Sunday, June 4, 2023

Syukur dan Sabar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

 (: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

Alhamdulillah.. bertahun juga aku tak update blog ni sebenarnya mcm2 jadi dlm hidup aku ni..hmm tak berkesempatan nak rekod dlm blog ni first sbb laptop aku ayah aku guna sblm ni, sbb screen nya prob..retak mcm tu la, jadi bila on laptop aku ni jadi kosong, hanya boleh tgk dari pc je. 

so sementara aku pun tak ada apa2 kerja yg mustahak atau kerja gis utk guna laptop ni, so aku hold la laptop aku tu kt ayah aku..bagi dia guna melalui pc dia. sbb masa aku kerja dkt map2u nilai tu, company ada bagi pc. 

so that, tak perlu nak guna laptop sendiri. tp takkan nak update blog guna pc company pulak kan. haha mmg idok ler..rasa berdosaah pulak.haha so time by time berlalu.. here i am.. :) ayah aku pun pulang balik laptop aku lepas dia da repair screen laptop aku yg retak ni, alhamdulillah dah boleh guna mcm biasa..dan dia pun da ada laptop baru utk dia guna. alhamdulillah

banyak sebenarnya suka duka yang berlalu dlm hidup aku skrg.. saja nak update sini, sbb tau takda sape baca pun.hahaha utk tatapan aku je la, meluah rasa di hati.. 

tak sangka, sekejap je masa berlalu.. hidup ni sentiasa ada up dan down.. masa up, kita bersyukur.. masa down, kita bersabar.. apapun, syukur sgt Allah masih kurniakan kita nafas dan diberikan pinjaman tubuh serta rezeki2Nya yg lain utk kita menempuh hidup yg sementara ni.. 

aku baru je habis baca beberapa buah buku dlm masa tempoh aku healing ni n banyak sangat benda yang aku tak tau, terlupa, lalai, terleka sepanjang aku memisahkan diri utk membaca buku2 yg baik..subhanaallah 

rasa macam, eh kenapa laaa aku tak baca buku ni dari dulu eh tp bila tgk buku tu, mcm ada lipatan sikit..lipatan yg aku selalu buat bila ada part muka surat yang aku suka kata2 dia. aku mcm eh, aku pernah baca ke buku ni..rasa mcm tak pernah pun.. itu lah, aku pun dah tak ingat bila entah aku last baca buku yg baik2 utk fikiran dan hati aku ni.. 

buku2 yg aku ambil tu pun dari bilik aku sendiri je pun then bawa ke rumah sewa. dah bawa kt rumah sewa pun, masih tak terdetik nak baca.. then, bila ujian datang..baru la terdetik nak baca buku2 yg aku bawa tu.. :') 

syukur ya Allah, akhirnya aku dikurniakan taufiq dan hidayah dari Nya utk membaca buku2 tu.. antaranya buku tarbiah sentap by adnin roslan. buku ni aku rasa mcm tak pernah baca or baca tak habis dulu masa beli..now, baru dapat habiskan baca. mashaa Allah, sgt2 best penulisan dia ni 

eh blog sekarang dah tak ada emoticon ke,haha mcm tak dramatic pulak kalo tak letak emoticon sini. haha ke aku yg tak tau sbb dah lama tak guna utk menulis kt blog ni..blog pun da update mcm2 da..sampai aku lupa da mcm mana nak setting dia..dulu smooth je aku setting n explore. skrg hmm kena belajar balik 

ha sambung tadi, apa yg aku betul2 sentap dan ingat dari buku tarbiah sentap tu..dia kata 

"kita ni da lama sangat kurang ajar dengan Allah..gunakan nikmat Dia untuk buat maksiat! sebab tu kena TAUBAT!" 

subhanallah, betul weh apa dia kata..bila baca buku dia tu sehelai demi sehelai..aku rasa mcm kena ketuk berkali2..rasa mcm baru tersedar dari dunia fantasi ke dunia yang nyata sebenar2nya.. 

aku rasa lalaii sangat2 aku sebelum ni sedih sangat weh. apa2 pun aku bersyukur, dengan ujianNya ni buat aku bertambah dekat dgn Dia.. Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hamba2Nya.. :') 

Alhamdulillahi'ala kulli hal aku rasa kalo aku tak kena ujian yg Allah bagi kt aku, mgkin aku lebih lalai dan lebih jauh daripada Dia.. :'( 

buku lain yg aku baca antaranya buku karya Salim A. Fillah penulisan dia pun sangat best..sangat lembut tp menusuk hati agar kembali sedar dari lamunan.

ok la, semoga aku terus kuat utk mengharungi kehidupan skrg dan akan datang..

kadang2 bila rasa down sgt, putus asa sgt2, sampai rasa..apa perlunya aku hidup lg?

then, aku tersedar ada satu kata2 ni..aku tak ingat dari mana..dia kata

"kalau kita rasa hidup kt dunia sangat2 berat..percayalah..yang hidup dekat alam berzakh tu lagi berat daripada hidup dkt dunia ni..dan hidup di padang mahsyar lebih beratt dari hidup di alam berzakh"

jadi, nak tak nak, aku kena kuat utk teruskan hidup ni..

aku hanya mampu berdoa kat Allah.. 

