Showing posts with label .desert.in.myheart.. Show all posts
Showing posts with label .desert.in.myheart.. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

Cermin Kehidupan

bismillahirrahmanirrahim..


banyak sgt hal yang menghalang ak utk pergi ke arah cahaya itu. cahaya yang sangat terang lagi bersinar lantas membersihkan hati dan jasad ini dari debu dosa-dosa sehari-harian. peringatan-peringatan yang menundukkan jiwa utk semakin merendah pd Nya.

sesungguhnya peringatan itu sangat berguna bagi org2 yang beriman. knp la mcm ni.........

ak sendiri sedih dan kecewa. apakah semakin banyak urusan bersama manusia, semakin kurang dan terhalang utk melakukan yg lain?

apakah yg lain itu? proses pentarbiyahan hati utk selalu dkt dgn Nya. tidakk!! ianya tidak menghalang. malah menambah. ya, jika pandai menguruskannya.

hidupku, ak yg menentukannya. KEJAYAAN dunia dan akhirat bukan PERCUMA!!

Monday, August 31, 2009

Malam Itu

bismillahirrahmanirrahim...







Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,

nescaya tiada duka untukmu,

Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,

nescaya musibah dunia tiada apa buatmu,

lampau ALLAH telah membantumu,

kelmarin ALLAH telah membantumu,

percayalah hari ini dan selamanya,

ALLAH tetap akan membantumu..

*****

Rasulullah Salallahu 'alayhi wassalam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;

"Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku."

(Hadith riwayat Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad dan Imam Malik dalam kitab al-Muwatha')


semoga kita mendapat keberkatan, rahmat, pengampunan dan keredhaan Nya di bulan yang mulia ni...ameeen.

Saturday, March 28, 2009

Dia, yang kusayangi......

bismillahirrahmanirrahim..



*air matanya xhenti2 mengalir..*

terus dikesatnya dgn penuh penyesalan..bimbang..dgn pandangan curi orang2 yang kadang lalu lalang di luar tingkap biliknya.

ia keluar, tujuan nya satu. ia mahu meluahkan dukapilunya dgn si dia. si dia lama yang dia kasihi sudah berpindah milik.entah bagaimana khabarnya.

"mai,pinjam kura2 ko jap."

"ok!"

*suara2 latar*

"eh,nak buat apa?"

"em, biarlah dia..nak main2 lah tu.."

kaki terus melangkah...

luka dan sedih bercampur baur di hatinya tidak hilang lagi..

usai rumah si dia dibersihkan, terus ia dibawa masuk di kamarnya.

esak tangisan kedengaran lagi..

ia merasa sgt sedih...banyak perkara yang menerjah fikirannya tika itu..hatinya sebak...
ia mahu menumpang kasih kura2 yang ia salu bermain "cak3" dgn penuh bahagia dan sembunyi dari pengetahuan tuannya..

tp, hatinya makin sebak...kura2 itu mengingatkannya pada seseorang..pantas sekali memori itu menerjah fikirannya tanpa sedar..

ah,..bertambah pilu hatinya..

dia sudah xmampu tersenyum dgn riang seperti selalu dgn si dia tika itu..hatinya basah. fikirannya buntu. emosinya terusik.

oh tuhan...ku tahu KaU sengaja menduga iman dan hatiku...

kufikir...ujian Mu ini bertambah sayangku pd Mu..dan bertambah dekat hatiku dgn Mu..

terima kasih..ats ujian yg menekan emosi ini..