Saturday, May 2, 2020

Dunia kerja akuu ii

ok, kita sambung plak bila da sampai kL-selangor after study kat sarawak nu..

11. pegawai khidmat pelanggan & produk @ nur lembah pangsun sdn bhd, hulu langat

12. part time pembantu kedai @ sweetly cake house, selayang

13. pembantu taska di hospital selayang

14. pembantu taska di tadika naluri kasih, taman jasa

15. penolong pegawai veterinar @ leong hup sdn bhd, melaka

16. part time ticket worker @ zoo negara

-kerjanya..pakaikan tiket kat pergelangan customer je

17. part time kedai makan kebab @ perth, western australia

18. full time ticket worker @ ticker counter, zoo negara

- arrange pembelian tiket dari customer dari dalam n luar negara..masa ni main dgn banyak duitt..ribu riban..hehe

19. kerani @ knk catering, batu caves + setiausaha ketua kampung kampung melayu batu caves selatan

- dapat makan free; sarapan + makan tengahari + dinnerr (kalo kena balik lambat)

20. part time waitress @ knk catering, batu caves

-RM60-70/day

---

then sambung belajar @ utm skudai, johor bahru

---

21. praktikal di FRIM, kepong

- no elaun but merasai pengalaman + kenangan berjalan2 ke 5 negeri sepanjang LI

22. sukarelawan festival konvokesyen (FESKO55), utm

- ahli jawatankuasa unit 3K
- dapat elaun RM500

23. part time merchandizer product sunquick @ kempas

---

graduate 2017

---

24. promoter produk urut (portable) @ jalan ipoh, KL

-harga produk RM30/unit
-dapat achieve level sales tertinggi
-1st time jumpa bos cina penipu

-- then dapat offer kerja dalam bidang GIS dekat jalan kuching, KL..but position quiet high + tough. relate to deep GPS knowledge, but finally aku tolak sebab x confident + rasa rendah diri + xde pengalaman langsung. setakat pengalaman masa belajar dalam kelas, field n praktikal sikit2 tu..still xmenguatkan keyakinan aku nk amik job tu..bos tu confident dengan aku, tapi aku x confident dengan ilmu dan diri aku sendiri ---

25. seller product coway

- 1st time merasa gaji RM3,000 ++

26. pembantu dapur @ hospital putrajaya

27. pekerja sambilan harian E41 @ unit GIS, jabatan perangkaan, putrajaya

-1st time kerja government

28. pembantu penyelidik student pasca siswazah (PhD) @ fakulti kejuruteraan awam, utm JB

29. part time pembantu dapur @ restoran sarawak, kempas, JB

30. part time pembantu dapur @ planetzburger, gelang patah, JB

--- masa ni dapat 2 offer kerja, pegawai penilai (pensyarah) n kerja dkt DBKL. xtahu nak pilih mana satu..pegawai penilai tu guna degree, gaji tinggi sikit dari DBKL.. dkt DBKL guna diploma

31. pegawai penilai @ geomatika universiti college (GUC)

32. graduated research assistant (GRA) @ fakulti kejuruteraan awam & alam sekitar, uthm, batu pahat, johor

33. part time clerk @ kilang makanan maz, kempas, JB

34. management trainee @ cajun on wheels, plaza singapura

- buat kerja kitchen helper
-1st time merasa gaji RM4,000 ++ n gaji SGD..ehhe
-1st time sewa bilik dalam singapore @ novena
-boleh solat

35. gis technician @ malvus sense sdn bhd, bangi, kajang, selangor

36. head of waitress @ rasa rasa yishun, yishun avenue 11, singapore

-1st time merasa gaji RM5,000 ++
-makan free (deduct salary $500)
-boleh solat

- amik order, serve food , topup stock, cleaning

37. management trainee @ sanook kitchen, yishun + tampines 1, singapore

- makan free
- xboleh solat :(
- kena solat curi2 atas alasan g toilet

- amik order, serve food , topup stock, cleaning

38. part time pembantu dapur @ kedai makanan melayu, tuas, singapore

- $50/day + makan free
- 1st time kerja dengan orang melayu singapore

39. part time worker @ kilang makanan maz, kempas, JB

-kerja packing begedil, karipap kentang/sardine, popia sayur, popia otak2
-buat karipap kentang/sardine (letak kulit/letak inti/letak gam)
-lipat kulit popia
- all is frozen food