"Ya Allah, andai aku hidup lebih baik dari aku mati..maka hidupkan lah aku..panjangkan lah umurku dalam kebaikan..tetapi jika mati itu lebih baik dari aku hidup..maka kembalikan lah aku padaMu ya Allah..."

dan kata2 dalam buku yang aku baca tu,

kita ni hidup utk mengabdikan diri padaNya.. jadi kenapa perlu risau dan sedih mengenai perkara2 lain yang sememangnya terpesong dari tujuan kita diciptakan..

maka dari itu, aku harus kuat. dan fokus pada apa yg Dia mahukan. Inshaa Allah..

Ya Allah, jadikan lah aku ni hambaMu yang sejati..

ameen ya robbal'alaameenn..


Friday, January 1, 2021

#R2 - Sambal Belacan Tok T

 1. Cili merah 3 + cili padi 20 + belacan + asam jawa + gula + air sikittt + blend semua

Siappp!

#R1 - Ikan Masak Asam

 1. Goreng ikan dan asingkan

2. Goreng bawang putih + bawang besar guna minyak ikan tadi

3. Letak kicap + asam jawa + cili padi + garam sikit + bagi mendidih then tuang dkt ikan goreng tadi.

Siappp!

Saturday, May 2, 2020

Dunia kerja akuu ii

ok, kita sambung plak bila da sampai kL-selangor after study kat sarawak nu..

11. pegawai khidmat pelanggan & produk @ nur lembah pangsun sdn bhd, hulu langat

12. part time pembantu kedai @ sweetly cake house, selayang

13. pembantu taska di hospital selayang

14. pembantu taska di tadika naluri kasih, taman jasa

15. penolong pegawai veterinar @ leong hup sdn bhd, melaka

16. part time ticket worker @ zoo negara

-kerjanya..pakaikan tiket kat pergelangan customer je

17. part time kedai makan kebab @ perth, western australia

18. full time ticket worker @ ticker counter, zoo negara

- arrange pembelian tiket dari customer dari dalam n luar negara..masa ni main dgn banyak duitt..ribu riban..hehe

19. kerani @ knk catering, batu caves + setiausaha ketua kampung kampung melayu batu caves selatan

- dapat makan free; sarapan + makan tengahari + dinnerr (kalo kena balik lambat)

20. part time waitress @ knk catering, batu caves

-RM60-70/day

---

then sambung belajar @ utm skudai, johor bahru

---

21. praktikal di FRIM, kepong

- no elaun but merasai pengalaman + kenangan berjalan2 ke 5 negeri sepanjang LI

22. sukarelawan festival konvokesyen (FESKO55), utm

- ahli jawatankuasa unit 3K
- dapat elaun RM500

23. part time merchandizer product sunquick @ kempas

---

graduate 2017

---

24. promoter produk urut (portable) @ jalan ipoh, KL

-harga produk RM30/unit
-dapat achieve level sales tertinggi
-1st time jumpa bos cina penipu

-- then dapat offer kerja dalam bidang GIS dekat jalan kuching, KL..but position quiet high + tough. relate to deep GPS knowledge, but finally aku tolak sebab x confident + rasa rendah diri + xde pengalaman langsung. setakat pengalaman masa belajar dalam kelas, field n praktikal sikit2 tu..still xmenguatkan keyakinan aku nk amik job tu..bos tu confident dengan aku, tapi aku x confident dengan ilmu dan diri aku sendiri ---

25. seller product coway

- 1st time merasa gaji RM3,000 ++

26. pembantu dapur @ hospital putrajaya

27. pekerja sambilan harian E41 @ unit GIS, jabatan perangkaan, putrajaya

-1st time kerja government

28. pembantu penyelidik student pasca siswazah (PhD) @ fakulti kejuruteraan awam, utm JB

29. part time pembantu dapur @ restoran sarawak, kempas, JB

30. part time pembantu dapur @ planetzburger, gelang patah, JB

--- masa ni dapat 2 offer kerja, pegawai penilai (pensyarah) n kerja dkt DBKL. xtahu nak pilih mana satu..pegawai penilai tu guna degree, gaji tinggi sikit dari DBKL.. dkt DBKL guna diploma

31. pegawai penilai @ geomatika universiti college (GUC)

32. graduated research assistant (GRA) @ fakulti kejuruteraan awam & alam sekitar, uthm, batu pahat, johor

33. part time clerk @ kilang makanan maz, kempas, JB

34. management trainee @ cajun on wheels, plaza singapura

- buat kerja kitchen helper
-1st time merasa gaji RM4,000 ++ n gaji SGD..ehhe
-1st time sewa bilik dalam singapore @ novena
-boleh solat

35. gis technician @ malvus sense sdn bhd, bangi, kajang, selangor

36. head of waitress @ rasa rasa yishun, yishun avenue 11, singapore

-1st time merasa gaji RM5,000 ++
-makan free (deduct salary $500)
-boleh solat

- amik order, serve food , topup stock, cleaning

37. management trainee @ sanook kitchen, yishun + tampines 1, singapore

- makan free
- xboleh solat :(
- kena solat curi2 atas alasan g toilet

- amik order, serve food , topup stock, cleaning

38. part time pembantu dapur @ kedai makanan melayu, tuas, singapore

- $50/day + makan free
- 1st time kerja dengan orang melayu singapore

39. part time worker @ kilang makanan maz, kempas, JB

-kerja packing begedil, karipap kentang/sardine, popia sayur, popia otak2
-buat karipap kentang/sardine (letak kulit/letak inti/letak gam)
-lipat kulit popia
- all is frozen food

