Sunday, March 31, 2013

Teruskan berlari

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah SWT, yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti akan menyembah Allah SWT dan berbakti kepadaNya....."

-Rasulullah SAW bersabda selepas dakwahnya ditolak di Taif-

teruskan berlari,
menyebar dakwah cinta ilahi,
agar diri,
mendapat rahmat ilahi.

jadikan agama sebagai perisai diri,
membenteng iman dan juga naluri,
agar bisa memperoleh cinta ilahi.

sebarkan, sebarkan risalah ilahi,
agar manusia semakin mengetahui,
dengan cepat dan pantas selari dgn masa yang turut berlari,
masa semakin mencemburui,
ajal semakin menghampiri,
tidakkan kita tahu bilakah ia akan mengakhiri,
waktu dan peluang yang diberi,
oleh tuhan sekalian alam ini.

manfaatkan masa yang diberi,
dgn mengejar sebanyak peluang yang boleh dicapai,
dan moga-moga ia menjadi,
wakaf ilmu yang berterusan walaupun selepas mati.

Ya Allah, berkatilah ilmu kami ini,
berilah kepada kami ilmu yang benar lagi bermanfaat buat umatMu ini,
kayakanlah kami dgn kekayaan ilmuMu yang luas wahai tuhan yang maha mengasihi,
kasihilah kami sebagaimana engkau mengasihi,
hamba-hambaMu yang soleh lagi mendapat tempat yang terpuji di sisiMu.

aaminn ya rabbal'alaminn


Tips dalam hutan


...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl





mengikut pengalaman kak dila, kawan di tempat keje aku dulu,



kalo jumpe gajah, kita kena lari turun bukit, jangan naik bukit.

kalo jumpe babi hutan, kena lari naik bukit, jangan lari turun bukit.

kalo jumpe harimau, berdiri belakang pokok-tengkuk belakang pokok- supaya dia rasa kita tinggi macam pokok -kalo nak lari dari dia, jangan lari membelakangkan dia (muka kita biar kat depan dia, jangan bagi dia nampak tengkuk belakang kita-jalan berundur pelan2)


  • babi hutan janggut - protected
  • babi hutan biasa - makan anak pokok - taik dia mematikan pokok
  • jerat kabel-harimau- leh dikenakan akta-penjara
  • kalo hutan kat thailand- kalo curi kayu- kena tembak terus dgn polis kat sana (dlm hutan)- askar thailand- perhilitan+perhutanan
  • harimau-penyambung rantai makanan-harimau kena ada dalam hutan-sebab harimau je makan babi

kak tu keje dulu under wildlife conservation society, kat hutan area hutan johor-

masa dalam hutan, ada 'waktu senyap' -masa maghrib-bila terdengar something yang pelik- time tu jangan masak apa-apa

johor-harimau
sabah-orang hutan, gajah

selalu orang cina, dia bukak dulu hutan lepastu baru bayar denda. -__-

hutan simpan - kekal vs sementara

masuk hutan kena ada 3 orang pembantu
-compass, gps
-tebas pokok
-tanda

gajah-contractor , babi-maintenance<< haa part ni aku tak igt dia citer apa,,tu je point yang aku amek...haihhh = =' ok, moral of the story, lepas dpt ilmu kena ulang kaji balik dan catat dgn lebih terperinci. sekian~

Saturday, March 30, 2013

Gelombang Iman

...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

soalan,

iman kita turun naik, pasang surut.
macam mana nak konstant kan/istiqamah dalam buat sesuatu perkara?

jawapan,


  • buat borang mutabaah amal/checklist amalan kita setiap hari,
  • refresh niat,
  • tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang,


  • sentiasa berada dalam jemaah (kelas/usrah/bulatan cinta osem/bulatan gembira, join konferens riang, seminar/forum islami)


  • ulang peringatan/tazkirah/ilmu yang baik setiap hari kerana hati itu bejana iman,
  • jaga hati dari terlalai dgn perkara2 tak mengikut syarak (peraturan yang telah Allah tetapkan - pergaulan, tv, cerita2, drama, filem, muzik, tv, media, internet, gambar (aurat) , akhlak, kawan baik, dll)
  • mohon pd Allah selalu agar ditetapkan hati dalam iman, berbolak balik dalam ketaatan dan semakin teguh cinta pd Nya.

boleh print dan tampal kat bilik atau simpan dalam fail peribadi :) 

# orang yang ikhlas cinta pada Nya tidak akan merasa beban dgn apa yang dia buat. Dia menurut apa yang Tuhan sekalian alam perintahkan hanya kerana mengharap redha dan cintaNya .

wallahua'lam.