40. full time worker as cashier @ayam gepuk pak gembus, KL

- cashier
- topup kicap
-lipat kertas nasi, gunting buat corak bunga
- goreng ayam, tauhu tempe, pedal
- giling cili
- masak n packing nasi
- potong kobis
- opening, closing, bank in duit, update report sale

haha kerja apa je aku tak buat, semua aku buat walaupun aku ni status hanya seorang cashier. lama jugak la aku kerja sini..setahun lebih..aku rasa ni la tempat kerja aku yang paling lama. 

walaupun banyak sgt dugaan demi ujian yg mendatang, dan ramai yg suruh aku berhenti je sbb masalah management n duit asyik hilang je (sbb cashier banyak tangan, tak fixed hanya sorang utk pegang) tak pasal kena ganti guna duit aku..tp aku tetap bertahan..sbb situ ada makanan fav aku. hmmm sambal berapi, kobis n ayam goreng..herm sedap2.. alhamdulillah. plus situ ada leader yg aku sgt hormati, abg naqib. apa2 masalah mmg aku bgtau dia..syukur, dia mmg sgt pantas buat kerja utk selesaikan isu yg aku hadap. disebabkan dia juga la aku bertahan lama dkt situ plus bila dapat teammates yg best. teammates aku ni silih berganti, ada yg dtg utk training je, ada yg berhenti, ada yang kena pergi stay outlet lain..then bila dapat teammates tetap n ngam pulak. wah..mmg heaven weh walaupun gaji kecik. haha

walaupun gaji rendah je dia offer tp syukur kerja ofis hour je masa kt outlet gombak dulu. kalo kat oulet prima seri gombak je baru ada 2 shift. aku berhenti kerja sini pun bila da fedup dgn masalah management, masalah teknikal yang tak setel2..benda kecik mcm maintenance tp tak setel2 by management atas. plus, teammates aku myra da berhenti kerja ikut suami dia..so hidup aku mcm tak best sgt da walaupun still ada teammates lain..so, by time aku dapat offer kerja gis balik..kt map2u, so aku rasa time tu la waktu yg tepat utk aku berhijrah pergi kerja kat tempat baru.

skill gis aku pun da berkarat sbb selama setahun lebih tu aku tak sentuh langsung gis. aku rasa, masa ni la aku nak polish balik skill and knowledge gis aku. alhamdulillah direzekikan utk kerja kt tempat baru.


Dunia kerja akuu

Alhamdulillah wa syukurillah..

post kali ni aku nak cerita detailss pasal dunia kerja aku daripada aku kecik sampai la sekarang.. tahun ni masuk 30 tahun da.. alhamdulillah..

tapi suka aku nak ingatkan di sini.. kehidupan, latar belakang, minat, ujian, dugaan kehidupan, citarasa, keinginan dan impiann kita berbeza.. jadi usahlah mempertikaikan kenapa aku x buat begini dan begitu..sepatutnya begini bukan begitu.. ini adalah pilihan aku..jadi coretan di sini bertujuan sebagai simpanan kenangan.. manis pahit masin masam tawar pengajaran dan pengalaman adalah untuk aku.. kalo korang nak ambil apa2 dalam coretan aku ni..amik la yg baik2 sajaa ya..hihi