40. full time worker as cashier @ayam gepuk pak gembus, KL

- cashier
- topup kicap
-lipat kertas nasi, gunting buat corak bunga
- goreng ayam, tauhu tempe, pedal
- giling cili
- masak n packing nasi
- potong kobis
- opening, closing, bank in duit, update report sale

haha kerja apa je aku tak buat, semua aku buat walaupun aku ni status hanya seorang cashier. lama jugak la aku kerja sini..setahun lebih..aku rasa ni la tempat kerja aku yang paling lama. 

walaupun banyak sgt dugaan demi ujian yg mendatang, dan ramai yg suruh aku berhenti je sbb masalah management n duit asyik hilang je (sbb cashier banyak tangan, tak fixed hanya sorang utk pegang) tak pasal kena ganti guna duit aku..tp aku tetap bertahan..sbb situ ada makanan fav aku. hmmm sambal berapi, kobis n ayam goreng..herm sedap2.. alhamdulillah. plus situ ada leader yg aku sgt hormati, abg naqib. apa2 masalah mmg aku bgtau dia..syukur, dia mmg sgt pantas buat kerja utk selesaikan isu yg aku hadap. disebabkan dia juga la aku bertahan lama dkt situ plus bila dapat teammates yg best. teammates aku ni silih berganti, ada yg dtg utk training je, ada yg berhenti, ada yang kena pergi stay outlet lain..then bila dapat teammates tetap n ngam pulak. wah..mmg heaven weh walaupun gaji kecik. haha

walaupun gaji rendah je dia offer tp syukur kerja ofis hour je masa kt outlet gombak dulu. kalo kat oulet prima seri gombak je baru ada 2 shift. aku berhenti kerja sini pun bila da fedup dgn masalah management, masalah teknikal yang tak setel2..benda kecik mcm maintenance tp tak setel2 by management atas. plus, teammates aku myra da berhenti kerja ikut suami dia..so hidup aku mcm tak best sgt da walaupun still ada teammates lain..so, by time aku dapat offer kerja gis balik..kt map2u, so aku rasa time tu la waktu yg tepat utk aku berhijrah pergi kerja kat tempat baru.

skill gis aku pun da berkarat sbb selama setahun lebih tu aku tak sentuh langsung gis. aku rasa, masa ni la aku nak polish balik skill and knowledge gis aku. alhamdulillah direzekikan utk kerja kt tempat baru.


Dunia kerja akuu

Alhamdulillah wa syukurillah..

post kali ni aku nak cerita detailss pasal dunia kerja aku daripada aku kecik sampai la sekarang.. tahun ni masuk 30 tahun da.. alhamdulillah..

tapi suka aku nak ingatkan di sini.. kehidupan, latar belakang, minat, ujian, dugaan kehidupan, citarasa, keinginan dan impiann kita berbeza.. jadi usahlah mempertikaikan kenapa aku x buat begini dan begitu..sepatutnya begini bukan begitu.. ini adalah pilihan aku..jadi coretan di sini bertujuan sebagai simpanan kenangan.. manis pahit masin masam tawar pengajaran dan pengalaman adalah untuk aku.. kalo korang nak ambil apa2 dalam coretan aku ni..amik la yg baik2 sajaa ya..hihi

ok, kita mulaa. aku buat list lah senang.. tp sebelum tu..aku nk bagitau..masa tahun 2011..aku ada senaraikan #wishlist job yang aku teringin nak kerja tu.. list tu agak panjang ya.. dan alhamdulillah aku rasa almost of it, i can achieved it..hehe aku pun x ingat dah senarai penuh tu.. tp masa aku tulis tu..terkantoi plak dengan ofismate aku..dan list tu sampai plak ke tangan supervisor aku.. n that time on the spot jgak aku kena bebel dgn dia..hahaha dia ada nasihat aku.. kenapa nak kerja macam2, kerja je lah 1 kerja je..n stay lama kat company tu.. aku x ingat aku jawab apa..sama ada aku diam je atau menggangguk ke apa..x pasti lah..tapi yang aku ingat apa yang aku rasa dalam hati aku.. dalam hati aku, aku tetap nekad dengan impian aku.. wishlist job aku..bagi pendirian aku, hidup ni singkat then kenapa kita nak stay saja dengan 1 jenis pekerjaan.. n dgn 1 company sahaja..kan best kalo dapat dapat kerja macam2 jenis pekerjaan yang kita suka.. :) tapi aku hanya mampu kata dalam hati lah.. xtergamak n xterluah kata2 tu pada supervisor aku.. sebab dia pun da agak berusia.. ok lah cukup setakat tu sebagai intro kepada dunia kerja akuu..haha move to list!

dunia kerja akuu;

1. kilang roti @ kuala terengganu

-kerja packing roti burger gemok2 gebuu, plus dapat makan roti panas2..arwah pakman selalu amik roti panas2 dari oven besarr gila tu..then makan panas2..n ada 1 roti manis tu..aku cicah dengan sambal belacan mak saba buat..perghhh mantoppp bhaiii

-masa buat kerja ni aku baru darjah2 la..lebih kurang darjah 3 sampai la aku diploma.. ni kerja on off. kalo balik terengganu masa cuti sekolah, buat la kerja tu..selalu jgak lah dapat upah..RM50 bila nak balik KL balik..hehe terima kasih banyak pakman dan maksaba..pak ad, abang latip dan kak tipah.. i love u all..💗

2. jual roti di tepi pantai depan masjid @ kuala terengganu

- tolong mak saba dan pakman..terengganu cuti setiap hari jumaat dan sabtu.. disebabkan aku membesarkan kat area kL-selangor..jadi agak janggal, teruja plak bila tengok negeri lain cuti pada hari jumaat.. so setiap hari jumaat, pakman n maksaba seolah menjadi rutin 'wajib' untuk pergi ke masjid dengar ceramah dari tok guru nik aziz (xsilap aku lah), aku pun follow lah kan..hehe fikir leh la jenjalan tepi pantai nnt..jalan memang sunyi lenggang.. dan semua kenderaan aku tengok semua tertumpu kat masjid je.. rasa macam blessed sangat..bila dapat join masa tu..