Hijab & Jilbab

...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


  1. hijab dan jilbab tak dapat dipisahkan. 
  2. ianya satu. kewajipan pakaian wanita muslimah. islam. mukmin > beriman kepada Allah dan rasulNya
  3. hijab = tudung , jilbab = jubah 
  4. kewajipan itu tertumpah ke dalam kitab suci al-Qur'an, iaitu firman Allah s.w.t ;
  • " Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan para wanita mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. ..." QS Al-Ahzab (33) : 59


Allah juga berfirman :
  • "Katakanla kepada wanita yang beriman, "Hendakla mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka ; janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) tampak pada dirinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada-dada mereka. ...An-Nur (24) : 31


baginda Nabi s.a.w bersabda :

"Islam awalnya datang dalam keadaan aneh/asing, kemudian akan kembali menjadi sesuatu yang dianggap aneh/asing. kerana itu, beruntunglah orang-orang yang dianggap aneh/asing itu. (HR Muslim)

orang yang menutup aurat dgn sempurna dgn memenuhi perintah Allah dianggap asing/pelik kan skrg....

"Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Orang yang mengerjakan suatu amalan pada saat itu kan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan semisal amalan itu." Ada yang berkata, "Wahai Rasulullah, apakah itu pahala lima puluh orang di antara mereka?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para sahabat)." (HR Abu Dawud) 

  •  jilbab itu adalah setiap pakaian longgar yang menutupi pakaian yang biasa dikenakan dalam seharian. ini  boleh difahami dari hadis Ummu 'Athiyah r.a : 
Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan kami untuk keluar pada Hari Fitri dan Adha, baik gadis yang menginjak akhil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, maupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslim. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab" Rasulullah s.a.w menjawab, "Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepada dia." (HR Muslim)

  • hadis ini menunjukkan kewajipan wanita utk mengenakan jilbab apabila mahu keluar rumah. yang dimaksudnya dgn jilbab bukanlah pakaian sehari-hari yang biasa dikenakan dalam rumah. sebab jika disebutkan ada seorang wanita yang tidak memiliki jilbab, tak mungkin wanita itu tak memiliki pakaian yg biasa dikenakan dalam rumah. Tentu ia sudah memiliki pakaian tetapi pakaiannya itu tidak termasuk dalam kategori jilbab. 

  • hadis ini menerangkan bahawa jilbab bukanlah pakaian utama yang dikenakan oleh wanita utk menutup auratnya, tetapi pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian utama (pakaian sehari-hari) ketika wanita itu hendak keluar rumah. 

  • jilbab adalah pakaian lain (pakaian kedua) yg dikenakan untuk menutupi pakaian utama dan ia dikenakan khusus ketika hendak keluar dari rumah.

# hijab - tudung (tak jarang, tak singkat sehingga tak menutup dada , jilbab - jubah (tak ketat sampai nampak bentuk tubuh mcm bentuk pinggang dll, tak jarang, pakaian kedua selepas pakaian biasa -tshirt, seluar panjang)

wallahua'alam . :)

rujukan buku : jilbab syar'i , arief b. iskandar

Friday, March 29, 2013

Tips hindari cinta sebelum nikah

...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 (: لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


 


  • kalau kamu kawan dgn dia berpuluh2 tahun sekalipun, kamu takkan kamu kenal dia, melainkan hanya kenal dgn lakonan dia. 
  • bahana cinta dgn mendekati jalan zina > azab curiga. cemburu. membanding-bandingkan. 
  • tak adil membandingkan kekasih dgn suami/isteri 
  • manusia takkan mampu melupakan tetapi mampu untuk berusaha melupakan.
  • menjauhi jalan mendekati zina (pergaulan bebas) > nikmat percaya. 
  • cara nak kenal merisik melalui jiran > muamalat > duit > musafir > cara dia tawarkan cinta. 
  • cinta yang sementara boleh lenyap bersama sebab > bahaya ambil sebab2 sementara. 
  • cinta yang abadi > kerana agama dan akhlak. 