ok, kita mulaa. aku buat list lah senang.. tp sebelum tu..aku nk bagitau..masa tahun 2011..aku ada senaraikan #wishlist job yang aku teringin nak kerja tu.. list tu agak panjang ya.. dan alhamdulillah aku rasa almost of it, i can achieved it..hehe aku pun x ingat dah senarai penuh tu.. tp masa aku tulis tu..terkantoi plak dengan ofismate aku..dan list tu sampai plak ke tangan supervisor aku.. n that time on the spot jgak aku kena bebel dgn dia..hahaha dia ada nasihat aku.. kenapa nak kerja macam2, kerja je lah 1 kerja je..n stay lama kat company tu.. aku x ingat aku jawab apa..sama ada aku diam je atau menggangguk ke apa..x pasti lah..tapi yang aku ingat apa yang aku rasa dalam hati aku.. dalam hati aku, aku tetap nekad dengan impian aku.. wishlist job aku..bagi pendirian aku, hidup ni singkat then kenapa kita nak stay saja dengan 1 jenis pekerjaan.. n dgn 1 company sahaja..kan best kalo dapat dapat kerja macam2 jenis pekerjaan yang kita suka.. :) tapi aku hanya mampu kata dalam hati lah.. xtergamak n xterluah kata2 tu pada supervisor aku.. sebab dia pun da agak berusia.. ok lah cukup setakat tu sebagai intro kepada dunia kerja akuu..haha move to list!

dunia kerja akuu;

1. kilang roti @ kuala terengganu

-kerja packing roti burger gemok2 gebuu, plus dapat makan roti panas2..arwah pakman selalu amik roti panas2 dari oven besarr gila tu..then makan panas2..n ada 1 roti manis tu..aku cicah dengan sambal belacan mak saba buat..perghhh mantoppp bhaiii

-masa buat kerja ni aku baru darjah2 la..lebih kurang darjah 3 sampai la aku diploma.. ni kerja on off. kalo balik terengganu masa cuti sekolah, buat la kerja tu..selalu jgak lah dapat upah..RM50 bila nak balik KL balik..hehe terima kasih banyak pakman dan maksaba..pak ad, abang latip dan kak tipah.. i love u all..💗

2. jual roti di tepi pantai depan masjid @ kuala terengganu

- tolong mak saba dan pakman..terengganu cuti setiap hari jumaat dan sabtu.. disebabkan aku membesarkan kat area kL-selangor..jadi agak janggal, teruja plak bila tengok negeri lain cuti pada hari jumaat.. so setiap hari jumaat, pakman n maksaba seolah menjadi rutin 'wajib' untuk pergi ke masjid dengar ceramah dari tok guru nik aziz (xsilap aku lah), aku pun follow lah kan..hehe fikir leh la jenjalan tepi pantai nnt..jalan memang sunyi lenggang.. dan semua kenderaan aku tengok semua tertumpu kat masjid je.. rasa macam blessed sangat..bila dapat join masa tu..

3. jual air dekat bazar ramadhan @ kuala terengganu

- masa ni pun follow pakman n maksaba jgak..ikut dorang p jual2.. masa ni aku ingat pakman n maksaba jual air soya, air campur macam2 apa benda ntah..nampak menarik air tu..tapi aku x minum, aku selalu nak minum air soya je masa tu..

4. cari dana untuk pembukaan cyber cafe sekolah (smk sungai kertas)

-masa ni under program Celcom kat sekolah aku..sekolah aku antara sekolah yang terpilih untuk join program ni.. dalam kategori sekolah luar bandar.. n alhamdulillah kelas aku kelas yang terpilih untuk terlibat dengan program ni; 4 Sains 1 batch 2006

- so kerja yang kitaorg buat, pergi rumah ke rumah..offer kerja apa yang kitaorg leh buat.. n request for upah la for that kerja untuk kumpul dana for sekolah kitaorg tu.. antara kerja yang aku buat; lipat baju, basuh kereta, kemas halaman rumah..tu je yang aku ingat

---

sepanjang aku sekolah rendah dan menengah tu je la 'kerja' yang aku pernah buat.. yang lain dok umah..main je..+ gadoh dengan adik2..huhu 😜

---

5. praktikal di taman-taman sabah, kota kinabalu, sabah

- buat kerja selenggara signboard taman n buat suggestion untuk penambahan signboard di tempat2 tertentu dan sepatutnya + design signboard

- xde dapat elaun, just disediakan tempat tinggal dan transport + driver untuk ke mana2 yang perlu

6. praktikal di taman negara gunung gading, kuching

- buat conservation buds rafflesia..x sangka kt taman negara tu ada bunga rafflesia..ada banyak jugak la..pernah la nampak beberapa buds dia..besar buds dia..so kerja mengira la buds yang ada pada waktu tertentu
- jaga counter, orang nak beli tiket masuk
- housekeeping, kemas hotel..cleaning
- sini ada disediakan hostel dan transport + driver kalo nak kemana2..