3. jual air dekat bazar ramadhan @ kuala terengganu

- masa ni pun follow pakman n maksaba jgak..ikut dorang p jual2.. masa ni aku ingat pakman n maksaba jual air soya, air campur macam2 apa benda ntah..nampak menarik air tu..tapi aku x minum, aku selalu nak minum air soya je masa tu..

4. cari dana untuk pembukaan cyber cafe sekolah (smk sungai kertas)

-masa ni under program Celcom kat sekolah aku..sekolah aku antara sekolah yang terpilih untuk join program ni.. dalam kategori sekolah luar bandar.. n alhamdulillah kelas aku kelas yang terpilih untuk terlibat dengan program ni; 4 Sains 1 batch 2006

- so kerja yang kitaorg buat, pergi rumah ke rumah..offer kerja apa yang kitaorg leh buat.. n request for upah la for that kerja untuk kumpul dana for sekolah kitaorg tu.. antara kerja yang aku buat; lipat baju, basuh kereta, kemas halaman rumah..tu je yang aku ingat

---

sepanjang aku sekolah rendah dan menengah tu je la 'kerja' yang aku pernah buat.. yang lain dok umah..main je..+ gadoh dengan adik2..huhu 😜

---

5. praktikal di taman-taman sabah, kota kinabalu, sabah

- buat kerja selenggara signboard taman n buat suggestion untuk penambahan signboard di tempat2 tertentu dan sepatutnya + design signboard

- xde dapat elaun, just disediakan tempat tinggal dan transport + driver untuk ke mana2 yang perlu

6. praktikal di taman negara gunung gading, kuching

- buat conservation buds rafflesia..x sangka kt taman negara tu ada bunga rafflesia..ada banyak jugak la..pernah la nampak beberapa buds dia..besar buds dia..so kerja mengira la buds yang ada pada waktu tertentu
- jaga counter, orang nak beli tiket masuk
- housekeeping, kemas hotel..cleaning
- sini ada disediakan hostel dan transport + driver kalo nak kemana2..

7. praktikal di jabatan sains perhutanan, upm kampus bintulu

- siapkan dapur untuk kem hutan
- angkat batu bata, pasir2, kacau simen, buat rumah batu,..so that, after this setiap kali kem hutan berlangsung akan guna la rumah tu untuk persiapan memasak ke apa kan.. senang la sikit..daripada nak kena buat tiap2 kali kem hutan dijalankan..mmg penat la kerja ni..betul2 ko kerja buruh wehh setiap hujung minggu.. tp bila tengok hasilnya rasa lega laa setelah berpenat lelah sepanjang 1 sem
- ni pun xde elaun, xde hostel..semua sendiri yaaa..haha

---

masa ni xtau la kenapa, tapi batch diploma perhutanan aku time ni memang kena praktikal 3x..bukan sekali atau 2x tau..tapi 3x! kitaorg xleh follow senior2 kitaorg yang praktikal kat semenanjung..dok umah parents.. no okayy..no! semua kena praktikal dekat area Borneo sahaja yaa.. sabah atau sarawak! aku selaku wakil pelajar perhutanan masa tu, xtahu nak buat macam mana.. 1 reason memang da kena follow standard kementerian IPT.. dia nak kredit tu lebih pada praktikal, berapa kredit ntah lebihnya,.aku xingat. tp memang x cukup la kalo sekali je kitaorang buat praktikal tu.. bak kata Dr Ong, memang kena 3x praktikal baru cukup kredit untuk bergraduasi.. 2nd reason pasal bajet jabatan.. mmg agak costly laa kan.. pensyarah nak kena turun semenanjung untuk tengok setiap sorang pelajar kat lain2 company..kalo 60 orang, 1 malaysia memang jenuh n costly sangat nk kena keluarkan. jadi tindakan jabatan untuk menempatkan kitaorg dekat kawasan sabah atau sarawak sahaja bagi aku memang tindakan yang tepat.. lepastu sekali praktikal 4-5 orang 1 group. so boleh la support each other kan..aku ingat lagi masa tu Dr Ong la yang uruskan semua penempatan latihan industri batch aku..siap letak senarai nama company..kitaorg tggu pilih jee mana nak n pilih teammates. surat menyurat semua Dr Ong yang uruskan.. kitaorg tinggal pergi lapor diri jee.. syukur alhamdulillah..thank you Dr Ong n semua staff jabatan sains perhutanan, upm kampus bintulu..  💗

---

8.  pembantu kedai dobi @ bandar bintulu

- first time kerja luar bidang. haha layan je la..yg penting dpt duit + pengalaman!
- tagging baju, basuh baju, keringkan baju, packing baju ikut owner..bagi aku kerja ni memang penat..berpeluh2 wehh. + ko kena fokus bila buat kerja tu..kalo x, lambat la kerja ko siap..udah ler kerja nya belambak! fuhh
- sini dapat gaji dalam RM250..kerja dlm 2 mggu mcm tu je..sbb masa tu nak hari gawai dah..bos nak cuti..hehe


