بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
fuhh, lamanyaaaa tak update blog! lebih setahun sudahh..Mashaa Allah, Alhamdulillah aku masih hidup..sihat walafiat..syukur Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya yang tak terhingga macam2 yang jadi along the way..tp syukur sangat Allah mudahkan utk aku sabar dan tenang.. Last aku post update tu jun 2023. time tu actually mmg dlm fasa frust. sangat. seolah mcm luka lama berdarah kembali. n since that, i'm still single! hahaha what a blessed!
emm, aku rasa takda sapa nak buka blog aku nih. hopefully sape pun tak sedar kewujudan blog nih. malas tul nak buat private sbb malas nak log in kalo buat blog ni private. kalo private, nak baca post2 lepas mmg kena log in lerr.haha
aku ada 1 blog private tp berkurun lama nya tak log in situ. password n guna emel mana entah aku pun tak ingat. haha hermm blog ni pun tak terjaga 😂
ok, setelah melalui fasa up n down..syukur Alhamdulillah tersangat..Allah rezekikan aku dapat kerja GIS balik 😭😭 kerja tu pulak ofis hour, 9am-5pm cuti sabtu ahad! Ya Allah..alhamdulillah 🙌
as semua tahuu, aku nih berkurun dah rasa tak masuk kerja dalam bidang GIS..bidang yg actually aku sgt2 minat..especially bahagian mapping, web based, application..design peta, mmg minat aku sebenarnya.
tp bila dapat offer kerja dkt singapore balik dgn gaji masyuk, aku rasa mcm better pergi je la kerja sana dulu..setel dulu hutang piutang (konon). jd aku pun tinggalkan bidang yg aku minat..master aku pun aku lepas sebab kekangan kewangan. kan best kalo kaya kan, blh sambung belajar tanpa perlu fikir pasal duit. :')
Ogos 2023 aku dapat kerja kt SG, kenny rogers
Disember 2023 dapat kerja Old Chang Kee
than aku rasa cukup la setakat tu rezeki aku kerja f&b dkt SG. aku impikan dapat kerja GIS balik kat malaysia...kerja ofis hour, dapat stay dgn family n cuti sabtu ahad.. since aku resign old chang kee tu, aku mmg nekad dah actually tak nak masuk dah kerja kt SG tu..aku rasa cukup2 laa.
walaupun after that, aku still struggle cari kerja utk masuk sana balik..sampai satu tahap, asyik iv tak dapat je..aku rasa mgkin setakat tu je la rezeki aku..sbb aku pun doa juga masa tu kt Allah..kurniakan aku yg terbaik buat aku, agama dunia akhirat dan keluarga aku..
jadi maybe sebab tu la, Allah kasi tak dapat2..sampai aku rasa give up..then aku decide kerja rider je la..sbb kerja rider ni pun satu terapi bagi aku. aku suka tgk tempat orang, tempat baru tak pernah jejak..jd bila jadi rider foodpanda ni aku berpeluang rasa semua tu..n aku happy dgn kerja aku. sampai ada 1 ketika tu, sbb gila kerja sgt, aku dapat "top rider" dlm foodpanda tu. means aku punya waktu kerja paling lamaa drpd orang lain 😂 tp kejap je laa takhta "top rider" aku tu bertahan. then lepas tu kejap je dah kena cantas..hahahah
sementara kerja rider tu aku ada cari juga kerja GIS..kalo boleh nak yg dekat KL..dekat dgn umah family aku..dekat dgn adik beradik aku.. aku ada la tunggu panggilan dari 1 company ni..company ni dekat wangsa maju je..dekat la jugak dgn umah aku, takda la jauh mana. tp tunggu punya tunggu dia punya panggilan utk interview tu lama la jugak. almost a month kot. dia postponed postponed tarikh utk interview. padahal kalo iv kejap je kan. via online wasap teams pun boleh je skrg.
tp tu la, aku mengharap dpt situ sbb dekat dgn umah family aku je..aku pun tak putus doa..kalo tu yg terbaik mudahkanlah aku dpt kerja situ.. but at the same time, aku apply jugak la kerja kt company2 lain. tiba2 one fine day, aku dpt offer iv and dpt tau terus dapat kerja dkt situ during the interview!