7. praktikal di jabatan sains perhutanan, upm kampus bintulu

- siapkan dapur untuk kem hutan
- angkat batu bata, pasir2, kacau simen, buat rumah batu,..so that, after this setiap kali kem hutan berlangsung akan guna la rumah tu untuk persiapan memasak ke apa kan.. senang la sikit..daripada nak kena buat tiap2 kali kem hutan dijalankan..mmg penat la kerja ni..betul2 ko kerja buruh wehh setiap hujung minggu.. tp bila tengok hasilnya rasa lega laa setelah berpenat lelah sepanjang 1 sem
- ni pun xde elaun, xde hostel..semua sendiri yaaa..haha

---

masa ni xtau la kenapa, tapi batch diploma perhutanan aku time ni memang kena praktikal 3x..bukan sekali atau 2x tau..tapi 3x! kitaorg xleh follow senior2 kitaorg yang praktikal kat semenanjung..dok umah parents.. no okayy..no! semua kena praktikal dekat area Borneo sahaja yaa.. sabah atau sarawak! aku selaku wakil pelajar perhutanan masa tu, xtahu nak buat macam mana.. 1 reason memang da kena follow standard kementerian IPT.. dia nak kredit tu lebih pada praktikal, berapa kredit ntah lebihnya,.aku xingat. tp memang x cukup la kalo sekali je kitaorang buat praktikal tu.. bak kata Dr Ong, memang kena 3x praktikal baru cukup kredit untuk bergraduasi.. 2nd reason pasal bajet jabatan.. mmg agak costly laa kan.. pensyarah nak kena turun semenanjung untuk tengok setiap sorang pelajar kat lain2 company..kalo 60 orang, 1 malaysia memang jenuh n costly sangat nk kena keluarkan. jadi tindakan jabatan untuk menempatkan kitaorg dekat kawasan sabah atau sarawak sahaja bagi aku memang tindakan yang tepat.. lepastu sekali praktikal 4-5 orang 1 group. so boleh la support each other kan..aku ingat lagi masa tu Dr Ong la yang uruskan semua penempatan latihan industri batch aku..siap letak senarai nama company..kitaorg tggu pilih jee mana nak n pilih teammates. surat menyurat semua Dr Ong yang uruskan.. kitaorg tinggal pergi lapor diri jee.. syukur alhamdulillah..thank you Dr Ong n semua staff jabatan sains perhutanan, upm kampus bintulu..  💗

---

8.  pembantu kedai dobi @ bandar bintulu

- first time kerja luar bidang. haha layan je la..yg penting dpt duit + pengalaman!
- tagging baju, basuh baju, keringkan baju, packing baju ikut owner..bagi aku kerja ni memang penat..berpeluh2 wehh. + ko kena fokus bila buat kerja tu..kalo x, lambat la kerja ko siap..udah ler kerja nya belambak! fuhh
- sini dapat gaji dalam RM250..kerja dlm 2 mggu mcm tu je..sbb masa tu nak hari gawai dah..bos nak cuti..hehe


9. pembantu penyelidik @ jabatan sains pertanian, upmkb

- masa ni kerjanya just kira tinggi pokok dalam kawasan plot tertentu dkt upmkb tu
- time ni aku ingat, aku kerja sekali dgn zarul n alwis
- gaji xsilap dapat dlm RM100 dalam 4 hari kerja tu..amount tu aku rasa mcm banyak jgak la kan

10. pembantu kepada pelajar pasca siswazah (master)