9. pembantu penyelidik @ jabatan sains pertanian, upmkb

- masa ni kerjanya just kira tinggi pokok dalam kawasan plot tertentu dkt upmkb tu
- time ni aku ingat, aku kerja sekali dgn zarul n alwis
- gaji xsilap dapat dlm RM100 dalam 4 hari kerja tu..amount tu aku rasa mcm banyak jgak la kan

10. pembantu kepada pelajar pasca siswazah (master)

- kerja sukat tanah plak
- dalam 2 mggu jgak kerjanya
- gaji dalam RM300 sepanjang 2 mggu tu.. ni pun aku rasa mcm besarnya gaji dia bagi...hehe syukur alhamdulillah..
- masa ni aku kerja dengan liaaa 💗 area kerja: hutan nirwana, upmkb. hutan yang lia sukaaa sgt! xhbs ckp kt aku..bila nak masuk hutan nirwana..bila dapat kerja ni..tercapai jgak akhirnya impian diaa..haha

---

so, 3 kerja ni lah yang aku kerja lepas habis jee final exam semester akhir diploma perhutanan tu.. orang lain kalut2 packing barang2 terus balik semenanjung..tapi aku dengan lia..rasa sayangg sgt nak tinggalkan upm n bumi sarawak ni.. tu yang kitaorg koje dulu mcm2..tapi motif utama nak duit la weii..mana ada duit nak pos barang2 aku yang berkotak2 tuu.. balik semenanjung.. semua perlu duit okay! tapi syukur alhamdulillahh sangat2.. yuran hostel sepanjang habis semester, duit makan minum, tambang minyak motor, pos semua barang2 aku balik KL..semua cukup dan dipermudahkan oleh Allah..💓

ada jgak cousemate aku ajak jadi fasilitator kem perhutanan 2 minggu untuk budak 1st year. sebab masa tu aku da sem 6.. jadi senior sem 6 memang kena jadi fasi utk budak sem 2..tp xpaksa la..mana yang nak, join lah.. aku xprefer utk join..sbb masa tu lebih tertarik dgn kerja2 pembantu penyelidik tu,, so aku tolak la ajakan cousemate aku tu then i just follow my interest 💟 eh macam panjang plak eh post aku ni.. aku buat by episod lah. hehe senang nk classify kan..

Mengimbau kenangan lalu..

3 post sebelum ni, baru aku post kt sini..ceh ingatkan dpt posting ikut tarikh aku buat draft tu.. rupanya bila posting dia ikut tarikh bila kita post tu.. herm,, kalo edit je dia xikut tarikh baru bila publish. haha layan je la ea draft2 bertahun2 lepas punya...

tambah2 ucapan pertama tu, tahun 2009 punyaa. haha best memories everr. aku suka aku punya level keyakinan diri aku masa berucap masa tu. walaupun first time berucap depan orang ramai guna mic..tp bagi aku, ok lah.. xde la gabra ke apa..relax2 je. 

so kesimpulannya, kalo nk tulis apa masa that date n timee.. tulis je ok. aku geram jgak dgn diri aku..ehh. aku yakin masa aku buat draft tu mesti ada perkara menarik yg berlaku...tp bila x dicatat... aku pun da x ingat dah perkara apa yg terjadi at that time.. 

kenangan ni best..bila diimbaukan... tambah2 kenangan manis..rasa tersenyumm je kita dibuatnya bila teringat balik.. tp kalo perkara sedih..kita tersenyum jgak..senyum redha atas ketentuanNya.. aku betul2 rindu kenangan lalu.. kdg ada certain kenangan.. aku hanya rindu kenangan itu...bukan lg pd orangnya.. kerana masa pun telah merubah keadaan dan orang itu.. orangnya tidak lagi seperti dulu..tp kenangan itu..masih tetap sama seperti dulu..dan xkan pernah berubah..

kenangan indah buat kita rasa bahagia.. akan nikmat kehidupan..dan syukur dgn pemberianNya meskipun hanya seketika.. 

tp kenangan pahit..buat kita jadi lebih kuat..dan sabar.. moga ada pahala atas kesabaran dan kesakitan kita.. ameenn..

musim PKP (perintah kawalan pergerakan) ni pun da  nak masuk tahap 4 dah skrg.. orang kata, antara salah satu terapi adalah dengan menulis.. jadi disebabkan itu aku mula menulis kt sini.. :)
bosan jgak ek xbuat apa2 masa cuti ni..aku sebenarnya niat aku nk update balik blog ni psl nk simpan kenangan kerja2 aku yg lepas.. ye la kalo x tulis.. mmg aku xkan ingat dah apa yg pernah aku lalui selama ni.. haha tp ternampak plak draft2 lama.. ada dlm 30 draft weii..adoii laa..tergendalaa.. ntah apa cerita di sebalik draft2 tu.. ada posting sbelum ni aku save as draft pun aku da repost balik. hehe xpe lah..yg mana xtertulis tu delete je lah semua.. kita move to next step! aku tau xde sape pun yg baca blog aku ni..tambah aku plak asyik tukar2 nama jee..haha rasa ni nama last kot. malas dah nk tukar2 nama..hihi

sooo next posting is about dunia kerja akuu.. yeayy! 💗

Ucapan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

As-Salamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang berada di sini. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi majlis. Yang BerbahagiaBerusaha, Pengerusi Kelab Rimbawan sesi 2009/2010 Muhammad Faiz Bin Saion, AJK-AJK di dalam Kelab Rimbawan dan Yang dihormati serta disayangi hadirin hadirat sekalian.