  • benda yang tak penting > alasan bukan urusan lagi
  • sms > permulaan jalan mendekati zina
  • tak ada kekuatan faham > sms bertali arus > mudah terpedaya dgn tipu daya syaitan > selewengkan niat asal 
  • Allah sangat sayangkan kita > bg peraturan > jangan dekati zina > kerana kita lemah, jika kita dekat kita akan terus pergi ke step berikutnya
  • Allah sangat sayangkan hamba lebih besar daripada ibu kepada anak kecilnya > Allah sayang dan ciptakan kita bukan untuk dicampakkan ke dalam api neraka 
  • Allah tak rela jika ada air mata yang menangis kerana kecewa
  • semua orang yang hidup di muka bumi ini layak untuk bahagia
  • Allah bagi panduan pada kita supaya kita selamat sampai kepadaNya dalam keadaan bahagia > sebab tu ada peraturan > jangan dekati zina
  • kenapa kita nak bermusuh dgn peraturan Allah?
  • kenapa kita nak berkonflik dgn Allah?
  • Allah sayang kita, Allah tak rela kita masuk neraka
  • walaupun Allah sayang kita tapi bila kita buat jugak benda yang Allah larang, Allah ini sifatnya Maha Adil, Maha Pembalas sebab tu jugak Dia campakkan kita ke dalam neraka bukan sebab Dia zalim tp kita yang menzalimi diri kita sendiri
  • Perumpamaan > lecturer sayang kita > tp kita ambil kesempatan > malas nak jawab exam > adakah lecturer akan bg markah 100% kepada kita hanya kerana sayangkan kita? > jika lecturer tu bg full mark jugak kat kita > mmg lecturer tu tak adil dan mmg teruk > tp Allah Maha Adil.
  • adil > dlm beri balasan
  • cinta Allah mesti no. 1
  • kekuatan ikhlas > niat
  • kalau takde niat > jd tak fokus
  • jihad > mujahadah > lawan dgn nafsu
  • jaga hati macam nak jaga badan juga
  • kena ada majlis ilmu > solat yang cukup dan tingkatkan ia jadi lebih baik > bangun malam setiap hari > cegah dari punca yang menarik hati kita ke lain > ulang2 dgr tazkirah > tazkirah ibarat charger pd iman kita
  • ulang2 peringatan, ilmu yang baik > melekat dalam minda kita > akan menguasai pemikiran kita > berkuasa utk menguasai tindakan kita > jd lebih kuat utk kuasai nafsu kita sendiri.

# sekian, petikan dari video di atas. ^_^ wallahua'lam.

Makna bacaan solat

...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 

Assalamu'alaykum :)

jom fahami bacaan dalam solat kita ^_^

solat > faham > khusyuk :-
  • takbir > Allahuakbar > Allah maha besar
  • al-fatihah > Allah yg maha pemurah , maha penyayang, segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam > menguasai hari pembalasan > sembah dan mohon pertolongan > tunjukkan kami jalan yang lurus > orang2 yg dikurniakan nikmat > bukan jalan yg engkau murkai dan sesat.
  • rukuk > maha suci tuhanku yang maha besar dengan segala puji-pujiannya
  • iktidal > Allah mendengar pujian orang yang memujinya > wahai tuhan kami bagi engkaulah segala pujian
  • sujud > maha suci tuhanku yang maha tinggi dan dengan segala puji-pujiannya
  • duduk antara dua sujud > ampuni dosaku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, beri petunjuk pdku, sihatkan aku dan ampunilah akan aku
  • tahiyat akhir > segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah > sejahtera atas engkau wahai nabi dan rahmat Allah atas keberkatannya > sejahtera atas kami dan hamba2 Allah yang soleh > aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah > aku bersaksi bahawa nabi muhammad pesuruh Allah > wahai Allah, selawatkan lah atas nabi muhammad dan keluarganya > sebagaimana engkau selawat ke atas ibrahim dan keluarganya > berkatilah atas muhammad dan keluarganya > sebagaimana engkau berkati atas ibrahim dan keluarganya dan alam ini sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha agung
  • salam > salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah

# video yang sangat osem dan kreatif. jazakallah khairan pd saudara kita. moga Allah balas kebaikan padanya dengan sebanyak2 kebaikan dariNya. aaminn.

Sunday, March 24, 2013

Perjuangan Kita

bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lg Maha Penyayang....

