gangguan sihir dan jin atau nama lainnya
" Ruqyah Syar'iyyah" yang telah diadakan dekat pusat islam a.k.a masjid kampus aku ni minggu lepas.
1 & 2 Ogos lalu. tp baru skrg nak belek buku yang dia bagi tu...tah cmner la leh terlpe jap..hmm maybe sbb ngah minggu exam kot.huhuhu bace2 sket, mmg bestt giler dlm buku tu. sbb dalam buku tu dia citer macam2..especially dalam taw gejala-gejala gangguan jin dan kesannya kpd manusia.
Gejala-gejala dia ni ade dalam 2 keadaan iaitu
waktu tidur dan
waktu sedar. last dia citer jenis2 gangguan jin nih.
aku copy balik ape dia citer dlm buku tu dkt m/s 63.
A. Gejala pada waktu tidur
- Susah utk tidur pada waktu malam atau tidak dapat tidur kecuali setelah jangka masa yang lama.
- Susah tidur atau terlebih tidur sehingga tidak dapat melakukan ibadah2 yang diinginkan.
- Cemas atau sering terbangun pada waktu malam.
- Mimpi ngeri (berasap atau berkabus) iaitu mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu ingin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
- Mimpi melihat berbagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala dan tikus.
- Bunyi gigi geraham bergesel ketika tidur.
- Merintih pada waktu tidur.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
- Mimpi berada di kubur, tempat sampah atau jalan yang mengerikan.
- Mimpi melihat orang anih seperti berjumpa orang yang tinggi sekali atau pendek sekali atau hitam sekali.
- Mimpi menyeramkan atau melihat hantu.
- Mimpi melihat lawan jantina yang sama berkali-kali dan ingin untuk bertemu dgn orang yang dimimpikan.
- Mimpi seakan-akan tertindih benda yang sangat berat dan susah untuk melepaskannya.
- Mendengkur dengan keras.
B. Gejala pada waktu sedar
- Sering was-was dan ketakutan.
- Suka marah-marah.
- Dorongan kuat untuk bermaksiat.
- Lesu dan malas sekali untuk melakukan ibadah.
- Suka berkhayal.
- Selalu pening yang tidak disebabkan oleh kedua-dua mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong dan perut.
- Selalu mengelak dari berzikir kpd ALLAH, solat dan ketaatan beribadah.
- Fikiran bercelaru dan tidak menentu.
- Histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
- Rasa sakit pada salah anggota badan yang dapat dikesan melalui perubatan moden.
C. Jenis-jenis gangguan jin
- Gangguan keseluruhan iaitu jin mengganggu tubuh badan seperti orang yang mengalami histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
- Gangguan sektoral atau bahagian tertentu iaitu jin memegang atau mengganggu salah satu anggota badan seperti tangan, kaki, lidah, lutut dan sebagainya.
- Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam jasad untuk waktu yang lama.
- Gangguan sementara iaitu tidak lebih dari beberapa minit seperti mimpi buruk.
masya ALLAH, xsangka pula kadang2 masa mimpi pun jin boleh kacau. sbb tu la, kalo dapat mimpi buruk...org selalu cakap...
"alah...mainan tidur je tu.." (utk sedapkan hati)
tp, mmg betul lah...kalo ade gejala2 yang sama cam atas ni.. rasa nya mmg xlain xbukan.. jin yg se 'geng' syaitan punya kerja lah. na'uzubillahimin zalik.
Astagfirullahal'azim. utk pengetahuan korg;
- 70% orang yang kena sihir adalah disebabkan dengki.
- Sihir ade 8 jenis.
- Saka pulak ade 2 jenis; saka laut dan saka darat. (saka ni dengar kata susah nak buang sebab jin keturunan, amek masa nak rawat..apa2pun semua dengan izin ALLAH).