Sebelum sy berucap dgn lebih panjang, ingin sy memperkenalkan diri sy serba sedikit bagi makluman hadirin sekalian. Nama diberi Nurul Hidayah Bt Zolkiffly. Diploma Perhutanan Semester 3 dari pelajar batch 2008/2009. Berasal dari Selayang, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Anak ke-4 drpd 7 org adik beradik. Sekolah terakhir adalah di SMK Darul Ehsan, Selayang sebagai pelajar Tingkatan 6 Rendah. Kini, Pelajar UPMKB yang berperanan sbg Wakil Program Dip. Perhutanan di dalam Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) bagi sesi 2009/2010.

Baiklah, berdirinya sy di sini atas permintaan Mantan Wakil Kos yang mahu sy menerangkan serba sedikit mengenai peranan sy sebagai wakil Program Diploma Perhutanan bagi sesi 2009/2010. Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada mantan wakil kos sesi 2008/2009 iaitu saudara Navinbabu Rao a/l Krishna Rao dari pelajar semester 5 yang banyak memberi tunjuk ajar dan serba sedikit perkongsian pengalaman beliau sepanjang penglibatan beliau selaku wakil kos pada waktu yang lalu.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih sy ucapkan kpd pihak pengurusan Kolej Sri Rajang kerana memberi peluang kpd sy untuk menjalankan tugas selaku wakil kos bagi sesi 2009/2010.
Di sini, ingin sy tekankan bahawa, selaku wakil kos..sy berperanan untuk menjaga kebajikan para pelajar yang berada di dalam kos Diploma Perhutanan ini bermula dari pelajar sem 1 sehingga bagi pelajar semester terakhir. Sebarang permasalahan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang mahu dijalankan terutamanya yang melibatkan orang atasan, pihak2 yang terlibat yang menguruskan pelaksanaan aktiviti tersebut boleh berhubung dengan sy untuk sy mengambil tindakan selanjutnya.

Sy juga, merupakan wakil bagi suara2 pelajar program Diploma Perhutanan kita yang mahu membuat sebarang apa2 aktiviti, perancangan mahupun permasalah kita dalam Kelab Rimbawan kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa. Daripada situ, dapatlah kami ahli-ahli MTM berbincang dan berusaha untuk merealisasikan hajat atau sebarang aktiviti Kelab Rimbawan yang di mana terdapatnya permasalahan. Insya ALLAH, dengan kerjasama dan sokongan anda semua, sy akan buat yang terbaik selaku menyandang jawatan sebagai wakil kos bagi mewakili suara-suara pelajar kos kita dalam MTM di sesi 2009/2010 ini. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita dalam Kelab Rimbawan ini pada ms kini dan masa akan datang, Insya ALLAH.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, was-Salamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kpd yg bukan muslem. Terima kasih.

Sedih

 bismillahirrahmanirrahim..

tiada siapa yang ingin dihinakan. tiada siapa yang mahu dirinya direndahkan, diperlekehkan, ditengking, dicaci. tiada siapa.

apa perasaan bila diri diperlaku sebegitu? alangkah sedihnya. hati bagai disiat2....:'(

air mata tidak henti mengalir laju di pipi, hati merasa sebak dan pilu teramat. teramat sangat. kepala terasa sakit, hidung mula slesema menangis tangis. mata mula membengkak. peritnya rasa ini...

tiada siapa manusia yang menginginkannya. datangnya tidak diundang dan kadang tidak disangka-sangka..

penah dengar lagu rintihan nyanyian hijjaz?

begitu lah perasaan hati ketika ini...terasa berat tersangat dugaan yang sedang dihadapi
berlawan dengan emosi dan ego orang yang bongkak.merasa dirinya hebat. seorang pemimpin seharusnya bersikap professional dan tidak mengikut emosi serta jiwa yang kacau. perlukah ditengking? perlu kah mengeluarkan tutur kata yang menyakitkan hati sehingga tidak tersusun lagi bicaranya?

hati masih menangis...luka masih berdarah, siapa yang mahu merawatnya? pembuat luka menghilang diri bersama ego.

Salam Aidiladha :) #2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

alhamdulillah....akhirnya dapat juga bertemu lagi dgnmu...:) hehe..rindu nak mencorat-coret di sini....tp kekangan waktu dan kadang wifi/internet xde..agak susah lah nak tulis2 kat sini..hmm..

syukur alhamdulillah atas kelapangan rezeki dari Allah untukku....umur, dan limpahan rezeki dari Nya yang lain2 tidak terhingga...:') mashaa Allah...nak menangis pun ada rasanya..kerana banyak sangat rezei kurniaanNya yang tidak aku sangka2kan...alhamdulillah, allahuakbar!

syukur kerana kali ini aku dapat pulang lagi ke rumah sempena cuti hari raya aidiladha...kawan2, esok jangan lupa puasa tau :) "sahaja aku berpuasa sunat arafah esok hari dgn keimanan dan mengharapkan keredhaanMu kerana Allah taala."

