Friday, February 8, 2013

Pilih Iman atau Hawa Nafsu?

bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang.. 

Assalamu'alaykum warahmatullah wbt.

Apa khabar semuaa? semoga sihat2 selalu dan berada di bawah lindungan rahmat kasih sayang ALLAH..

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Syurga dipagari dgn kesusahan, manakala neraka dipagari oleh keseronokan."

(Riwayat al-Bukhari)

Syurga >> iman>> susah >> patuh pada perintah ALLAH >> menjaga ibadah wajib, memperbanyak amalan sunat >> jaga hati (akhlak dgn ALLAH, manusia dan makhluk2Nya)  

Neraka >> hawa nafsu >> senang lenang melanggar suruhan dan larangan ALLAH >> keseronokan tanpa batas (hedonisme) >> tak jaga hati (buat maksiat, menganiaya manusia dan makhluk2Nya)

take note ;

  • sibukkanlah diri dgn ibadah (niat kerana ALLAH) sehingga tidak punya masa atau letih utk melakukan maksiat/dosa.
  • bermujahadah ertinya "berperang" dgn diri sendiri utk tinggalkan apa yg sgt disukai oleh hawa nafsu.
  • hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan semata2, ia sangat benci pada kebaikan, peringatan dan ketaatan.

# Jangan kecewa dan putus asa dlm berperang dgn hawa nafsu. ALLAH sentiasa bersama2 dgn orang yg sabar. :) *bg semangat utk diri sendiri dan kamoo2*

Sunday, February 3, 2013

Pesta Buku @ PWTC

bismillahirrahmanirrahim.

Dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Assalamu'alaykum wrh wbt..

subhanallah...sgt terharu dan bersyukur rsanya...xsangka hari ni dpt jgk g pesta buku...setelah bertahun2 xpergi...dan hadiah plg bermakna hari ni bila dpt bertemu mata scara live dgn dr. farhan hadi dan isterinya ; ustazah fatimah syarha..plg mengharukan bila pasangan bahagia ni dua2 memandang tepat ke arahku smbil tersenyum manis :') masa tu xramai orang lg..hehe happy sgtt..sbb ni la 1st time jmpe mereka...^__^

time tu tgh promosi buku cinta high class...plan nk beli buku tu...tp fikir bajet..herm,last2 beli buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"..nipis je buku dia,tp.....sgt bermakna!! *nangis*

novel2 dia yg tebal2 blh khatam bce...tp buku nipis dia satu ni...masha ALLAH..

......

............

...............

 ...................

............................

:'(

aku perlu kembali....

kembali.......

kembali!!

doakan aku..sahabat.

cinta Allah xboleh dikongsi.

cinta Allah itulah kekal abadi.

*jatuh bangun balik smbil kesat air mata dan berjalan dgn gagah*

senyummmm :)

ALLAH sebaik2 pelindung, teman dan cinta.^_^
 

Tuesday, January 22, 2013

Faidah :)

bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillah..syukur...hari ni hari ke-2 dah aku cuti...dan esok cuti lagi...syukur....hehe

cuti ganti siap2 utk hari maulud dan thaipusam..hari ni..mmg cuti mggu aku..jd penyelia letak terus 3 hari direct..wahh..happynyaa....dan paling happy bila kita dpt buat perkara yg kita nk buat tanpa tangguh2 lagi...


syukur alhamdulillah...lepas main bdminton ngan adik ptg tu lps zhur aku jmpe kawan baik aku msa skolah dlu....nama dia faidah iszman...kitaorg kawan since darjah 2...:D

seronok sangat dpt jmpe dia,, :)

setelah sekian lama bertahun2...ermm,aku rsa lebih sepuluh tahun xkuar sama2....iskk2 :')

sangat bersyukur rasanya dpt jumpa dia lagi dgn denyutan nadi masih di tangan, jantung masih berdegup lagi..subhanallah..

seingat aku..masa darjah 2 dulu, faidah duduk belakang aku...masa tu aku dgn ain kot..duduk depan skali..

selalu datang awal g sekolah..dgn semangat gla..smata2 nk cop kerusi plastik..! hahaha..masa tu meja,kerusi sume kayu...tp tersesat satu kerusi plastik ala2 mcm bos leh letak tangan masa duk relax2 tu yg wat berlumba2 nk masuk kelas dlu! hahaha klakar je igt balik ;D

bla naik darjah 3,4,5, dan 6 kitaorg xsama kelas dah...kelas bertukar dah.. tp bila aku masuk sekolah asrama dkt negeri sembilan slalu cntact via letter. hehe

 la ila ha ilallah muhammadur rasulullah - tiada tuhan selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH

n ari ni dia teman aku g popular kat slayang mall..nk beli 1 buku ni ; Untukmu Umat by ustz. dr zaharuddin tp xde...=( then kitaorg g taman2 syurga di rumah ckgu aku..alhamdulillah..=) rumah ckgu aku tu xjauh pun dari rumah dia..bila2 dia free dia blh dtg je..ke taman2 syurga yg tdapat di situ utk mengutip mutiara ilmu dan hikmah. insya ALLAH ^__^

# doa 1

" Ya ALLAH, terangilah pandanganku dgn Al-Qur'an. Dan dengannya lapangkanlah hatiku dan dapatlah kiranya daku beramal dengannya. Dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya dan teguhkanlah hatiku dengannya. Dan percepatkanlah kefahamanku dengannya dan teguhkanlah tujuanku dengannya, dengan sebab dayaMU dan kekuatanMU. Sesungguhnya tiada daya untukku melakukan taat dan tiada upaya untukku menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolonganMU, Ya ALLAH Tuhan yg Maha Pengasih bagi sekalian yg berkasih sayang. Ya ALLAH, aku menitipkan kepadaMU ilmu yg telah Engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika aku memerlukannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, Ya Tuhan semesta alam. "


# doa 2

" Ya ALLAH, ilhamilah aku dgn ilmu yg dpt menjadi alat untuk mengetahui semua suruhanMU. Dan dpt pula mengetahui semua laranganMU. Berikanlah kepadaku Ya ALLAH, kefahaman para Nabi. Dan kefasihan hafalan para Rasul. Dan cepatnya ilham para Malaikat Muqarrabin. Dan kurniakanlah kepadaku ya ALLAH dgn cahaya ilmu. Dan cepat menangkap kefahaman dan keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan Dan bukalah untukku semua pintu rahmatMU Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmahMU, Ya Tuhan semesta alam..."



Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 !!

Assalamu'alaykum wbt..

