Tuesday, July 21, 2026

'Iman' Pollution

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ، وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

Sesungguhnya segala puji bagi Allah. Kami memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya dan memohon keampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan utusan-Nya.

:قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي الْقُرْآنِ الْكَرِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا ۝ يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kemenangan yang besar. 

(Surah Al-Ahzab ayat 70–71)

صَدَقَ اللَّهُ الْعَظِيمُ


Alhamdulillah, lamaa kita tak bersua di sini ya.. kembali lagi kita bersiaran di sini.. mana yang baik tu, ambil bawa balik..yang kurang baik tu, tinggalkan.. inshaa Allah. 

Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan nyawa dan rezeki yang tidak putus2 dari kurniaan Yang Maha Kuasa dan sebaik2 Pemberi rezeki kepada sekalian hamba dan makhluk ciptaanNya..

Rezeki yang paling indah bila dapat berada dalam bai'ah solehah, circle iman atau 'bulatan gembira'... which is tak semua direzekikan untuk merasa nikmat dan gembira bahagia bila berada dalam persekitaran iman dan taqwa seperti ini...moga Allah sentiasa mengurniakan kita rezeki ini hingga akhir hayat kita..aameen..💗

--

Malam ni alhamdulillah, walaupun plan asalnya..aku nak dengar sambil keluar bekerja.. bila off road, pasti tak fully aku dapat dengan persekitaran bising angin, bunyi2 kenderaan, tambah2 aku bawa motor.. tapi takdir aku malam ni, aku decide untuk stay saja di rumah fokus saja la dengar taujih malam ni, dari ustaz irfan shahran melalui google meet bersama rakan2 lain.

Tajuk malam ni menarik minat aku, sehingga aku rasa aku patut berkongsi dalam diary terbuka aku ni.. aku sebelum ni tak pernah dengar mengenai 'iman' pollution.. selalu dengar typical pollution2 lain..macam pencemaran sungai, hutan, laut, alam.. tapi tak pernah aku terfikir..yang sebenarnya iman kita pun boleh tercemar... 😢

Secara ringkasnya pengisian taujih malam tadi, mengenai pencemaran iman..yang boleh berlaku di mana2 saja..dan oleh sesiapa saja..tak kira orang jahil mahupun orang alim (yang berilmu).. pencemaran iman yang paling sadis boleh dilakukan oleh para ilmuan agama kerana terlalu mengikut hawa nafsu.. na'uzubillahimin zalik. 

Iman boleh dicemari dengan:



Kalau zaman sekarang ni, iman kita lebih mudah dicemari dengan 

- rasa malas nak beribadah, lewat2kan solat
- main games/tengok bola berjam2
- layan drama2 yang ada unsur maksiat
- pergi konsert hiburan yang melalaikan bercampur lelaki perempuan

semua tu ada 'pengorbanannya'....jika untuk urusan dunia:

-kita sanggup bersengkang mata tak tidur untuk study, prepare nak jawab exam..siapkan assignment, bekerja, OT, berbisnes dan sebagainya.. 
- untuk nak pergi tengok perlawanan bola, kita sanggup luangkan masa untuk beli tiket, isi minyak kereta/motor, cari tempat penginapan (jika jauh dari rumah), tak berkira jika harga tiket tu sangat mahal..beribu pun sanggup beli dan berhabis duit.
- begitu juga dengan konsert..banyak 'pengorbanan' yang sanggup kita lakukan...untuk memuaskan hawa nafsu kita yang suka bersuka ria dengan benda lagha. 
- sama juga dengan kdrama/short drama/filem..kita sanggup berkorban tidur kita scroll hp dan menghayati setiap babak yang kita tonton..

tapi...

kalau untuk urusan dakwah dan tarbiah..?