- kerja sukat tanah plak
- dalam 2 mggu jgak kerjanya
- gaji dalam RM300 sepanjang 2 mggu tu.. ni pun aku rasa mcm besarnya gaji dia bagi...hehe syukur alhamdulillah..
- masa ni aku kerja dengan liaaa 💗 area kerja: hutan nirwana, upmkb. hutan yang lia sukaaa sgt! xhbs ckp kt aku..bila nak masuk hutan nirwana..bila dapat kerja ni..tercapai jgak akhirnya impian diaa..haha

---

so, 3 kerja ni lah yang aku kerja lepas habis jee final exam semester akhir diploma perhutanan tu.. orang lain kalut2 packing barang2 terus balik semenanjung..tapi aku dengan lia..rasa sayangg sgt nak tinggalkan upm n bumi sarawak ni.. tu yang kitaorg koje dulu mcm2..tapi motif utama nak duit la weii..mana ada duit nak pos barang2 aku yang berkotak2 tuu.. balik semenanjung.. semua perlu duit okay! tapi syukur alhamdulillahh sangat2.. yuran hostel sepanjang habis semester, duit makan minum, tambang minyak motor, pos semua barang2 aku balik KL..semua cukup dan dipermudahkan oleh Allah..💓

ada jgak cousemate aku ajak jadi fasilitator kem perhutanan 2 minggu untuk budak 1st year. sebab masa tu aku da sem 6.. jadi senior sem 6 memang kena jadi fasi utk budak sem 2..tp xpaksa la..mana yang nak, join lah.. aku xprefer utk join..sbb masa tu lebih tertarik dgn kerja2 pembantu penyelidik tu,, so aku tolak la ajakan cousemate aku tu then i just follow my interest 💟 eh macam panjang plak eh post aku ni.. aku buat by episod lah. hehe senang nk classify kan..

Mengimbau kenangan lalu..

3 post sebelum ni, baru aku post kt sini..ceh ingatkan dpt posting ikut tarikh aku buat draft tu.. rupanya bila posting dia ikut tarikh bila kita post tu.. herm,, kalo edit je dia xikut tarikh baru bila publish. haha layan je la ea draft2 bertahun2 lepas punya...

tambah2 ucapan pertama tu, tahun 2009 punyaa. haha best memories everr. aku suka aku punya level keyakinan diri aku masa berucap masa tu. walaupun first time berucap depan orang ramai guna mic..tp bagi aku, ok lah.. xde la gabra ke apa..relax2 je. 

so kesimpulannya, kalo nk tulis apa masa that date n timee.. tulis je ok. aku geram jgak dgn diri aku..ehh. aku yakin masa aku buat draft tu mesti ada perkara menarik yg berlaku...tp bila x dicatat... aku pun da x ingat dah perkara apa yg terjadi at that time.. 

kenangan ni best..bila diimbaukan... tambah2 kenangan manis..rasa tersenyumm je kita dibuatnya bila teringat balik.. tp kalo perkara sedih..kita tersenyum jgak..senyum redha atas ketentuanNya.. aku betul2 rindu kenangan lalu.. kdg ada certain kenangan.. aku hanya rindu kenangan itu...bukan lg pd orangnya.. kerana masa pun telah merubah keadaan dan orang itu.. orangnya tidak lagi seperti dulu..tp kenangan itu..masih tetap sama seperti dulu..dan xkan pernah berubah..

kenangan indah buat kita rasa bahagia.. akan nikmat kehidupan..dan syukur dgn pemberianNya meskipun hanya seketika.. 

tp kenangan pahit..buat kita jadi lebih kuat..dan sabar.. moga ada pahala atas kesabaran dan kesakitan kita.. ameenn..