Alhamdulillah...bertemu kembali kita dlm ruangan blog ru da ini..haha syukur,alhamdulillah..bagi yg masih dpt menatap membaca, menyedut udara/oksigen dan menghembusnya kembali menjadi karbon dioksida di dunia ini....semuanya atas dgn rahmat dan kasih sayang-Nya kpd kita...agar kita bersyukur dan menjadi hamba-Nya yg taat...insya ALLAH..meski jatuh tersungkur, meski lelah dlm perjalanan masa, penat, sendu, letih teramat, sedih, gembira, suka, tawa, tenang, bahagia, derita, dan pelbagai lagi amukan emosi dalaman yg berlaku..tetap tenangkan lah jiwamu dgn mengingati-Nya..ALLAH SWT.

Insya ALLAH..semuanya akan baik2 saja...kenapa?

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka ialah kebaikan. Dlm keadaan ini tidak ada melainkan kepada org yg beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur,maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia akan bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." 

-HR Muslim-

#setiap perkara yg dtg dlm hidup kita sama ada bahagia atau derita, kedua2nya adalah baik. apabila perkara itu adalah nikmat -kesihatan, rezeki, perasaan bahagia, tenang, suka itu adalah ujian utk menguji kita bersyukur atau tidak. begitu juga sebaliknya, ia adalah ujian utk melihat sama ada kita boleh bersabar atau tidak. kedua2 perkara ini ada hikmah dan kebaikannya pd kita...sooo, dun worry, be happy ya ! ^__^

selamat tahun baru 2013 !!


ok...xsangka dpt update blog.hehe....setelah berbulan lamaanyaaa xdpt bukak blog sndiri,xdpt update..akhirnya ALLAH beri aku rezeki utk masih dpt berkongsi rasa dll dkt blog ni lg di tahun yg baruuuu..huuhu..syukur,alhamdulillah ^^

Aritu aku tbaca satu kisah ni dlm buku solusi,aku baruu tahu kott psl satu perkara nii...ok,sape yg dah taw tu senyum2 je la ek..hehe..jom kita tgk apa pkara tu...:)

Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, baginda Nabi Muhammad s.a.w melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim bertanya:

"Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibrail?"

Jibrail menjawab: "Ini Muhammad."

Nabi Ibrahim lalu berkata : "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu utk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok2 di syurga? Nabi Ibrahim menjawab: "Ungkapkan kalimat 'La hawla wa la quwwata illa billah."

-Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban-

Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:

"Barang2 akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang2 ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli."

*termenung kejap*



*peringatan buat diriku dan kamu2 semuaaaa..jom tanam pokok banyak2!!

Thursday, October 4, 2012

Interview & kerja

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar ! ^^



bacaan doa ketika duduk antara 2 sujud...baca pelan2..jangan kalut2...peace ;)

syukur sebanyak2 kalimah hamdalah ; alhamdulillah atas nikmat rezeki kurniaanNya..

ari ni nk cite pasal interview..hehe

pertama2 kali aku interview keje masa mintak keje kt kedai dobi di bintulu. time tu baru je habis final exam - final year. MERDEKA! hehe...kawan2 semua duk kalut packing barang balik ke semenanjung. pulang ke kampung halaman tercinta setelah 3 thn belajar. tp, aku..masih merasa tenang di bumi bintulu.

masih merasa damai.

dan bahagia ^^

seronok da habis exam. seronok sbb da xde terikat dgn apa2 di universiti. masa tu fikir nk kerja je. cari duit utk tampung perbelanjaan pos barang melalui kapal kargo. hoho

lepas final exam tu sempat gak la keje beberapa kerja dkt bintulu b4 balik semenanjung, keje ; -



1 # dobi 2 minggu. hehe..dpt RM 250 xsilap..seronok ooo...bos bagi gaji lebih..lepas gak bayar pos beberapa kotak nota n baju ! heee :D *happy*

2 # pembantu penyelidik 4 hari di jabatan sains pertanian under dr. susilawati - wat pengiraan ketinggian pokok kat plot tanaman mitsubishi - total sume dpt RM100..happy lg..haha dpt la simpan sket utk mkn minum, minyak motor, sewa kolej..

3 # pembantu penyelidik 2 minggu- pelajar master - kumpul data ketumpatan tanah di hutan berbeza - ni keje last aku b4 balik limbang ; umah femly angkat. masa ni keje ngn lia talib.hehe..sronok...masuk hutan..dpt RM 300 kot..lepas dpt je gaji terus g pos balance kotak2 brg yg tinggal...SETEL sume...wuhuu..happynyaa....xsabar nak balik ^^ certain simpan utk bayar tiket bas ke limbang, makan minum dll.. kenangan sepanjang perjalanan mmg xkan dpt dilupakan ! seronok..........:)

** alhamdulillah..kerja smua jenis sempoi..pakai tshirt n seluar track je..hihi

balik semenanjung secara rasmi bersama semua barang2 - berpindah bilik - dari G107 di kolej sri rajang ke bilik ru ai & ru da di rumah no. 107 di selayang. hihi ^^

genap seminggu balik rumah, g interview dkt syarikat ERA MEWAH yg mpunyai 5 kumpulan Nur. (resort)

alhamdulillah setelah 2 minggu selepas tu, dapat tawaran kerja di bawah anak syarikat era mewah -
Nur Lembah Pangsun Sdn. Bhd. di hulu langat :D

bestt sgt.

housemate semua pelajar praktikal - dari uitm & politeknik.

then bila dorg da habis tempoh, tinggal lah aku sorg. pelajar2 praktikal yg masuk selepas tu, semua lelaki. 5 org. huu...sobss. duk sebulan sengsorang dlm rumah sewa tu sebulan pastu kuar. - berhenti -



tp xlama selepas aku keluar je dari rumah sewa - hulu langat - batu 18 tu- selang beberapa hari selepas tu - banjir sgt teruk dtg menimpa - kawasan rumah sewa aku, dgrnya air masuk smpai takat lutut.- perghh. aku xdpt bayangkan kalo banjir dtg menerpa saat aku keseorangan di rumah sewa tu...sobss2..syukur alhamdulillah. Allah sebaik2 pelindung.

selepas berhenti kerja di nur , aku kerja ;-

# part time di kedai kek sweetly, selayang

# taska di hospital selayang

# tadika naluri kasih di taman jasa

kemudian dapat tawaran kerja di leong hup (gps) farm di melaka, gaji pun blh tahan tinggi, ada elaun rumah - kerja pen. pgwai veterinar -mmg jauhh lari dari bidang aku - tunggu lapor diri je - tp...setelah buat solat istikharah dan minta pendapat keluarga - ramai xgalakkan pergi - sobss..+ dpt mimpi xbest..terus aku cari kerja di zoo negara. alhamdulillah dpt keje ;