masih terbayang tahun lepas...waktu hari raya aidiladha...aku kena kerja! sepanjang perjalanan pergi ke tempat kerja, air mata aku tidak henti2 mengalir dan dada sangat sesak dan sebak....haih..tu baru raya aidiladha...aku xdpt bayangkan kalo kena kerja waktu raya aidilfitri..mashaa Allah.....sedihnyaa....betapa tabahnya mereka2 yang mampu utk terus bekerja pada hari cuti umum....>.<

bulan oktober tahun ni...menginjak sudah umurku yang ke-23 tahun...alhamdulillah.....semakin singkat umurku yang tinggal...ya Allah..ya Rahman ya Rahim..berkatilah umur,hidup,rezeki dan amalku, ibu bapaku, keluargaku, sahabat2ku, pemimpin2 negara dan kaum muslimin muslimat...........ya Allah ya Ghaffur...ampunilah dosa2 kami.... :'(

sepanjang 2 minggu bulan 10 ni..syukur alhamdulillah, mcm2 perkara yang aku rasa sangat2 bersyukur atas nikmat kurniaanNya... :)
  • selang brapa hari sebelum hari lahir aku, femly aku dah siapkan hadiah harijadi..dan yang paling aku terkejut...hadiah yang diberi tuu...mmg apa yang aku nak ! subhanallah...:') benda2 tu semua kadang terlintas je dkt hati aku...tp oleh sbb xde duit atau rasa mcm 'xpayah lah beli' tu...xsangka Allah beri melalui orang lain..hehe..alhamdulillah
  • dapat join ikut program dgn sahabat2 lain.. :)
  • dapat naik keretapi g kuala krai dari jb (perjalanan 14 jam) dapat tempat tido atas same wif kak laila..teman musafirku :)
  • yang terpenting dapat g kenduri kwin kak ejah !! syukurr alhamdulillahh tersangat......................... mashaa Allah....aku rasa ni lah majlis perkahwinan yang paling simmmmple sempoi setakat ni aku pernah tgk n datang. pastu yang xleh tahan terharunya, kedua2 pengantin baru ni yang hantar kami g stesen keretapi




Tuesday, July 2, 2019

Hikmah

Assalamualaykum sayangkuu

Lama xmencorat coret kat sini..walaupun pada hakikatnya setiap hari penuh dengan cerita..suka mahupun duka.

Alhamdulillah., masih diberi peluang untuk bernafas dan bersyukur setiap detik kurniaanNya.

Kadang aku terfikir, bila dah selesa dengan seseorang tu, kenapa ea kita xjumpa dia 10 tahun lebih awal? kenapa? kan lebih indah kalau dapat bertemu dengannya lebih awal.. kenapa Allah takdirkan untuk aku bertemu dengan dia pada waktu sekarang?

Then,.. baru aku terfikir.. pasti ada hikmahNya.. manusia tidak menjadi matang melalui umur.. tapi melalui pengalaman, tanggungjawab yang digalasnya..

Mungkin bila aku bertemu dengan dia lebih awal, 10 tahun yang lalu.. keburukannya lebih banyak dari kebaikan.. siapa tahu? 😔

Dan aku yakin, detik pertemuan yang Allah tentukan ni pasti terbaik untuk aku dan dia.. 💗

Masing-masing punya pengalaman tersendiri... pengalaman yang mengajar tentang erti kehidupan, kasih sayang.. agar menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya... ameenn inshaa Allah. 🙏

Kadang untuk sesetengah perkara.. Peluang yang datang tidak akan kembali lagi buat kali kedua.. 😢

Jika ia kembali buat kali kedua dengan nafas baru, hargailah ia..

Moga aku menjadi hamba Nya yang bersyukur atas nikmatNya yang melimpah ruah ke atas diriku.. ameenn.. nikmat yang xterhitung banyaknyaa.. 💝

 "Setiap hari adalah suatu rahmat dari Tuhan"

 "Every day is a blessing"

 :)

Tuesday, November 27, 2018

Sambung belajar lagi! (:

Alhamdulillah.

Setelah setahun grad degree n da menempuh beberapa jenis pekerjaan..akhirnyaaa aku memilih utk sambung master! yeayyyy

Masih terbayang2 fasa2 perit nak menyiapkan thesis degree aku dulu..😅 n now ianya akan bermula sekali lagi?! fuhh..bersedialahh..but i'm ready! 😜

Xterfikir pun sebenarnya nak sambung master dalam waktu terdekat cam gini..tp bila dapat offer bestt..tajuk yang aku minattt sangatt..plus offer dari UTHM plak..pergh...wishlist U aku tuu.. aku teringin nak masuk situ dulu..tp xde kos yang aku minat 💔 but now, Allah rezekikan aku sesuatu yang aku idamkan..Allah Maha Mengetahui citarasa aku..💖 then, aku terima! 😍 inshaa Allah, ini yg terbaik buat aku.. May Allah ease my journey..ameenn 

Actually, masa psm degree aku, tajuk thesis aku uav+satellite.. tp disebabkan hal2 yang xdijangka.. banyak sgt songeh masa nk proses data satellite tu..jadi nak study n proses data uav da xsempat, jadi masa master ni aku nak balas dendam balik! buat pasal uav! yeayy fully uav..n kalo ada data satellite pun, maybe sampingan je lah..x fully guna data satellite mcm dlm thesis deg aku dlu tu..