Assalamu'alaykum semua :)

Alhamdulillah, diberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan utk update blog ni lagi...

post kali ni, aku nak share psl apa yg aku dpt dari konferens anjuran khilafah centre dan muslimah hizbut tahrir....subhanallah, alhamdulillah....

fikratul ummah -mac 2013 - boleh klik pada link ni...blh baca online atau nk print > baca > dan sebarkan lg bagus...:)

dulu masa sekolah menengah atas, aku ada join program under muslimah hizbut tahrir ni (MHT).....alhamdulillah, sgt seronok...banyak perkara baru aku belajar....MHT ni dr dulu aktif buat program, seminar, forum....tp masa tu aku xtahu sgt apa benda yg aku join.....bila dah lama, masuk upm kampus bintulu...baru aku tahu...rupanya dulu tu usrah dgn MHT...tp masa tu xlah konsisten sgt pun....kejap on off..join pun bincang topik isu semasa dan penyelesaiannya dari kaca mata islam macam mana....discuss topik2 umum...


tp ada sekali usrah tu, musrifah ada tayangkan video mengenai kesengsaraan umat islam di negara2 islam lain akibat kekejaman tentera israel dan sekutu2nya...........masa tu mmg sedih sgt2....menangis kitaorg tgk.......

masa tu saudara2 perempuan di sana meraung memanggil negara2 umat islam utk turut membantu mereka.....

:'(

alangkah bezanya negara kita dgn negara dia.

keamanan bezanya.

tetapi agama kita satu. Allah tuhan kita. kita mengaku nabi terakhir kita, Muhammad s.a.w

mengapa saudara2 kita dianiaya dgn begitu teruk dgn israel laknatullah dan sekutu2nya sedangkan kita adik beradik seagamanya tidak?

dari situ aku nampak, nasionalisma lah yang membuat kita jauh. dan mementingkan diri (negara) sendiri.

hari ini, alhamdulillah dgn sedikit limpahan cahaya ilmu Nya, aku seolah2 tersedar dari lena yg panjang...

benarlah ada kata2 yang mengatakan.."mata yang terbuka itu belum tentu dia melihat..." dan Saidina Ali pernah berkata, "Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak."

bukankah kita seperti itu dgn keadaan malaysia yang aman damai dan sentosa ini? tidakkah kita tertidur dgn sgt lena apabila tidak mempedulikan dan memikirkan perihal saudara2 kita yang sengsara di tanah lain?

:(



kita di sini melaung2 kata "reformasi"

mengagung demokrasi, mempertahankan demokrasi, memandang jauh kehidupan akan datang dgn demokrasi dgn sokongan barat...

tetapi mereka...



mereka meraung2 mahukan khilafah dgn segera apabila serangan peluru dan hentaman tentera israel bermain2 di depan mata mereka. bukankah amerika dan sekutu2nya itu penegak tegar sistem demokrasi di dunia ini? apakah kalian tidak melihat kesan sistem demokrasi yang telah menimpa pada saudara2 kalian? adakah kita mahu seperti itu juga pada satu masa nanti?

satu masa nanti apabila hukum islam, undang2 islam, diperolok2kan, hak ummah diperleceh, apakah ketika itu baru kalian baru mahu bangun bersama khilafah dan menyokongnya tanpa berbelah bahagi lagi?

ambillah pengajaran dari apa yg telah berlaku di atas negara2 saudara seislam kita.

orang bijak belajar dari kesalahan orang lain.

kerana sistem demokrasi lah hak2 mereka dicuri, dirompak oleh penguasa2 tamak yang terlalu cintakan harta. akibat dari dasar kapitalisme yang hanya mementingkan material. mereka menjadi materialistik.

mereka bersatu utk tegakkan khilafah dan syariah islam kembali di mukabumi ini. tetapi kita, masih menjadi penyokong tegar sistem demokrasi ini. kalian mahu islam kan sistem demokrasi ni? pasti tertegakkah islam selepas setiap kali pilihanraya? ambil ibrah dari wacana siyasah ini...kutiplah ilmu, tadahkan ia...mungkin ada yang kita tak tahu...di sebalik mahu mengislamkan sistem demokrasi ini....apakah cara/methodnya kalian pasti dgn cara yg benar? janganlah ambil dan mahu terapkan islam itu dgn cara sedikit2....masuklah islam secara keseluruhan terus.....apakah sistem demokrasi boleh merealisasikan penerapan islam secara kaffah?