# part time di zoo negara

masa tu mintak keje part time je sbb kalo keje tetap kena kontrak 1-3 tahun. so, aku tangguhkan dulu sbb hati berbelah bahagi xtau nk smbg deg atau x lg..

then xlama lps tu dpt interview spa ; pen. pemelihara hutan

bila dah g interview tu....hati aku mcm kuat nk kerja je. tp xharap dpt kerja tu sbb tau xlayak dan berat tanggungjawabnya. huhu

decide xnk smbg blaja . + tertanya2 kputusan interview spa. dpt tawaran kembara di australia.


tolong acu n paksu packing barang utk pos kapal. sgtt banyak. lebih banyak dari kotak2 barang kt bilik kolej aku dulu tu semestinya. haha sempat

# training kerja di kedai kebab fremantle, WA . diajar cara2 wat kebab, cara menggoreng, cara bermacam2 cara. gaji - dpt kebab . mahal ouh kalo beli. plg murah pun $ 10 = RM 30. alhamdulillah..pengalaman kerja 4 jam ! haha. kerja di waktu kemuncak - ramai org. if dpt kerja sana blh kata kerja part time je lah kalo lulus training tu.hihi

hasil interview spa; dukacita anda.....bla bla bla..tp masa baca tu serius xdukacita pun, sukacita adalah.haha

ttba dpt tawaran kerja tetap di zoo negara. alhamdulillah..syukur..:)

dah training seminggu awal dari tarikh masuk kerja ; 1 oct 2012 - sgt simple lah keje dia. hehehe

seronokkk. kenal kenalan bersama2 staff di zoo negara. :)


***

semoga kerja, umur, hidup, rezeki, dan amalan kita semua diberkati oleh Allah SWT. aminn ya rabbal'alameen.

ya Allah yg Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki, Murahkan lah rezeki kami, Berkati  lah rezeki kami, Jadikanlah kami hamba2 Mu yg selalu MengingatiMu selalu, Memperelok Amal kami pd Mu dan hamba yg selalu Bersyukur kpd Mu........aminnn.

Monday, September 3, 2012

Sombong

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud. Rasulullah s.a.w pernah bersabda , " Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Seorang hamba Allah bertanya , "Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?" Rasulullah s.a.w menjawab , "Allah itu Maha Cantik dan mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek, menolak kebenaran dan merendahkan orang lain."

(Riwayat al-Bukhari)

Sunday, September 2, 2012

Doa Seharian # 1

bangun tido ;



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali. "


ketika memakai pakaian ;



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".


keluar rumah ;




Maksudnya:

" Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Nya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"

masuk rumah ;



Maksudnya :

" Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal. "

Saturday, August 25, 2012

Keputusan

Assalamu'alaykum dunia blog.. ! :)

seminggu sudah raya. alhamdulillah. banyak gak dpt duit raya. haihh. malunya sy...haha xpela keje pun xtetap lg...huhu sesapa yg sudi bg duit raya kt sy tu trimass banyak2.hehe..smga rezeki kalian dimurahkan dan dibalas berlipat ganda lg dr ALLAH...kerana harta tidak akan berkurangan dek kerana sedekah ! :)) *hanya mampu bg duit raya kt adik je...thn depan...ada rezeki, insyaAllah ^^

bulan ramadhan lepas adalah bulan yg sgt bermakna bg aku. sangat2. sebab..
  • dapat berpuasa dan berbuka sepenuhnya dgn keluarga dan certain days wif my close friend.
  • dapat bertarawih. dapat g masjid. dapat iktikaf walaupun sekejap. 
  • dapat jmpa ustaz hasrizal setelah sekian lamanya xjmpa! hehe
  • dapat g petrosains,klcc! 
  • bulan kekeliruan. antara sambung belajar or x,
  • bulan interview spa. 
dan banyak lg lah..haha

dlm bulan tu jgak aku call pihak u,tanya mcm2 pkara yg nak diselesaikan. antaranya psl penangguhan belajar. agak sedih jawapan dorg. bdak2 sakit dengan ada surat doktor je boleh diluluskan penangguhan belajar dorg. yang len xleh..huwuwu...frust3..=(

nak xnak...mmg aku amek keputusan utk tidak sambung belajar. sobsss. walaupun medical check up sume da siap...tinggal nk tuntut hadiah anak negeri selangor dpt masuk u, RM1000 tu je lom setel... ntah la. selepas istikharah dan mintak ptunjuk Allah sepanjang bulan ramadhan lalu..ini yg aku rasa kuat. terus kerja. dan xsmbung belajar lagi.

i dont know y....but...dat is my strong feeling..

sebelum tu rasa excited jgak bila tau dpt sambung. mesti dpt jmpa kawan2 baru. yang tak pernah aku jmpe lg. sgt seronok rasanya. tp ntah la. perasaan tu xkuat. yup, this my way. my decision. my choice. risikonya pun aku yg tanggung. hala tuju nya pun aku yg galas. and i hope this is the best. :) aminn. insyaAllah ^^

doakan saya !!

nk g mengembara di bumi ALLAH ni..

interview spa? interview??

next entry lahh.

kbai.

Tuesday, August 21, 2012

Shopping Raya :P

Assalamu'alaykum wbt semua..

raya tahun ni, aku bajet RM50 je utk beli sepasang baju raya. tudung,kasut or watever lain mmg xmasuk dlm list lah.haha..yg len guna yg lama je.

semangat pergi KENANGA..tempat shopping murah yang diwar2kan oleh sok kbar dan adik aku..pergi sana..herm,siyes xjmpe yg berkenan + baju2 kt situ smua mahal2..pergi naik kereta, jalan sesak mmg agak adventure lah..haha, smpai g masuk jalan org...ada jalan tutup lah, siyes, kereta pun dah bersimpang siur.ntah ke mana dorg nak pergi pun aku xtau..hehe..yg aku tau..main place to go wktu tu is kenanga..rupanya tmpt tu dkt area penjara pudu lama..so, bila dah smpai tu agak excited lah kan.hehe..++ atok upin ipin and ayam atok yg smbut kitaorg dtg..hehe..ska3..

