Showing posts with label .sharing.ingat selalu.nasihatmenasihati.. Show all posts
Showing posts with label .sharing.ingat selalu.nasihatmenasihati.. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Hutang dgn Dia

bismillahirrahmanirrahim..

Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung, bersekali dengan basikal anak tersebut...

2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..

Suatu hari (siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul , arwah bertanya kepada kakaknya,

"wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?
saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur , kak.."

*****
Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat, namun setengahnya tidak istiqamah. Arwah baru berumur 15tahun, bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh, dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...

Saya tinjau diri saya, sudah 10, 20 , 30 tahun amalan saya di catat malaikat..Berapa banyak waktu solat saya sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini..Saya punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam-jam, mengadap internet atau sembang mesra dengan kawan-kawan tak tentu hala..



Namun pernahkah saya menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk mengqada' solat-solat saya yang lepas-lepas? Jika 20 tahun selepas baligh dan saya hanya mula bersolat 10tahun lepas..? Atau mula beristiqamah dalam solat 5waktu.. Itupun tiada jaminan solat saya sekarang di terima Allah swt.. Hutang dengan Allah tetap hutang..

Contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh , begitu juga dengan waktu solat yang lain. Selepas maghrib, at least 1 solat maghrib..Begitu juga dengan ibadah puasa (terutama kaum hawa).. Sebab itu kadang-kadang makin banyak kita berusaha, semakin tidak menjadi.. Makin banyak hutang piutang.. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak menitikberatkan solat dan lali beragama tapi business flourish.. Malah semakin kaya..

Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..Dengan kata lain 'istidraj'.. Nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman..

Lebih baik menjadi orang islam yang di uji.. Bila mana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebih rasa memerlukan, rasa kebergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa-rasa kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu.. Namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.. Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yang masih belum beres; solat sudah tentunya.. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji (bagi yang sudah berkemampuan) ?

links: www.iluvislam.com

Saturday, July 4, 2009

Petikan dari Buku Berani Gagal

bismillahirrahmanirrahim...

1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)

2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)

3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai. (Helen Keller)

5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)

6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)

7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)

8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)

9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)

10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)

11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)

12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar.

13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa di situlah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)

14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan.

15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai.

16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat. (Unanimous)

17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)

18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki si pemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)

19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)

20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)

21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)

22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)

23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki (Ken Keyes)

24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)

25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai.

26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)


27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

⌂ Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
Adalah hakku untuk menjadi berbeza
⌂ Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
⌂ Tidak kuingin menjadi warga peliharaan
⌂ Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
⌂ Aku ingin mengambil risiko terhitung
⌂ Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
⌂ Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
⌂ Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
⌂ Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
⌂ Tidak juga maruah dengan sedekah
⌂ Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
⌂ Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
⌂ Bangga dan tidak gentar
Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
⌂ Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
⌂ Dan berkata 'Inilah yang kulakukan'
⌂ Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan



insya ALLAH...semoga beroleh manfaat...hidup di dunia hnya sementara..semoga dipanjangkan umur dlm melakukan ketaatan kpd Nya..ameen..hidup penuh makna~