Video streaming by Ustream

bukankah sistem demokrasi ini sangat terikat dgn perlembagaan persekutuan oleh lord reid? bukankah dgn 'memasuki' pilihanraya, kalian akan bersumpah tidak akan melanggar perlembagaan persekutuan ciptaan barat itu? jadi bagaimana itu? dasarnya saja sudah rapuh. bersumpah pada yang batil. lihatlah sendiri perkongsian ulangan forum ini. apa lagi yang mahu dikatakan? apa lg yang mahu ditegakkan? mahu jadikan sistem demokrasi ini sebagai alat utk tegakkan islam?

alatnya saja sudah pesong. salah. akarnya saja sudah rapuh. bagaimana mungkin penerapan hukum islam akan terlaksana? islam bukan sekadar hukum hudud, zina, mencuri saja, tetapi juga merangkumi seluruh aspek kehidupan....ekonomi (apakah boleh bebas riba melalui sistem demokrasi ini?) pendidikan (apakah boleh diberikan percuma?)


Video streaming by Ustream

satu negara saja. yang mahu terapkan hukum islam.

rasanya barat ketawa terbahak2..-__-

sebab itu kita perlukan sokongan dari negara2 umat islam yang lain utk bersatu tegakkan khilafah bersama.
bukan tegakkan islam di negara kita saja.

kita mahu kemenangan islam iaitu kemenangan islam menguasai dunia dgn penerapan islam secara kaffah bukan di satu negara saja, tetapi pd semua negara2 umat islam yang lain juga, bukankah kita ini adik beradik saudara mara dgn mereka yg berada di syria, iraq, afghanistan, pakistan, jordan, yaman, tunisia, britain dan lain2 banyaknya? bukan kemenangan parti kerana ia hanya terfokus kecil pada negara kita. itu tidak effect apapun pada kita, apatah lg pada barat. kalo menang sekalipun kita masih terpisah dari negara2 umat islam yang lain. itu kemenangan nasionalisma. apakah kita boleh membantu saudara2 seislam kita yg lain dgn kemenangan yg rapuh itu? bila2 masa boleh jatuh menjunam kembali dgn pelbagai strategi dan agenda barat yg penuh licik itu. ditambah pula alat utk meraih kemenangan kita, kita gunakan alat barat, ideologi mereka................ macam mana tu nak menang secara yg benar?

herm..

dah tgk video2 di atas?

jika belum, silakan tgk sampai abis...dan renung2kanlah kembali perjuangan utk terapkan islam kembali.......

Thursday, February 28, 2013

Kesedihan

bismillahirrahmanirrahim..


*sedih*

rindu kak izzah.....xtau kat mana dia skrg.....5 thn lost contact......sobsss...+___+
she's one of my colour in my life...

uhubbuki fillah abadan abada...
:'(

apabila mendengar kata2nya....membuatku bertambah cinta pd Allah...
meski dia hilang dlm sibuk menjalani kehidupannya...sebagai hamba pd pencipta, mu'allimah pd yg dahagakan ilmu...dan murobbiah pd yg dahagakan iman..namun, dia xpernah luput dari ingatanku...

ya Allah..rahmatilah dia, limpahilah dia dgn rahmat dan kasih sayang-Mu yg tidak terhingga luasnya..peliharalah dia dan berkatilah umur,amal dan hidupnya...jadikanlah kami mencintai orang yg beriman dan orang beriman mencintai kami....golongkanlah kami dalam golongan hamba2Mu yg beriman dan mendapat tempat serta rahmat di sisi-Mu...aameen...

aku dah lupa nama penuh dia,
aku dah hilang contact number n e-mel dia,
perkenalan dgnnya sgt singkat..
tp kesannya
sgt lama..
berkenalan di friendster,
bersua muka pertama kali di dalam sebuah program dari ajakannya,
kami mempunyai minat yg sama,
Geografi.

:)

hutan,
apabila melihat rimbunan pepohon,
daun-daun jatuh berguguran,
renungilah ia,
setiap helai daun yang gugur,
Allah Maha Tahu,
kita di situ,
bukankah Allah Maha Mengetahui?
bukankah Allah itu sgt dekat dgn kita?

meski keseorangan,
Allah itu sentiasa bersama makhluk-makhluk dan hamba-hambaNya....
Allah sentiasa ada,
sentiasa ada,
bersama kita...:')

Tuesday, February 26, 2013

Kg.

bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang...