ok,pergi sana dlm 3 org je. adik aku, aku ngn kwan adik aku ; munirah :)

tp,setelah round 1 kenanga..tu last2 aku yg membeli nya. beli pun sbb jumpe dress satu ni.siyess 4 me, sweet gler.hehe..harga pun bpatutan lah..tp tu bkn utk baju raya k, mybe baju tu sesuai kalo nk g dinner apa2 kot.haha..yg gah2 agaknya..hahaaha..ntah bile nk pakai.. -___-  tp beli je lah kan..sbb bkn snang nk jmpe yg aku SUKA. hahaha

ok,penat bjalan sini sana..adik aku ngn kwan dia xbeli pape pun..syok tgk..try..tp bila decide nk beli or x, xjd beli pun. herm..dorg pun jmpe dress je.baju raya siyes xde yg bkenan kt ctu.

nk jd kan citer, bila esok tu nak raya...kami adik bradik ni g lah jenjalan kt jalan masjid india, jalan tar bagai...akhirnya kt situ lah jmpe bju yg aku ska. mmg kna lah bajet aku.da dpt, mmg xpndang lainn dah! hahaha! alhamdulillah, jmpa akhirnya. xlama lepas jmpe tu..ttba senggugut mcm nk giler dtg..huwuwu..+__+ rasa nk balik cepat je. smpai menangis gak aku dibuatnya. sedih tp bahagia sbb da dpt baju raya. hik2. 1 cukup lah. xpayah bebanyak. 1 tu pun je dah ckup utk merayakan aidilfitri tahun ni bsama keluarga tsayang :)

syukur.alhamdulillah..^^

wah..meriah la..keluarga upin ipin beraya dlm bangunan KENANGA.hikhik :P

atok..dan ayam..hehe comey3..ayam nya lg besar dri sangkar nk tgkp ayam.haha

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamu'alaykum wbt semua :))

apa khabar duniaa dgn sgala isinyaa?? hehe..hrap2 semua dalam keadaan sihat walafiat...aminn.

sekejap je masa berlalu..tup tup..da bulan syawal..herm,.sedih pun ada gak...sbb ramadhan dah berlalu pergi...sobss. semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh ALLAH SWT. aminn ya rabbal'alaminn.

raya kali ni bestt. alhamdulillah...sbb semua ahli keluarga aku ada..*syukur* hehe..raya kali ni agak meriah la..malam raya tu wat bbq ayam bakar kt luar umah..mmg seronok lah..cadangnya malam ni pun nk wat lagi..hehe smbut besdayy ayah aku..yg ke-55 tahun..alhamdulillah..insyaAllah :)

tahun ni raya..lebih baik dari tahun lepas..ALHAMDULILLAH...kami raya ramai2 bsama2...lpas abah n adik2 aku g solat raya..huhu..tp sedih...sbb xdpt nk solat raya lg tahun ni..iskk..hope tahun depan dapatlah...hehe aminn insyaAllah.

di kesempatan ni, aku nk minta maaf zahir & batin pada sesapa yg menyinggah blog aku ni haa..haha kalo ade hutang, sila lah hubungi aku ye...tuntut lah cepat hutang tu sebelum aku pergi ke alam lain...hope leh settle kan semua b4 aku berangkat nnt...insyaAllah..maafkanlah salah silap aku...sama ada sedar atau xsedar..kalo aku ada hutang duit ke sila tuntut..sbb kkadang aku lupa..herm..=( sgala budi baik jasa kalian memaafkan aku, kebaikan korg...moga Allah membalasnya dengan sebaik2 kebaikan utk setiap kebaikan dan budi yg telah korg beri..=) hanya ALLAH sahaja yg mampu membalasnya.

perkara yang paling menyedihkan adalah bila kita baru tahu orang yg terdekat dgn kita, org yang pernah kita luangkan masa bersama dia...TELAH meninggal dunia 2 tahun lepas. sobbsss. sedih sgt3....terkilan pun ada. nasib baik tu adalah rumah ke-7 yg g raya semalam....iaitu rumah terakhir lah pergi sebelum balik umah rehat jap. pastu malam nya ada rombongan dtg raya kt umah mak ayah aku plak..huh..mmg kalut abisss..

2 tahun lepas, aku raya di bintulu. mgkin femly aku tlupa nk gtw..nenek sdara aku ni da meninggal....tahun lepas pun raya...pd ari raya kedua...atok aku meninggal...sobss. so, mmg xkemana lah sgt raya thun lepas. sbb smua tkejut tok yah pergi...pdahal sblum tu beliau sihat walafiat...

tahun ni baru lah ada kesempatan nk g umah sdara mara tdekat...n aku..baru tau berita sedih ni...masih tbayang2 lagi susuk tubuh dia yg kurus kering...msa aku balik umah cuti sem dulu..huhu..aku mati2 ingat dia ada lg....terkejut sgt...dgr jwapan yg aku xsangka..

ya Allah....cucurilah rahmat Mu ke atas roh hamba2 Mu yg telah pergi meninggalkan alam dunia ini......

>___<

Friday, July 27, 2012

Kerja atau Belajar?

Assalamu'alaykum wbt.

*pd teman blogger or anyone else yang singgah pada entry kali ni, sowy kalo entry kali ni menyerabutkan pikiran korang. this is just my views n my crazy opinion about my future life and now also..insyaAllah..*kalo panjang umur..:)

*hujan 'fikiran' mula rintik2*

tetiba serabut tol fikiran aku.

tetiba aku rasa mcm nk terus kerja jee. nak cari pengalaman kerja dan belajar masa kerja!

arghh!! nape tetiba rasa mcm nii. xkan sebab masalah duit nak sambung deg? herm, mybe jgak lah.

sambung ijazah? 

dpt ilmu tp xdpt pengalaman kerja,
hutang bertambah,
duit xde. hanya bergantung pd pinjaman semata. kalo duit pinjaman pun xcukup nak menampung perbelanjaan segala bagai, mintak mak ayah. adoii.menyusahkan org tua lagii.
hutang pinjaman pelajaran menganggu ketenangan hidup!
asek terpikir hutang.sempat ke aku bayar ni...ermm
kalo dpt keje cikai2 yg xmampu utk bayar hutang, meranaaa kot!huwaa..

tp dpt ramai kawan masa belajar.

maybe aku akan aktif koku mcm masa aku blajar dip dlu sbb i love it !! aku suka mengisi masa lapang maupun masa sempit dgn aktiviti koku :P . tp time belajar teori..erghh. erghh. malas bertalu2 datang melanda diri. dan apa yg dibaca xmasuk sangat pun. dan aku mudah pelupa dan cepat xingat apa yg aku baca. kekadang apa yg aku baca dan hafal..bila time exam lain plak yang keluar! dah jadi simpang siur. baca faham ingat. *sekadar pengetahuan dan utk exam !!