Mashaa Allah, Alhamdulillah 😭 aku sebenarnya tak letak harapan tinggi pada mana2 company pun utk dapat sbb aku sedar diri aku..aku dah tinggal bidang kerja GIS ni 2 tahun lebih dah wehh. company manaaa je laa nak amik aku nih..tambah aku jujur je masa interview gtw saya ni dah lama tinggal bidang GIS..mmg kena buat banyak revision balik n kena attend kursus/training
tp Alhamdulillah sgt..bos aku dgn partner dia sgt2 baik boleh terima aku seadanya ni...😭 aku dah kata kt dorang, aku akan buat yg terbaik semampu aku..💗 Alhamdulillah, staffmate aku sgt2 supportive. dia la yg banyak ajar aku balik..moga Allah balas kebaikan dia dgn sebaik2nya..dan pada majikan aku, moga Allah limpahkan rezeki yg sebaik baiknyaaa pada dia juga keluarganya...🙏
tempat kerja aku dekat putrajaya..Mashaa Allah sgt2 cantik n tenang je dkt sini..walaupun aku pernah kerja dekat Jabatan Perangkaan, WP Putrajaya as PSH E41 sebelum ni..tp kali ni, entah la vibe dia lain betul..seronok sgt. sebelum ni kerja gov, skrg kerja company private. syukur sgt kerja skrg ni
entah la, aku sedar diri aku..aku stress kerja gov. aku rasa takkan boleh fit kerja gov 😅 kalo aku malas naik motor, aku naik MRT..n know what, MRT sekarang ada women coach!! dekat SG takdaaaa wehhhh. siyesss best gilaaa MRT sini dekat MALAYSIA ni adaa WOMEN COACH! fuh nak tdo ternganga pun relax je. takyah nak cover2 sbb laki takleh masuk situ. best gilaaaa n dia start women coach tu APRIL 2024..which is time aku balik KL!! aku rasa memang elok sangat dah Allah atur utk aku...betapa maha pengasih dan maha penyayangnya Allah pada aku... 😿
oh ya, sebelum aku dpt offer tu, aku ada tanya juga kt PIC yg hold iv aku dkt company yg aku tunggu2 tu..aku tanya, skrg tgh run project apa, banyak guna software apa..then dia kata banyak guna programming dia sebut2 la satu2 software programming tu..aku mcm gulp. ok, nasib tanya awal2..kalo menanti2..sampai ke sudah bila tiba masanya aku pulak tarik diri. so bila dah tahu awal2 software apa yg dorg guna nih,
MEMANG AKU TARIK DIRI LAA! hahaha aku siyesss tak minat programming langsung! at all!
aku sedarr sangat diri aku, aku sedar tahap kemampuan aku takat mana je. kalo nak paksa2 benda yg ko tak minat, memang tak jadi weh. cukup la 4 tahun aku paksa diri utk suka pada programming masa belajar dulu. seksa tul laah. pastu tak lama aku tarik diri dgn berlaku jujur pada PIC tu gtw programming bukan passion saya..aku dapat offer iv n kerja dgn company skrg..
then bila aku dah masuk kerja 1st week kt company skrg ni, company yg aku tolak utk menanti di interview tu tiba2 contact aku balik, gtw sorry dia tersilap info. yg dia gtw bahagian IT. utk bahagian aku GIS ni dia sebut la sekian2 software yg mmg aku familiar n inshaa Allah boleh buat. tp tu la dia contact pun lambat dah. masa aku dah terima offer kerja skrg ni..tp takpa la, aku doakan mudahan dia dapat pekerja yg terbaik utk company dia..rezeki aku skrg dah kt sini..Alhamdulillah 💗
sbb masa interview dgn company skrg ni pun aku ada tanya juga soalan yg sama, skrg tgh run projek apa, banyak guna software apa..tujuan aku tanya tu sbb aku nak tgk software tu aku boleh adapt tak. kalo software GIS inshaa Allah aku boleh. kalo software lain, bahasa2 programming ni mmg aku lemahh sangat. then syukur, bos aku jawab software sekian2..n aku rasa happy bila dengar jawapan dia. sbb aku rasa mcm boleh buat. inshaa Allah