بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ، وَنَسْتَغْفِرُهُ،
وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ
يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ
أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
Sesungguhnya segala puji bagi Allah. Kami memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya dan memohon keampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan utusan-Nya.
:قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي الْقُرْآنِ الْكَرِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kemenangan yang besar.
(Surah Al-Ahzab ayat 70–71)
صَدَقَ اللَّهُ الْعَظِيمُ
Alhamdulillah, lamaa kita tak bersua di sini ya.. kembali lagi kita bersiaran di sini.. mana yang baik tu, ambil bawa balik..yang kurang baik tu, tinggalkan.. inshaa Allah.
Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan nyawa dan rezeki yang tidak putus2 dari kurniaan Yang Maha Kuasa dan sebaik2 Pemberi rezeki kepada sekalian hamba dan makhluk ciptaanNya..
Rezeki yang paling indah bila dapat berada dalam bai'ah solehah, circle iman atau 'bulatan gembira'... which is tak semua direzekikan untuk merasa nikmat dan gembira bahagia bila berada dalam persekitaran iman dan taqwa seperti ini...moga Allah sentiasa mengurniakan kita rezeki ini hingga akhir hayat kita..aameen..💗
--
Malam ni alhamdulillah, walaupun plan asalnya..aku nak dengar sambil keluar bekerja.. bila off road, pasti tak fully aku dapat dengan persekitaran bising angin, bunyi2 kenderaan, tambah2 aku bawa motor.. tapi takdir aku malam ni, aku decide untuk stay saja di rumah fokus saja la dengar taujih malam ni, dari ustaz irfan shahran melalui google meet bersama rakan2 lain.
Tajuk malam ni menarik minat aku, sehingga aku rasa aku patut berkongsi dalam diary terbuka aku ni.. aku sebelum ni tak pernah dengar mengenai 'iman' pollution.. selalu dengar typical pollution2 lain..macam pencemaran sungai, hutan, laut, alam.. tapi tak pernah aku terfikir..yang sebenarnya iman kita pun boleh tercemar... 😢
Secara ringkasnya pengisian taujih malam tadi, mengenai pencemaran iman..yang boleh berlaku di mana2 saja..dan oleh sesiapa saja..tak kira orang jahil mahupun orang alim (yang berilmu).. pencemaran iman yang paling sadis boleh dilakukan oleh para ilmuan agama kerana terlalu mengikut hawa nafsu.. na'uzubillahimin zalik.
Iman boleh dicemari dengan:
Ringkasan kisah
Suatu hari, Rasulullah ﷺ melalui bangkai seekor anak kambing yang cacat telinganya (atau telinganya kecil/terpotong) yang dibuang di tepi jalan.
Baginda bertanya kepada para sahabat:
"Siapakah antara kamu yang sanggup membeli kambing ini dengan harga satu dirham?"
Para sahabat menjawab:
"Kami tidak mahu membelinya walaupun dengan satu dirham. Apatah lagi ia sudah menjadi bangkai."
Baginda bertanya lagi:
"Adakah kamu suka jika kambing ini menjadi milik kamu?"
Mereka menjawab:
"Tidak. Kalau ia masih hidup pun, ia sudah cacat telinganya. Apatah lagi sekarang ia sudah menjadi bangkai."
Lalu Rasulullah ﷺ bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya dunia ini lebih hina di sisi Allah daripada bangkai kambing ini di sisi kamu."
Rujukan
Hadis ini diriwayatkan dalam Sahih Muslim (no. 2957). Dalam riwayat tersebut, Rasulullah ﷺ menunjukkan bangkai anak kambing yang bertelinga kecil/cacat dan menggunakan perumpamaan itu untuk menggambarkan betapa rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat.
Pengajaran yang sesuai untuk tazkirah:
"Jika bangkai kambing yang tidak bernilai pun kita jijik untuk mengambilnya walaupun diberi percuma, maka janganlah kita menggadaikan iman, solat dan maruah semata-mata untuk mengejar dunia yang di sisi Allah lebih hina daripada bangkai tersebut".
"Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datang fitnah-fitnah seperti potongan malam yang gelap. Seseorang itu pada waktu pagi beriman, tetapi pada waktu petang menjadi kafir; dan pada waktu petang beriman, tetapi pada waktu pagi menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan habuan dunia yang sedikit."
Riwayat: Sahih Muslim (Hadis no. 118)
Dunia yang di sisi Allah lebih hina daripada bangkai kambing tidak sepatutnya menjadi sebab kita menjual sesuatu yang paling berharga, iaitu iman. Harta boleh dicari semula, pangkat boleh hilang dan diperoleh kembali, tetapi jika iman hilang, kerugiannya bukan setakat di dunia, bahkan di akhirat.
Moga Allah sentiasa membimbing kita, memelihara iman dan taqwa kita sehingga akhir hayat kita, hidup dalam iman dan islam, mati juga dalam iman dan islam..aameenn ya rabb. 🙏



No comments:
Post a Comment