then bagi pendapat aku, kalo kerja. kita akan buat ia hari2. dan ia lebih praktikal utk diingati. praktikal dgn teori mmg sgt jauh beza. aku mungkin lebih mudah ingat bila buat perkara tu hari2..tp teori pun penting jgak...dan aku xnafikan..bila revision balik topik2 dan subjek2 yang dah belajar masa diploma dulu...utk interview ni nanti, aku terbayang2 balik apa yg lecturer bincangkan, tekankan..perbincangan..but not overall lorh. just certain..but i'm still feel gratefull cz i remember it! :D *muka bahagia* argh..(walaupun xtaw interview nanti tanya soalan apaa) -rasa seronok nak rasa pengalaman interview secara rasmi dari goverment buat kali pertama ! :D

-walaubagaimana keadaannya (interview) terok maupun baikk aku harus hadapinya...yeaah.paling penting cabaran setelah dapat/xdpt kerja tu. :)

kalo kerja ??

duit dapat,
pengalaman,
pengetahuan scara xrasmi dapat,
kenalan pun dapat,
nak aktif koku (dlm erti kata aktiviti sukan lasak/aktiviti rekreasi santai/silat/usrah/seminar & kursus in anything) pun dpaatt.heee :D insyaAllah ! aminnn. :))

ok ok. kalo leh aku nak sambung belajar lepas da kawin nanti..! argh..ape aku merepek nii.

selagi xkawin selagi tu xnak smbung belajar eh? hahaha!

haha..bengong nye..+_______+ tidaakkkk.!! harap harappnyaa lepas aku kerjaa nnt minat nak belajar lebih dalam lagi tu semestinya adelah ye..hoho n hopefully aku boleh menampung pembelajaran aku di peringkat ijazah tanpa hutang!! aminnnn. INSYAALLAH.

kalo xsambung skrg, taw ke lagi entah2 xdpt sambung belajarr dahh. erkk..ok, dgn ini saya menangguh pengajian sarjana muda saya atau mungkin xsambung (tgk pd keadaan) ATAS sebab ingin mencari pengalaman kerjaaa walau apapun jenis kerjaa itu as long saya belajar dan memberi pengalaman pd saya utk mengenali dunia REALITI MASA KINI!

ok ok.apa2pun, **aku nak g daftar gak kt UMT nnt. :DD hee..insyaAllah...cz i love courses dat their offer to me. then nak apply utk tangguh pengajian dahuluu.:)

sekian, terima kasihhh kerana membaca ! datangg lagi. sebarang komen adalah tidak diperlukan. kalo nak drop jgak, leh buat ulasan di bawah yee...setelah meneliti kebaikan dan keburukan di dalam entry kali ini. kesudian anda jika ingin mengulas adalah sangat dihargai oleh pihak produksi belog hidup garing dan sedap milik salah seorang puteri di dalam hutan belantara misteri ini ! :D

_________________________________________________________________________________

** segala perubahan adalah tertakluk pada pihak pengurusan hidup garing dan sedap oleh tuan punya alam luahan maya dalam mencari dan melakukan yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis/pemberitahuan di belog beliau ini.

wallahua'lam (dan ALLAH lebih mengetahuinya) .  :)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamu'alaykum semua :)

"Wishing You A Blessed Ramadhan Wherever You Are!" :D

Alhamdulillah. masih diberi rezeki, umur dan peluang lagi untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia pada tahun ni..quote di atas tu adelah msj drpd celcom! heheh..happynyaa aku dpt msj berlagu drpd celcom sempena ramadhan ni ! terharu btul! hoho...:P

ok, quote atas ni aku nak tujukan juga pd semua teman blogger aku n pelawat yang menyinggah di blogku ini :) tp sowy xde lagu mcm celcom bagi kat aku..(nak lagu dgr lah lagu kt blog aku ni eh..:P) haha semoga amal kebaikan yang dilakukan pd bulan ramadhan ni diberkati Allah..moga Allah berkati umur, amalan, rezeki dan hidup kita..amin ya rabbal'alaminn.

doakan aku berjaya wat terbaik dlm interview aku eh, 31 julai 2012, Selasa nanti. insyaAllah..:) jika pekerjaan tu baik utk aku, masa depanku, agama dunia dan akhiratku..moga Allah mudahkan ia bagiku...jika tidak/belum masanya lagi..moga Allah jauhkan ia drpdku utk mdapat pekerjaan tu...aminn.

dats all. thanks for reading! mohon doa kalian, jazakumullah khairan ;)

Thursday, July 19, 2012

Terengganu :)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La haw la wala quwwata illa billahil' aliyyil 'azim..

Terengganu Darul Iman.

pabila mendengar namanya sudah membuatku jatuh hati. terengganu darul iman. :) iman? herm, pasti penduduknya juga beriman..tekaku. ;) hik3..insyaAllah..aminn.


***

sejak kecil lagi aku sering ke kuala terengganu ke rumah nenek sdaraku. selalu pd waktu cuti sekolah lah. sama ada rela atau terpaksa, aku sering dibawa ke sana bersama adik aku.hehe mula2 pergi menangis2 sbb mak abah sume xikut. tp bila dah sampai sana, lupa terus kt dorg.hoho :P kt sana, rumah nenek sdara - kalo ikut pangkat nama. tp kitaorang xpanggil nenek pun sbb neneknyaa muda dong,hehe jadi panggil mak saba dan pakman je lah. tp kalo ikut keturunan, lahir dari mana dan mana sepatutnya panggil tok saba dan tok man lah :P tp mcm tua sgt pulak nk panggil tok. sbb nenek dan atok sdara aku ni baya2 mak dan ayah aku je. huhu

pak man dan mak saba mempunyai 2 orang anak. nama diberi abdul latif dan latifah :) panggil abang latip dan kak tipah. abang latip tua 10 tahun daripada aku. dulu masa kecik2 rapat sgt ngn dia. bila melihat balik gambar2 lama, aku rasa mcm malu plak bila tgk gambar aku sendiri. hoho akrab benor ngn abg latip. tp bila dah besar sket naik darjah 5..baru aku rasa malu dan segan.huhu

pak man dan mak saba juga mempunyai sebuah kilang membuat roti , roti burger, sos cili, sos tomato, roti pizza, roti manis yang diusahakan sendiri oleh tulang empat mereka bersama bantuan keluarga dan pekerja terdekat. jadi, selalu kalo balik terengganu sbab nak makan roti free je.hoho nak tolong pun, masa tu rasanya mmg xlah. tolong menyibuk adalah. tp bila dah besar sket..naik tingkatan, aku pun tolong lah apa yg patut. selalu keje yang aku buat. packing roti lah. huhu banyakk sgt. memang berpeluh2 lah kalo wat. kalo lambat wat, lambat lah siap dan lagi lama lah berdiri. +__+ tp bila semuanya dah siap,ouhh heaven nya rasaa. nikmat betul dpt berehat setelah kepenatan. :D

yang aku paling sukaa dkt kuala terengganu ni bila hari jumaat.