Assalamu'alaykum semuaa..:)

sedar tak sedar nak abis bulan feb dah...lg bape ari je...then masuk bln mac plak...huh,bulan sejarah la bg femly aku..hehe..in shaa Allah...takut plak...haihh,mcm aku plak nk kwin yer..haha..padahal kenduri kawin kakak aku je..nnt..takut sbb banyak keje  nnt takut xsempat..hewhew.

kelmarin balik kt umah nenek sedara aku, kt rawang...waah..heavennya rasa...sbb kat umah beliau xde tv, xde internet, seb baik api ngn air ade..hoho..pastu ade ayammmmm...yeayyy..haha..skanyaa. tua dah ayam tu...huhu..bln 5 nnt genap la setahun....tp xtau la sempat ke idak setahunnye..hehe..drpd 30 ekor,,skrg tggal 7 ekor je...huhu...aku rsa lebih 300 dah kot telurnya kitaorg makan..alhamdulillah...hee..sbb ayam tu xleh eram telur dia...dia g pijak plak telur dia..so,drpd dia men pijak2 *tanpa sengaja kot* telur dia baik amek wat masak gulai...huhu..teringin gak nk tgk anak2 dia...menetas dr telur tu...tp..herm..*hampa*..mgkin xde rezeki kot.

makanan apa2 je yg mana xabis..mesti bawak bg kat ayam2 tu..smpai gemuk dia jadinya..hehe

gemuk kannn...:P

ok,gambar atas tu gmbr lame..hehe..masa ni xla tua sgt lagi..tp siyes laa...ayam ni memangg sedap sgt daging dia..telur dia pun sedap je...mmg beza la ngn telur2 yg org jual kt kedai tu.

letak je la pape....kuih ke,nasi,mee goreng ke, sayur ke,capati ke,ikan ke,buah ke,apa2 je la...makanan yg basi or xelok atau lelebih..(yg xelok da nk bg kt org)  bg je kat ayam2 ni...mmg dorg bantai abesss...licin woo. hoho..sbb tu jd sehat cmni..:P

mmg best duk kampung...tenang je..walaupun xde tv, xde internet, dgr radio je..radio ikim..tp bahagia je rasa. :)

keliling rumah penuh ngn pokok2..belakang umah, reban ayam...waoahh..heaavennyaa. ;D

ok,start awl mac nnt baru nak packing goodies.hehe..harap semua berjalan lancar..aamiinn.

balik kg. aritu pun juz membentuk kotak 4 goodies je..hee.banyak ooo..bawak buku pun,xsempat nk bace...igtkan lps siap sume kalo ade masa leh la bace..tp tgk2 esoknya..kakak aku suh balik da..haishh..smbg nnt plak.

kbai~

psss..cntik gak eh template baru as background ni..rupanyaa banyak lagi design lain..hehee..aku je yg salu kehilangan punca di mana ia beradaa.haha lps ni leh la men tukar background ehh..huahaha~ ok,tema kita biru yer...sbb aku rinduu...aku rindu nak berenang...smbil tgk awan...*badan terapung kt air smbil mata tengok langit yg tak bertiang ciptaan Ilahi* subhanallah..weeee...seronok tau berenang. jomm berenang ;D in shaa Allah ptg ni nk g berenang kt uia,gombak. ade kolam renang khas utk muslimah je.men are not allowed. dorg pun ade kolam renang sendiri.men only la...haha..bestnyaaa kolam renang utk pempuan2 je! :DD

Tuesday, February 19, 2013

Destinasi Cinta



Menyingkap tirai hati,
Mengintai keampunan,
Di halaman subur rahmatMu, Tuhan...
Tiap jejak nan bertapak,
Debu kejahilan,
Akan ku jirus dengan madu keimanan....

Tak ternilai airmata dengan permata,
Yang bisa memadamkan api neraka,
Andai benar mengalir dari nasuha nurani,
Tak kan berpaling pada palsu duniawi....

Destinasi cinta yang ku cari,
Sebenarnya terlalu hampir,
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...
Telah ku redah daerah cinta,
Yang lahir dari wadah yang alpa,
Tiada tenang ku temui,
Hanya kecewa menyelubungi....