- sanggup ke kita korbankan masa kita untuk join daurah, taujih, halaqah yang diadakan tiap minggu, tiap bulan? 
- sanggup ke kita turun berdakwah, mengajak umat mendalami dan mendampingi rapat dengan al-Qur'an, mendalami kisah2 nabi, para sahabat dan sahabiah nabi?
- sanggup ke kita korbankan harta kita, duit ringgit, tenaga kita untuk urusan dakwah dan tarbiah masyarakat yang semakin nazak imannya di akhir zaman ni?
- pengorbanan apakah yang kita mahu buat sekiranya melibatkan urusan akhirat..bukan urusan dunia?

jika dahulu,

ketua orang munafik, orang2 munafik..mereka berdiri solat berjemaah di barisan pertama, belakang nabi..

tapi, umat sekarang... mahu datang ke surau/masjid pun tidak mahu..berat rasa tulang temulang, malah ada yang nak buka mata untuk solat subuh sendirian di bilik sendiri pun liat.. allahu 😞 betapa kritikalnya orang munafik di akhir zaman berbanding dengan zaman Nabi Muhammad SAW...

kerana apa semua ni terjadi?

kerana terlalu banyak pencemaran2 kepada iman kita...yang tanpa kita sedar...hati kita semakin lama semakin keras...💀 kita terlalu banyak kejar dunia, cintakan dunia...yang sementara dan melalaikan kehidupan akhirat yang akan datang.. ganjaran di dunia hanya sementara..tapi ganjaran di akhirat...infiniti...tiada akhirnya, sentiasa berterusan... tapi kita masih lalai mengejar dunia dan melupakan akhirat, tempat tinggal abadi kita..

dunia yang lebih hina dari bangkai kita kejar2kan sehingga sanggup kita 'korbankan' akhirat kita.. sanggup kita jadi buta dan pekak dengan perintah Allah dan rasulNya.. na'uzubillahimin zalik. 

Diriwayatkan ada satu kisah dari Hadis sahih tentang bangkai anak kambing yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ untuk mengajar para sahabat tentang hakikat dunia.


Ringkasan kisah

Suatu hari, Rasulullah ﷺ melalui bangkai seekor anak kambing yang cacat telinganya (atau telinganya kecil/terpotong) yang dibuang di tepi jalan.

Baginda bertanya kepada para sahabat:

"Siapakah antara kamu yang sanggup membeli kambing ini dengan harga satu dirham?"

Para sahabat menjawab:

"Kami tidak mahu membelinya walaupun dengan satu dirham. Apatah lagi ia sudah menjadi bangkai."

Baginda bertanya lagi:

"Adakah kamu suka jika kambing ini menjadi milik kamu?"

Mereka menjawab:

"Tidak. Kalau ia masih hidup pun, ia sudah cacat telinganya. Apatah lagi sekarang ia sudah menjadi bangkai."

Lalu Rasulullah ﷺ bersabda:

"Demi Allah, sesungguhnya dunia ini lebih hina di sisi Allah daripada bangkai kambing ini di sisi kamu."


Rujukan

Hadis ini diriwayatkan dalam Sahih Muslim (no. 2957). Dalam riwayat tersebut, Rasulullah ﷺ menunjukkan bangkai anak kambing yang bertelinga kecil/cacat dan menggunakan perumpamaan itu untuk menggambarkan betapa rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat.

Pengajaran yang sesuai untuk tazkirah:

"Jika bangkai kambing yang tidak bernilai pun kita jijik untuk mengambilnya walaupun diberi percuma, maka janganlah kita menggadaikan iman, solat dan maruah semata-mata untuk mengejar dunia yang di sisi Allah lebih hina daripada bangkai tersebut". 

--

Terdapat juga hadis Nabi ﷺ yang memberi amaran tentang fitnah akhir zaman yang boleh menyebabkan seseorang berubah pegangan dengan sangat cepat.

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

"Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datang fitnah-fitnah seperti potongan malam yang gelap. Seseorang itu pada waktu pagi beriman, tetapi pada waktu petang menjadi kafir; dan pada waktu petang beriman, tetapi pada waktu pagi menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan habuan dunia yang sedikit."

Riwayat: Sahih Muslim (Hadis no. 118)



Kesimpulannya,

Dunia yang di sisi Allah lebih hina daripada bangkai kambing tidak sepatutnya menjadi sebab kita menjual sesuatu yang paling berharga, iaitu iman. Harta boleh dicari semula, pangkat boleh hilang dan diperoleh kembali, tetapi jika iman hilang, kerugiannya bukan setakat di dunia, bahkan di akhirat. 

Moga Allah sentiasa membimbing kita, memelihara iman dan taqwa kita sehingga akhir hayat kita, hidup dalam iman dan islam, mati juga dalam iman dan islam..aameenn ya rabb. 🙏