hari jumaat cuti. ada sekali tu aku balik dan esoknya hari jumaat kalo xsilap..mak saba dan pakman bawak aku g dgr ceramah dkt masjid mana tah. aku xigt. tp dekat ngan pantai. mmg best sgt. ramai sangatt orang. penuh masjid tu. kereta2 motor2 berderet2 pada pagi jumaat tu. itu lah kali pertama aku tgk suasana dan keadaan yang mcm tu. rasa seronok sangat. aku terkejut. sbb pada pagi jumaat tu orang ramai berduyun2 pergi masjid xkira laki dan pempuan utk g dgr ceramah agama! subhanallah...since dat, i fall in love wif terengganu. jatuh cinta dgn orang2nya. yang gigih menuntut ilmu agama. hidup sederhana. walaupun miskin tapi nampak bahagia dan kaya jiwa. jiwanya dikayakan dgn ilmu pengetahuan fardhu ain yang satu ini.  :)



abis ceramah mak saba dan pakman jual lah roti . selalunya habis dan laku lah. sbb roti mak saba dan pakman ni sedap dan murah.siyess. aku kalo balik sana mmg boleh hidup lah kalo xmakan nasi. makan roti je pun kenyang. makan roti manis sambil cicah sambal belacan. sdapp sungguh lah weh. hahaha

tp..............

sekarang banyak yang telah berubah. waktu terus berlalu dgn pantas. meninggalkan masa2 lalu ku. pak man dah meninggal masa awal tahun 2010...last aku g terengganu masa cuti sem pd tahun 2009...itu lah last aku jmpa dan mengait kenangan bersama pakman. masa aku dpt tahu berita pemergian beliau pulang pd ilahi..waktu aku tgh dlm bas, g amali luar kot. menangis aku. perasaan ini xtertahan sedihnya. aku di bumi kenyalang. untuk balik pulang ke semenanjung adalah mustahil dan xsempat utk menjenguk beliau. pasti. ditambah dgn bebanan tugas dan jadual kelas yang padat. aku hanya mampu menangis dan meratap rindu pada beliau. beliau insan yang amatku sayang setelah ibubapaku. :'( kenangan bersama beliau sangat banyak. kuala terengganu adalah tempat kenangan kami....terlalu banyak.

yaa, masa lalu adalah perkara yang paling jauhh dari kita. tp hidup ni xselalunya indah kan..yang indah itu tetap hidup dlm kenangan. :') moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau dlm kalangan orang2 yang soleh. aminn ya rabbal'alamin.


Wednesday, July 18, 2012

UPU 2012

Allahuakbar!

*hati berdebar-debar*

entah dapat aku sambung pengajianku di peringkat ijazah entah tidak..aku hanya mampu bertawakal kepada Allah. tika itu aku sedang dlm perjalanan pulang ke rumah setelah rehlah bersama masyarakat kg. org asli ulu yam. semakan tawaran boleh dibuat melalui SMS. jam telah menunjukkan 12.30 tengahari. namun balasan sms yang aku hantar pd no. upu belum lagi berbalas. aku menunggu dgn sabar. aku nekad, jika tawaran ijazah ini tidak menepati perasaan dan jiwa aku tika aku mendapatnya aku tidak mahu menyambung pelajaranku lagi. aku terfikir2 tawaran kerja oleh kawan mak dan panggilan temuduga oleh spa. tapi layakkah aku untuk mendapatkannya? xpe. kita cuba yang terbaik yaa. ;) rezeki ada di mana2 kann..hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya. meskipun terpaksa melencong jauh sedikit dari bidang yang aku ceburi tika diploma dahulu.



bagiku tidak mengapa. asalkan ia memberi pengalaman, peluang untukku terus belajar dan belajar dalam alam pekerjaan yang kadang aku tidak tahu menahu untuk melakukannya. dan rezeki halal lagi diberkati (cukup walaupun sedikit) itulah yang aku cari. itu lah yang aku impikan. semoga pekerjaanku selama ini dan akan datang diberkati Allah swt. aminn.

12.44 pm.

RM 0.20 UPU: 90100114**** Tahniah, anda berjaya ditawarkan program GS03. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran. 

"Alhamdulillah !" :D 

erkk..tp jurusan apa? kos apa? ermm..-___- 

aku terpikir2 ni..mcm jurusan sains taman dan rekreasi jee..hadoi. aku lega dapat tawaran sambung belajar. tp kos apa yang aku terpikir2 tu yang wat aku sedih. kalo boleh, xnak masuk upm lagi. ermm, bukan xbest atau jauh dan sebagainya. tp ntah la. aku xrasa nk masuk ctu. melihat kengkawan aku kena ulang balik kem hutan, belajar balik sains tanah dan subjek2 yang dah penah belajar masa diploma dlu. buat aku rasa xnak masuk upm serdang. bagi aku, biarlah masa degree nanti aku belajar perkara baru yang lain plak. melihat kembali subjek yang penah aku belajar berbulan2, amek exam, tetiba nak kena amek balik masa degree buat aku muak. maaf. tp itulah yang aku rasakan. 

4 me, UPM is the bestt research university. its a largest area among the others university. but..my heart not there...n i dont know why..mungkin aku bkn jenis yg suka mengulang belajar dalam under u yg sama kot. hehe :P nak rasa u lain gak. kalo bleh..

aku terpikir2 kos apaaa la yg aku dapat ni. UM? mcm mustahil. yelah, org xpndai kan. dekan pun xpenah dapat, xkan lah leh masuk UM utk intake aku ni?hehe kalo dapat rezeki lah. lagipun kos yang aku mintak -ekologi dan biodiversiti - mmg aku minat sgt. tp perasaan aku 50-50. UKM? jurusan zoologi -pergh..xkot. jangan lahh dapat. bukan xminat tp xberani kot nak amek. saje je apply nak bg penuh ruang kosong RU tu. hehehe perasaan aku 40-60. minat mmg minatt. ska sgt tgk binatang comel2 sume kt zoo negara tu. selalu aku tgk. tp time bab harimau, ular, buaya, etc...errrrr. nauzubillah. UPM? bacelor perhutanan , bacelor sains taman dan rekreasi.  30-70. kalo dapat mungkin pergi xpergi. sebab? baca balik dari atas.

abis dah 4 pilihan di RU. then..4 pilihan di universiti lain..