musim PKP (perintah kawalan pergerakan) ni pun da  nak masuk tahap 4 dah skrg.. orang kata, antara salah satu terapi adalah dengan menulis.. jadi disebabkan itu aku mula menulis kt sini.. :)
bosan jgak ek xbuat apa2 masa cuti ni..aku sebenarnya niat aku nk update balik blog ni psl nk simpan kenangan kerja2 aku yg lepas.. ye la kalo x tulis.. mmg aku xkan ingat dah apa yg pernah aku lalui selama ni.. haha tp ternampak plak draft2 lama.. ada dlm 30 draft weii..adoii laa..tergendalaa.. ntah apa cerita di sebalik draft2 tu.. ada posting sbelum ni aku save as draft pun aku da repost balik. hehe xpe lah..yg mana xtertulis tu delete je lah semua.. kita move to next step! aku tau xde sape pun yg baca blog aku ni..tambah aku plak asyik tukar2 nama jee..haha rasa ni nama last kot. malas dah nk tukar2 nama..hihi

sooo next posting is about dunia kerja akuu.. yeayy! 💗

Ucapan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

As-Salamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang berada di sini. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi majlis. Yang BerbahagiaBerusaha, Pengerusi Kelab Rimbawan sesi 2009/2010 Muhammad Faiz Bin Saion, AJK-AJK di dalam Kelab Rimbawan dan Yang dihormati serta disayangi hadirin hadirat sekalian.

Sebelum sy berucap dgn lebih panjang, ingin sy memperkenalkan diri sy serba sedikit bagi makluman hadirin sekalian. Nama diberi Nurul Hidayah Bt Zolkiffly. Diploma Perhutanan Semester 3 dari pelajar batch 2008/2009. Berasal dari Selayang, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Anak ke-4 drpd 7 org adik beradik. Sekolah terakhir adalah di SMK Darul Ehsan, Selayang sebagai pelajar Tingkatan 6 Rendah. Kini, Pelajar UPMKB yang berperanan sbg Wakil Program Dip. Perhutanan di dalam Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) bagi sesi 2009/2010.

Baiklah, berdirinya sy di sini atas permintaan Mantan Wakil Kos yang mahu sy menerangkan serba sedikit mengenai peranan sy sebagai wakil Program Diploma Perhutanan bagi sesi 2009/2010. Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada mantan wakil kos sesi 2008/2009 iaitu saudara Navinbabu Rao a/l Krishna Rao dari pelajar semester 5 yang banyak memberi tunjuk ajar dan serba sedikit perkongsian pengalaman beliau sepanjang penglibatan beliau selaku wakil kos pada waktu yang lalu.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih sy ucapkan kpd pihak pengurusan Kolej Sri Rajang kerana memberi peluang kpd sy untuk menjalankan tugas selaku wakil kos bagi sesi 2009/2010.
Di sini, ingin sy tekankan bahawa, selaku wakil kos..sy berperanan untuk menjaga kebajikan para pelajar yang berada di dalam kos Diploma Perhutanan ini bermula dari pelajar sem 1 sehingga bagi pelajar semester terakhir. Sebarang permasalahan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang mahu dijalankan terutamanya yang melibatkan orang atasan, pihak2 yang terlibat yang menguruskan pelaksanaan aktiviti tersebut boleh berhubung dengan sy untuk sy mengambil tindakan selanjutnya.

Sy juga, merupakan wakil bagi suara2 pelajar program Diploma Perhutanan kita yang mahu membuat sebarang apa2 aktiviti, perancangan mahupun permasalah kita dalam Kelab Rimbawan kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa. Daripada situ, dapatlah kami ahli-ahli MTM berbincang dan berusaha untuk merealisasikan hajat atau sebarang aktiviti Kelab Rimbawan yang di mana terdapatnya permasalahan. Insya ALLAH, dengan kerjasama dan sokongan anda semua, sy akan buat yang terbaik selaku menyandang jawatan sebagai wakil kos bagi mewakili suara-suara pelajar kos kita dalam MTM di sesi 2009/2010 ini. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita dalam Kelab Rimbawan ini pada ms kini dan masa akan datang, Insya ALLAH.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, was-Salamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kpd yg bukan muslem. Terima kasih.