Ku gelintar segenap maya,
Dambakan sebutir hakikat,
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat,
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu...

Namun, ranjaunya tidak akan sunyi,
Selagi denyut nadi belum berhenti,
Durjana syaitan kan cuba menodai,
Segumpal darah bersama hati...
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku...
Leraikan aku dari pautan nafsu,
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu,
Namun, masihku mengharap ampunanMu,
Wahai Tuhanku, Ya Allah.....

:'(

Saturday, February 16, 2013

Makan . Solat .

bismillahirrahmanirrahim..

Dgn Nama ALLAH yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

herm..kadang2..bila dtg satu ujian...kesedihan, kesakitan..baru kita sedar. tp bila ujian tu pergi jauh dari kita sket...kdang2 kita jd lalai balik. dah mula melupakan tujuan hidup kita sebenar..*mesti perkara ni selalu terjadi dlm hidup korang kan..

bila aku terfikir balik..mcm mana lah agaknya dgn kehidupan yang dilalui oleh saudara2 kita seislam di lain..mcm di gaza,palestin,syria,kemboja,afrika..dll negara2 miskin, mcm di somalia mengalami kebuluran,lapar yang terlampau..hidup sangat miskin...nak makan pun apa pun xde..sisa2 apa je yg tinggal..

sayu x rasa? ;(

kita kat sini *malaysia...punyalah banyak makanan...mcm syurga makanan pun ye gak..kdang2 terlalu mewah..kadang2 sampai membazir kalo xabes,buang mcm tu jee.sbb dah terlalu banyak dah kann..

bermacam3 jenis...

aku yakin,berpuluh2 ribu katering/resort/restoran kat malaysia ni....kebanyakannya makanan kalo xabes,,da kenyang sgt...amek lauk tapau pun xabes2...oleh sbb nk basuh tray n nk cepat balik dorang dgn rela hati atau paksa akan buang je mcm tu kt tong sampah makanan2 lazat tu. malas dahh nk fikir nk bagi kat jiran2 area dekat kwsn perumahan tuu..malas dahh nak tapau banyak2 agih2...malas dahh..nk mengantor p bagi kt rumah anak yatim/jiran tetangga...dek sebab nak cepat..n mybe penat.*aih..da mkn bnyk..mesti ade tenaga banyakk.. hewhew ;P

herm...apalah payahnya g hantar kejap..drpdnya membuang mcm tu aje..baeklah susah payah kejap g sedekah kt orang2 yg memerlukan...xlogiklah kann..tmpt tu tgh hutan berpuluh2 kilometer nk g ngantor nye...dekat je pun...klo tmpt tu tepi hutan....cnfirm,ade penduduk2 kt situ jgak...sbb xkan lah dia nk bukak restoran kat hutan belantara..tmpt xde orang langsung kann...

bila mengenangkan balik ade orang yang xde langsung makanan sampai jejas kesihatan dia...menahan kelaparan yg sangat....tak bersyukurkah kita dgn apa yg ALLAH bg pd kita skrg ni? makanlah sekadarnya utk menegakkan tulang kita utk beribadah. makan utk hidup, hidup utk beribadah. :) *apa2 yg diniatkan kerana ALLAH dan mengikut syariat dikira ibadah di sisi ALLAH..

"Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah sehingga mengabaikan ibadat asas seperti solat kerana ia menghilangkan keberkatan rezeki."  -Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

[29.45] Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat.  Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain).  Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

ini manusia. sama seperti kita. bezanya cuma rezekiNya ALLAH bataskan. 

bersyukurlah kepada ALLAH...janganlah selalu memandang ke atas...pandanglah ke bawah...agar kamu tidak memperlecehkan nikmat yg ALLAH bg pdmu..renungilah kehidupan saudara2 seislam kita..hidup mereka penuh kekurangan...tp mereka tidak alpa utk tetap menunaikan kewajipan pd yg Maha Kuasa...

tetaplah kuat utk mendirikan solat...tanda kesyukuran kita yg Maha Esa...tanda kerendahan hati kita sebagai hamba pd Pencipta...


[29.1] Alif laam miim.

[29.2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

[29.3] Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 

[29.4] Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari (azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.

[29.5] Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[29.6] Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.  