- Amalkan selalu surah Al-fatihah, 3 Qul, ayat Qursi, Al-Baqarah, Al-Jin, Ad-Dukhaan, ma'thurat pagi dan petang untuk pembentengan diri dari gangguan jin.
hmm, lepas abes majlis penutupan program tu, aku ade tanye sorg ustaz ni... (Ust. Abd Rahman) pasal kekeliruan aku mengenai
perbezaan antara jin dan syaitan.ustaz tu btw;
-kalo sebut jin,
jin ni ade yg islam, jin kristian, jin xde agama...kehidupan jin sama mcm manusia.. ade rumah, sawah...kalo nak taw kehidupan jin mcm mana..
tgk lah manusia.sebijik sama. cuma yang bezanya. dorg dekat alam lain.bentuk lain.yg hanya ALLAH sahaja yang tahu.
-tp, kalo sebut syaitan.. dah confem-confem dia kafir... mane ade syaitan islam, syaitan kafir..
baru ku mengerti. selalunya jin kebanyakkan yang masuk dalam tubuh manusia jin kafir.. sbb dia ikut cakap syaitan. syaitan pulak ikut cakap iblis. kalo sebut iblis,
iblis mmg ketua segala2 kejahatan kat dunia ni. antara syaitan dgn iblis, iblis lagi tinggi pangkat dia. iblis ni mcm
bos dkt syaitan lah.
masya ALLAH.. cuba renung sket maksud kalam Nya ni..
[2.1] Alif Laam Miim.
[2.2] Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
[2.3]
(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
[2.4]
dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
sadaqallahul 'azim. (sesungguhnya kalam ALLAH itu benar)
********
ape maksud ruqyah syar'iyyah ni?
*Ruqyah ni maksudnya
doa-doa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang dideritai oleh seseorang.
tp, ruqyah ni ada 2 jenis pulak iaitu ;
-
Ruqyah Syirkiyah
(mentera, jampi-jampi atau doa-doa yang mengandungi unsur kemusyirikan dan diharamkan oleh syari'at).
-
Ruqyah Syar'iyyah
(terapi yg berlandaskan syarak dgn
pembacaan ayat al-Qur'an dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari RAsulullah melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya, yang dilakukan oleh seorang muslim , baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan
tujuan perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu gangguan penyakit tersebut).
Subhanallah..kadang2 ALLAH nak tunjuk kat kita supaya iman kita bertambah kuat..
kita kena yakin dan beriman dengan kewujudan benda2 ghaib mcm ni...
korg perasan x, apa je yg
available kat dunia ni skrg? manusia, haiwan, dan alam. yang lain sume ghaib. ALLAH pencipta sekalian alam, malaikat, iblis, syaitan, jin, nabi-nabi dahulu semua da xde da skrg
. jd beriman dengan kisah-kisah dan kitab2 dahulu pun dikira wajib bagi kita org islam.
Alhamdulillah la ALLAH bagi Al-Qur'an kat umat Nabi Muhammad Sallahu'alayhi wassalam. xlah terkontang kanting kite dibuatnya. segala sejarah2 lalu, petunjuk ape yg boleh ape yg xboleh sume diberitahu dalam Al-Qur'an. Masya ALLAH. syukur sangat!
jadi cukup lah setakat sini saja, kalo korg nak taw lebih lanjut pasal rawatan ikut syariat ni leh la cari buku
Ruqyah Syar'iyyah yang penulis dia nama;
Malik Faisal bin Abdul Wahab. terbitan KERSANI TRAINING CENTRE. huhu..bukan promote ape..but sharing is caring.
*****
kesimpulannya, penting belajar benda ni sbb ni pun termasuk dalam
fardhu kifayah. mcm mandi dan sempurnakan jenazah. cuba bayangkan, kalo seseorang hamba ALLAH ni terkena gangguan dari jin sedang masa tu xde sorg pun yg taw cara2 nak meruqyah ikut syari'at,
sanggup ke kita tgk dia menderita?? masya ALLAH, mudah-mudahan lebih ramai lagi muslim yang tau cara merawat gangguan sihir dan jin ni. manusia skrg mcm2..rambut je sama hitam, tp hati lain2.
hanya ALLAH lebih Mengetahui.
p/s:
sekadar perkongsian ilmu krn Nya. teguran ats salah silap amatlah dialukan. Assalaamu'alaykum warahmatullah.