Sedih

 bismillahirrahmanirrahim..

tiada siapa yang ingin dihinakan. tiada siapa yang mahu dirinya direndahkan, diperlekehkan, ditengking, dicaci. tiada siapa.

apa perasaan bila diri diperlaku sebegitu? alangkah sedihnya. hati bagai disiat2....:'(

air mata tidak henti mengalir laju di pipi, hati merasa sebak dan pilu teramat. teramat sangat. kepala terasa sakit, hidung mula slesema menangis tangis. mata mula membengkak. peritnya rasa ini...

tiada siapa manusia yang menginginkannya. datangnya tidak diundang dan kadang tidak disangka-sangka..

penah dengar lagu rintihan nyanyian hijjaz?

begitu lah perasaan hati ketika ini...terasa berat tersangat dugaan yang sedang dihadapi
berlawan dengan emosi dan ego orang yang bongkak.merasa dirinya hebat. seorang pemimpin seharusnya bersikap professional dan tidak mengikut emosi serta jiwa yang kacau. perlukah ditengking? perlu kah mengeluarkan tutur kata yang menyakitkan hati sehingga tidak tersusun lagi bicaranya?

hati masih menangis...luka masih berdarah, siapa yang mahu merawatnya? pembuat luka menghilang diri bersama ego.

Salam Aidiladha :) #2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

(: ...لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُl

alhamdulillah....akhirnya dapat juga bertemu lagi dgnmu...:) hehe..rindu nak mencorat-coret di sini....tp kekangan waktu dan kadang wifi/internet xde..agak susah lah nak tulis2 kat sini..hmm..

syukur alhamdulillah atas kelapangan rezeki dari Allah untukku....umur, dan limpahan rezeki dari Nya yang lain2 tidak terhingga...:') mashaa Allah...nak menangis pun ada rasanya..kerana banyak sangat rezei kurniaanNya yang tidak aku sangka2kan...alhamdulillah, allahuakbar!

syukur kerana kali ini aku dapat pulang lagi ke rumah sempena cuti hari raya aidiladha...kawan2, esok jangan lupa puasa tau :) "sahaja aku berpuasa sunat arafah esok hari dgn keimanan dan mengharapkan keredhaanMu kerana Allah taala."

masih terbayang tahun lepas...waktu hari raya aidiladha...aku kena kerja! sepanjang perjalanan pergi ke tempat kerja, air mata aku tidak henti2 mengalir dan dada sangat sesak dan sebak....haih..tu baru raya aidiladha...aku xdpt bayangkan kalo kena kerja waktu raya aidilfitri..mashaa Allah.....sedihnyaa....betapa tabahnya mereka2 yang mampu utk terus bekerja pada hari cuti umum....>.<

bulan oktober tahun ni...menginjak sudah umurku yang ke-23 tahun...alhamdulillah.....semakin singkat umurku yang tinggal...ya Allah..ya Rahman ya Rahim..berkatilah umur,hidup,rezeki dan amalku, ibu bapaku, keluargaku, sahabat2ku, pemimpin2 negara dan kaum muslimin muslimat...........ya Allah ya Ghaffur...ampunilah dosa2 kami.... :'(

sepanjang 2 minggu bulan 10 ni..syukur alhamdulillah, mcm2 perkara yang aku rasa sangat2 bersyukur atas nikmat kurniaanNya... :)
  • selang brapa hari sebelum hari lahir aku, femly aku dah siapkan hadiah harijadi..dan yang paling aku terkejut...hadiah yang diberi tuu...mmg apa yang aku nak ! subhanallah...:') benda2 tu semua kadang terlintas je dkt hati aku...tp oleh sbb xde duit atau rasa mcm 'xpayah lah beli' tu...xsangka Allah beri melalui orang lain..hehe..alhamdulillah
  • dapat join ikut program dgn sahabat2 lain.. :)
  • dapat naik keretapi g kuala krai dari jb (perjalanan 14 jam) dapat tempat tido atas same wif kak laila..teman musafirku :)
  • yang terpenting dapat g kenduri kwin kak ejah !! syukurr alhamdulillahh tersangat......................... mashaa Allah....aku rasa ni lah majlis perkahwinan yang paling simmmmple sempoi setakat ni aku pernah tgk n datang. pastu yang xleh tahan terharunya, kedua2 pengantin baru ni yang hantar kami g stesen keretapi