bismillahirrahmanirrahim..
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum makan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walaubagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda mnambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan ". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "Makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbahmembantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai .
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama-bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai
penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya
dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi kebiasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya . Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacanghendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyakianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan.
Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan
penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawaorang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana .
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
*wallahua'lam. hanya ALLAH yang lebih mengetahui.
dipetik dari : website Hospital Sultan Abdul Halim
p/s: correct me, if ade slh silap. especially pasal hadith tu. wassalam.
"Ya Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). " 18 : 10
Wednesday, October 28, 2009
Friday, October 23, 2009
Sahabat
bismillahirrahmanirrahim..
Sahabat..
Sahabat, ibarat embun di pagi hari yang menyejukkan
Sahabat, ibarat fajar di pagi hari yang memberikan sinar harapan
Sahabat, ibarat cahaya purnama di gelapnya malam
Sahabat, ibarat hembusan angin sejuk di tengah teriknya panas
Sahabat, ibarat setangkai pohon yang subur
Sahabat, ibarat untaian rantai yang terjalin kukuh
Sahabat, ibarat kumpulan lidi yang saling menopang
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang
sabar." ( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebajikan." ( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan mencintai orang-orang yang
mensucikan diri." ( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )
Ya Allah, Kukuhkanlah jalinan ukhuwah kami di bawah naungan redhaMu..
"Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran =]"
”Ya ALLAH, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui hati ini..berikanlah hamba kekuatan untuk bermujahadah. Peliharalah hamba dari naluri yang mengajak kepada kemaksiatan, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang kurniaankanlah hamba rasa cinta dan kasih yang tertinggi hanya untuk-MU, dan jadikanlah cinta ku kepada-Mu cinta teragung. Perkenankanlah doa hamba-Mu ini Ya Rauf…Ameen Ya Rabbal alamin…”

Monday, October 19, 2009
Tanah, Bumi, Adam
bismillahirrahmanirrahim..
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)
RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.
Wallahualam
links: http://isuhagat1.blogspot.com/2009/10/payahnya-malaikat-meminta-tanah-dari.html

Wednesday, October 7, 2009
Hutang dgn Dia
bismillahirrahmanirrahim..
Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung, bersekali dengan basikal anak tersebut...
2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..
Suatu hari (siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul , arwah bertanya kepada kakaknya,
"wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?
saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur , kak.."
Saya tinjau diri saya, sudah 10, 20 , 30 tahun amalan saya di catat malaikat..Berapa banyak waktu solat saya sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini..Saya punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam-jam, mengadap internet atau sembang mesra dengan kawan-kawan tak tentu hala..
Namun pernahkah saya menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk mengqada' solat-solat saya yang lepas-lepas? Jika 20 tahun selepas baligh dan saya hanya mula bersolat 10tahun lepas..? Atau mula beristiqamah dalam solat 5waktu.. Itupun tiada jaminan solat saya sekarang di terima Allah swt.. Hutang dengan Allah tetap hutang..
Contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh , begitu juga dengan waktu solat yang lain. Selepas maghrib, at least 1 solat maghrib..Begitu juga dengan ibadah puasa (terutama kaum hawa).. Sebab itu kadang-kadang makin banyak kita berusaha, semakin tidak menjadi.. Makin banyak hutang piutang.. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak menitikberatkan solat dan lali beragama tapi business flourish.. Malah semakin kaya..
Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..Dengan kata lain 'istidraj'.. Nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman..
Lebih baik menjadi orang islam yang di uji.. Bila mana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebih rasa memerlukan, rasa kebergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa-rasa kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu.. Namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.. Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yang masih belum beres; solat sudah tentunya.. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji (bagi yang sudah berkemampuan) ?
links: www.iluvislam.com
Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung, bersekali dengan basikal anak tersebut...
2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..
Suatu hari (siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul , arwah bertanya kepada kakaknya,
"wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?
saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur , kak.."
*****
Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat, namun setengahnya tidak istiqamah. Arwah baru berumur 15tahun, bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh, dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...Saya tinjau diri saya, sudah 10, 20 , 30 tahun amalan saya di catat malaikat..Berapa banyak waktu solat saya sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini..Saya punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam-jam, mengadap internet atau sembang mesra dengan kawan-kawan tak tentu hala..
Namun pernahkah saya menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk mengqada' solat-solat saya yang lepas-lepas? Jika 20 tahun selepas baligh dan saya hanya mula bersolat 10tahun lepas..? Atau mula beristiqamah dalam solat 5waktu.. Itupun tiada jaminan solat saya sekarang di terima Allah swt.. Hutang dengan Allah tetap hutang..
Contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh , begitu juga dengan waktu solat yang lain. Selepas maghrib, at least 1 solat maghrib..Begitu juga dengan ibadah puasa (terutama kaum hawa).. Sebab itu kadang-kadang makin banyak kita berusaha, semakin tidak menjadi.. Makin banyak hutang piutang.. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak menitikberatkan solat dan lali beragama tapi business flourish.. Malah semakin kaya..
Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..Dengan kata lain 'istidraj'.. Nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman..
Lebih baik menjadi orang islam yang di uji.. Bila mana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebih rasa memerlukan, rasa kebergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa-rasa kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu.. Namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.. Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yang masih belum beres; solat sudah tentunya.. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji (bagi yang sudah berkemampuan) ?
links: www.iluvislam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)