Aku xpernah jejak pun kaki dkt UTHM tu..tp ntah kenapa aku minat dia dari dulu. haha
Then, bila sampai je kaki aku dkt UTHM tu..perghhh..siyesss jatuh cinta wehh!! 😭 berkali2 jatuh cintaaa, sukaaa UTHM n sukaaa sgt Parit Raja tu. siyess rasa tenang je..ntah la, xreti nk describe perasaan bahagia ni mcm mana 😂 Syukur Alhamdulillah je mampu cakap.hehe

Erm, ok laa aku xhabis lagi proses data ni lagi sebenarnya..saje bukak blog yg lama xjenguk nih.hehe luah perasaan jap kt sini. nnt bebila waktu lapang mahupun sempit, i nk luah, i corat coret lagi k kt sini..bye! 💋

Tuesday, August 14, 2018

Tuesday, June 26, 2018

Monday, June 18, 2018

Wednesday, November 15, 2017

Kecewa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


sabar lah duhai hati... 😢😢 rindu #CR25

Finally, I'm Graduated in Bac Sc GIS !!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Alhamdulillah. huhu lamanyaaaaaaaaaa x membebel kt sini. haha mcm2 da jadi sebenarnya dlm hidup aku,, dgn projek sarjana muda nya, kerja n mcm2. hermm rugi plak ann xmenconteng catat semua kt sini kenangan tu semua.

post kali ni xde nak cite apa sgt. tapi nak cerita betapa bersyukurnya aku bila dah dapat result aku boleh grad!!! syukur alhamdulillah.. sgt2 risau, sbb masa last sem tu laa mcm2 hal berlaku.

-dgn aktiviti kelab astronomi yg sgt2 pack
-dgn assignment xpernah henti2
-dgn hal kelab bumi hijau ktf
-dgn nak buat research n proses data psm
-dgn hal mhtm
-dan kerja part time nyee
-dan lain2 ntah xigt daa

meh nak belanjee sikit gambar da grad!! kih3 bukan senang tau nak melalui saat2 sukar tu..terutama tanpa insan tersayang di sisi..mak pun da xde.. ;(


UCAPAN PENGHARGAAN:

1. Terima kasih x terhingga kepada mak abah dan keluarga...tanpa doa dan sokongan yg x putus2 dari mereka, xtahu la aku kuat ke x nak melalui dugaan demi dugaan yg dtg sepanjang 4 tahun aku kt UTM..dari aku lahir sampai skrg, jasa dan pengorbanan mereka xmungkin aku dpt balas..mudahan aku jadi orang yg tidak menghampakan harapan kedua org tuaku..ameenn ya robb. 

2. Terima kasihh tersangat2 pada main SV aku, Prof. Dr. Alias bin Abdul Rahman dan co-SV, Dr. Hamdan bin Omar yg banyak membantu, bg moral support, xbg aku stress sepanjang nak siapkan thesis aku sebagai syarat last utk bergraduat.

3. Jutaan terima kasih pada senior-senior dan pensyarah-pensyarah yg membantu dan mengajar aku (sepanjang 4 tahun) dan dlm proses nak siapkan result n thesis..terutamanya kpd En. Afizzul, staff FRIM (a.k.a super senior dlm remote sensing), Kak Yasmin, staff FRIM (super senior jugak dlm remote sensing), Dr. Zamri (lecturer), Dr. Dyana (panel psm), Dr. Wan Hazli (panel psm), Prof. Madya Zulkepli Majid (panel psm), Dr. Wahid (panel psm), Dr. Faisal (penyelaras psm), bro Asraff (senior dlm GIS), kak Lina Farhana (senior dlm GIS) dan lain2 yg sudi melayan soalan aku.hihi

4. Ribuan terima kasih pd kawan2 kelas yg banyak membantu aku n bg moral support chayok3! Especially pada Azra, Diana, Aiman, Azna, Fateh, Mina, Iqa dan lain2..

5.  Tidak lupa pada yg mendoakan dari jauh..

semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebanyakk banyaknya kebaikan dan rahmat dariNya..ameennn 💗

Wednesday, May 24, 2017

Kenapa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Awak,,

awak seorang yg rajin,,

selalu siap assignment on time..

tapi..

kenapa..perlu meniru masa exam?

saya terkejut bila terperasan awak meniru masa exam..

kenapa?

susah ke soalan tu?

awak tak baca langsung ke nota lecturer?

jangan risau,, ada lagi budak yg tak baca langsung pun note lecturer tu.

tapi, dia tak meniru..dia jawab apa yg dia faham n ingat mana-mana lecturer pernah cakap walaupun memang jelas dan nyata dia ni seorang yg pelupa pun.. Confirm sangat jawapan dia akan banyak salah.

kenapa perlu takut nak jawab exam tanpa meniru awak?

kawan-kawan semua jawab mana yg mereka mampu , dan kebanyakannya memilih untuk jujur dengan diri sendiri..

tapi kan, saya yakin sangat awak study tiptop punya malam tu...sebab saya rasa awak tgk nota yg awak buat kan..kalo nk tgk slide lecturer, mcm tak logik sbb ada beratus rasanya..

Awak dah study pun kan....then, kenapa masih memilih utk meniru dlm exam?

i can't brain this! awak rajin, awak selalu on time, kenapa masih tak jujur pada diri sendiri?

:(

kalo ikutkan saya boleh angkat tangan masa exam dan bagitau lecturer yg awak meniru. tapi, saya tak nak malukan awak.. saya doakan awak berubah..menjadi orang yg jujur dan semoga Allah memberkati rezeki dan hidup awak. ameen..