UMT? pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti. kalo xdpt UM, dpt UMT pun bersyukur sgt dah laa. sbb dat coz lebih kurang kot. perasaan : 80-100. UMS? biologi pemuliharaan..err.sabah. oh, adakah aku harus merantau lagi?? oh tidakk.seksa kot nak balik umah dgn tambang mahal dari airasia dan mas ! 20-80. UNIMAS? pengurusan sumber haiwan, pengurusan sumber tumbuhan- kalo dpt, biar sama dgn lia jebat gak.muahaha..baru best ! ada gengg. heheehe geng silat dan geng belajar. :P perasaan : 60-40.

setelah ke sini ke sana. xsampai2 rumah lagi. perasaan aku masih gusar dan keliru. adakah aku perlu utk meneruskan pengajianku kalo dpt yang kurang berkenan di hati? adakah itu yg terbaik buatku? masa tu aku hanya terfikir aku dapat kos sains taman dan rekreasi tu la. cukup2 lah aku belajar masa diploma dlu. teringat msa final exam, apaa yg aku baca, aku ingat lain dan jawab lainn. ya Allah ! nasib baik xkena repeatt. alhamdulillah. mampu dapat B. syukurr. trima kasihh mdam shirley! mungkin projek akhir banyak membantu kot. ntah la. tp siyes klo bleh jgn lah kos tuu. huhu da la xpndai melukis. xde bakat. mcm mana la aku nk wat design taman dan rekreasi aku nnt? adoi..terasa mcm arkitek pun ada gak.hehe

ok, sampai jee rumah. aku terus g bukak website upu. nk tgk kos apaa yg aku dapatt ni?? adik aku tnya pasal result upu. aku ckp dapat..tp xtaw kos apa. tetiba aku teringat fail yang ada tersimpan salinan kemaskini terakhir aku. kat situ kan ada tulis kod dan nama program. aku terus cari. fail tu sementara adik aku try tgk website upu. tp internet slow la plak. bila jumpaa je fail tu, aku mmg berdebar sgt lah. hope apa yg telah ditentukan Allah ni adalah yg terbaik buat aku, masa depan aku, buat agama aku di dunia dan akhirat...

dan ALHAMDULILLAH...ya Allah...aku ditawarkan jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti Sesi 2012/2013 ! UMT !! :D

bersyukurr sgt rasanya. subhanallah... :)

ok, aku da gtw kputusan upu aku. haha de end!

*next entry nnt nak citer,y i love this offer n y i love much terengganu...huhu insyaAllah see ya~ ;)

Tuesday, July 10, 2012

Manusia

Subhanallah.


" Manusia terbentuk daripada 2 elemen iaitu jasad dan rohJasad berasal daripada tanah sebab itu bilamana sakit ia perlu ubat-ubatan dari tanah, herba, akar kayu atau seumpamanya untuk merawat sakit pada jasad. Manakala roh datang dan berasal daripada tuhannya (Allah), sebab itu bilamana roh itu sakit, menderita dan tidak tenang, kita perlu membawa roh itu kembali dan ingat kepada tuhannya untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan hakiki. " (",)



Monday, July 9, 2012

Hari Ini

Alhamdulillah.

hari ni nak share something yang bermakna.huhu kadang2 kita xsedar yang kita xbersyukur kpd ALLAH dgn apa yg kita ada..mari kita hayati dan fikir-fikirkan bersama... ;)


  1. hari ni sebelum kamu mengatakan kata2 yang tidak baik, FIKIR kanlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  2. sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  3. sebelum kamu mengeluh tak punya apa2, FIKIR kanlah tentang seseorang yang meminta2 di jalanan.
  4. sebelum kamu mengeluh bahawa nasib kamu buruk, FIKIR kanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  5. sebelum kamu mengeluh tentang pasanganmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada ALLAH untuk diberikan pendamping hidup. 
  6. hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  7. sebelum kamu mengeluh tentang anak2mu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  8. sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, FIKIR kanlah tentang orang2 yang tinggal di jalanan.
  9. dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, FIKIR kanlah tentang pengangguran, orang2 cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
  10. sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tiada seorangpun yang tidak pernah berdosa. 
  11. dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, ayuh tersenyum dan bersyukurlah kepada ALLAH bahawa kamu masih hidup. :)

Sunday, July 8, 2012

Cinta High Class

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): Bagaimana mencintai secara high class: Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mes...

Cashier Muslim Jual Arak??

Assalamualaykum :)

Alhamdulillah, akhirnya jmpa jawapan bagi persoalan di bawah..moga bermanfaat...sesape ada kawan-kawan yg keje cashier yg kedai dia keje tu ada jual arak, ex: 7 eleven, tesco dll...hrap dpt gtaw dorg...Allah shaja dpt balas budi baik kalian ! jazakumullah khairan kathir...mga rezeki yg kita cari dalam kita bekerja siang dan malam ni lebih diberkati Allah....aminn ya rabbal'alamin..


  1. assalamualaikum ustazah,
    setahu saya, kerja2 yg berkaitan dengan minuman keras(tuang,jual,buat)adalah haram.
    saya ingin bertanya, dahulu saya bekerja di pasaraya yg menjual barang2 keperluan sebagai juruwang. minuman keras juga dijual di sini. jadi, ada pelanggan yang membayar minuman keras di kaunter yang saya jaga. adakah duit gaji saya dikira haram kerana minuman keras itu?
    Reply
  2. waalaikumussalam wbt.
    bekerja di pasaraya harus hukumnya meskipun paaraya itu menjual arak. Namun, terlibat dengan apa jua proses yang berkaitan dengan arak di pasaraya itu adalah haram dan berdosa.

    Hadith Nabi SAW :-

    عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

    "Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

    Cashier termasuk "Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)"

    Dalam hadith lain

    عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

    Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
    Reply
  3. Jika telah terlanjur terlibat dengan arak sebelum ini maka sucikanlah harta dengan banyakkan bersedekah hingga diberi ketenangan hati.

    Bagi mereka yang ingin berkerja di pasaraya yang menjual arak, pilihlah pasaraya yang mengasingkan kaunter jualan yang haram dan yang halal.

    Atau minta pembeli ke kaunter lain yang cashiernya non Muslim untuk membayar arak. Terang dengan hikmah (gunakan cross-cultural psychology skill), "sebagai Muslim saya tidak boleh terlibat dengan arak. Kita hidup berbilang agama, saling menghormati pendirian, harap tuan dapat memahami."

    sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/09/islam-mempersempitkan-yang-haram-dan.html

Palestin Vs Malaysia ?

Friday, July 6, 2012

Memoirs Hulu Langat

bismillahirrahmanirrahim...

assalamu'alaykum semua ! waahh...ari ni ttba tringat balik msa g kenduri kawin abang kak emy yg wat kt nur lembah pangsun ari tu...ahad lepas, 1 julai 2012..


wif cik wati, cik noi, kak ayu, me, my mom, cik mah wif her baby boy, cik yus # cik is stand 4 makcik ye :P

msa dtg tu kak nina cuti, yg ada kak ayu dgn ustaz yg bertugas kt ofis..sempatla jgak jmpe staff2 lain...siyess rinduu glerr kt dorang...dorg semuaa baik sgt! masa aku nk berhenti keje dlu, semua xkasi..haha..dorg ckp keje da ok dah, janganlah berhenti..hermmm :'( balik umah, femly sume suh berhenti, g resort, semua suh jangan berhenti..haih...bingung gak aku dibuatnya..

tp nk wat cmne kan, msa tu umah sewa pun dah tinggal aku sorg je lps afiqah n kak ira habis praktikal (LI) dorang..herm, nk kata bosan duk umah sengsorang xjgak..sbb kdang2 aku baca buku, layan lagu, msej ngn kengkawan lama, masak, cma bosan bile xde teman nk sembang2 live..huhu tp yg aku nekad nk berhentinya bila ada 1 kejadian ni..haihhh..mmg aku trus xbrani la nk duk umah sengsorang..huhu masa tuu mmg tensionnn sgt ! rsa mcm nak lari dari rumah sewa pun ada gak..iskk2

ok, ni xda kaitan dgn makhluk ghaib yaaa...hohoho alhamdulillah, walaupun umah sewa aku tu tepi hutan yang terletak di hulu langat - tempat femes org buat shooting citerr antu..niang rapik lah segala bagai..so farr untill end aku duk ctu xpenah lah rsanya merasa apa2 yg menganggu ketenteraman jiwa even duk sengsorang. cumaa, yg mengganggunyaa jiwaa aku ni adalahhhh..jeng jeng jeng jeng jeng. 

adeh, malas plak nk citerr.huhuk..sowyy..haha okay2..citerr gak la. hope jd pengajaran buat andaa semua ya. sbnarnya, seronok sgtt keje kt hulu langat tu..tambah2 dapat rumah yg aku skaa..warna pink ! soo lovely 4 me. hoho walaupun rumah kg tu xde flash, xde lampu kt luar rumah, ada lampu rosak kt dlm rumah, xde kipas...aku mmg xpedulikan lah semua tuu! but the most important i'm happy wif my new housee. hehe

happy sbb dpt keje kt nur lembah pangsun, hulu langat ni. alhamdulillah..this is my 1st officially job selepas smpai kt bumi semenanjung, pulang dari perantauan 3 tahun di bumi kenyalang.





Thursday, June 28, 2012

Sedih Gembira

bismillahirrahmanirrahim..


Ok, hari ni sedihh. sbb abah xkasi aku g trekking ke bukit kapur a.k.a bukit tabur east. iskk..x'( spatutnya pagi ni bertolak...berita sedihh ni telah pun aku taw smalam smasa minta izin beliau. tanya mak, mak suh tnya abah. huhu (aku tgk mak mcm berat jee nk kasi aku g) slalu kalo tanya abah, abah akan ckp.."tnya mak" haizz. tp smlm aku tnya abah "abah..., blh x dyah nk joinn trekking..hehe, ke bukit kapur plak esok" pastu terus abah respon "tak boleh" erkk. terkedu jap aku dibuatnya..aku tnya la "kenapaa?" pastu abah ckp..."kalo dayah da betul2 sihat nnt baru abah kasi..ni abah duk tgk dayah duk batuk2 lagi...kokek kokek...mana boleh p cmtu" 


arghh..kecewa. tp  aku tergelak bile abah ckp gaya batuk tuu..kokek2..hahaha :D tp btul jgak kata abah tu..hermm, batuk xberhenti lg,mcm mana nk g trekking. da la, bukit kapur tu lebih lasak dari hiking ke bukit tabur. takut jd lg teruk plak kann. -____- na'uzubillah. tetiba semangat nk g hiking bukit kapur tu sbb tgk citer jevanu di kinabalu.alarr..yg kt tv3 skrg ni..sronokk.tgk dia dpt g gunung kinabalu. tu yang semangatt nk g ! :D


pagi ni abah tanya aku, nak g gunung kinabalu x? perghh.soalan cepumas yg ditunggu sekian lama! hahaha ofkoss la nak. pastu abah suh cari pakej utk g sna tuu. sbb abah pun nak naik gunung kinabalu! oooo my god! betul ke ni??siyess aku rsa bestt gler. haha subhanallah. alhamdulillah. insyaAllah :) semua ni pengaruh citer jevanu tuu la! hahaha..semga kami pun dpt g sanaaa. aminnn.

then pagi ni gak aku gembira. sbb dapat g kolam air panas lagi dgn mak dan adik lelaki aku. seronokk sgt dpt berenang (mcm ikan) dlm kolam air panas tuu. pagi2 tu sblum g aku bg mkn ikan..seronok tgk dorg berenang..godek2 sana sini dgn ekor dia yg comell. huwaa...xsangka aku pun dapat berenang sini sana smpai puas la dkt kolam air panas tu. nasib xramai org.ada sorg je pakcik cina tu. duk statik ja kt dlm kolam tu. aku ngn adik aku mcm lumba berenang plak haha :D alhamdulillah~ happy* air dlm kolam tu pun jernih sgt! ade jgk kaler ijau..okla..ijau tu pun sbb lumut..da xkaler teh tarik mcm ari tu. haha alhamdulillah. pastu kitaorang g men pijak2 batu2 kt 1 tempat ni. mula2 xde orang,pastu duk rancak men pijak2 dgn air panass gler dlm tu..ada la pakcik makcik pun joinn skali. pas aku berhenti men sbb penat,kaki pun rsa legaa dahh aku tgk rmai plak yg g men ctu. td punyaa lah xde orang! hahaha


kadang kita sedih kadang kita gembiraa. bila sedihh,,rsa mcm putus asa pun ada gak..tp sabarr je. pastu xlama pastu Allah bg pelangi selepas hujan. masyaAllah..Alhamdulillah..:)