[29.7] Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.
[Surah Al-'Ankabut : 1-7]



# hanya ikan yang mati akan 'follow the flow' (mengikut arus kemodenan terkini tanpa mempedulikan batas syariaat agama yg benar) , ikan yg hidup akan lawan arus ! jom jd ikan hidup ;D

Friday, February 15, 2013

Hari ni . Esok

bismillahirrahmanirrahim...

Dgn nama ALLAH yg Maha Pengasih dan lg Maha Penyayang...

Ya ALLAH..beratkan lah timbangan amal kebaikanku dan ringankan lah timbangan amal keburukanku di timbangan al-mizanMu pd hari kiamat kelak..

bahagiakanlah kami (ibubapaku,keluargaku,guru2 yg mendidikku,sahabat2ku dan kaum muslimin muslimat) di dunia dan di akhirat....aaaminnn.

Antara tanda doa dimakbulkan ALLAH ialah apabila kita mula berusaha- Ustaz Zahazan

ermm..berusaha apa??
  • berusaha mendekatkan diri dgn ALLAH :)
  • berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik..in shaa ALLAH..
bila cemburu, bila rindu, bila sedih kehilangan sesuatu, ucaplah " Ma Fi Qalbi Ghairullah" yg bermaksud Tiada di hatiku melainkan ALLAH...kerana Dia lah pencipta langit dan bumi serta segala isinya...Dia Maha Tahu apa yg terbaik buat kita kann...

# hari ini masih boleh mengubah apa yg akan terjadi pada hari esok, tetapi esok sudah tidak boleh mengubah apa yg berlaku pada hari ini. 

*senyumm tigaaa* :3 :D

Friday, February 8, 2013

Pilih Iman atau Hawa Nafsu?

bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang.. 

Assalamu'alaykum warahmatullah wbt.

Apa khabar semuaa? semoga sihat2 selalu dan berada di bawah lindungan rahmat kasih sayang ALLAH..

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Syurga dipagari dgn kesusahan, manakala neraka dipagari oleh keseronokan."

(Riwayat al-Bukhari)

Syurga >> iman>> susah >> patuh pada perintah ALLAH >> menjaga ibadah wajib, memperbanyak amalan sunat >> jaga hati (akhlak dgn ALLAH, manusia dan makhluk2Nya)  

Neraka >> hawa nafsu >> senang lenang melanggar suruhan dan larangan ALLAH >> keseronokan tanpa batas (hedonisme) >> tak jaga hati (buat maksiat, menganiaya manusia dan makhluk2Nya)

take note ;

  • sibukkanlah diri dgn ibadah (niat kerana ALLAH) sehingga tidak punya masa atau letih utk melakukan maksiat/dosa.
  • bermujahadah ertinya "berperang" dgn diri sendiri utk tinggalkan apa yg sgt disukai oleh hawa nafsu.
  • hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan semata2, ia sangat benci pada kebaikan, peringatan dan ketaatan.

# Jangan kecewa dan putus asa dlm berperang dgn hawa nafsu. ALLAH sentiasa bersama2 dgn orang yg sabar. :) *bg semangat utk diri sendiri dan kamoo2*

Sunday, February 3, 2013

Pesta Buku @ PWTC

bismillahirrahmanirrahim.

Dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Assalamu'alaykum wrh wbt..

subhanallah...sgt terharu dan bersyukur rsanya...xsangka hari ni dpt jgk g pesta buku...setelah bertahun2 xpergi...dan hadiah plg bermakna hari ni bila dpt bertemu mata scara live dgn dr. farhan hadi dan isterinya ; ustazah fatimah syarha..plg mengharukan bila pasangan bahagia ni dua2 memandang tepat ke arahku smbil tersenyum manis :') masa tu xramai orang lg..hehe happy sgtt..sbb ni la 1st time jmpe mereka...^__^

time tu tgh promosi buku cinta high class...plan nk beli buku tu...tp fikir bajet..herm,last2 beli buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"..nipis je buku dia,tp.....sgt bermakna!! *nangis*

novel2 dia yg tebal2 blh khatam bce...tp buku nipis dia satu ni...masha ALLAH..

......

............

...............

 ...................

............................

:'(

aku perlu kembali....

kembali.......

kembali!!

doakan aku..sahabat.

cinta Allah xboleh dikongsi.

cinta Allah itulah kekal abadi.

*jatuh bangun balik smbil kesat air mata dan berjalan dgn gagah*

senyummmm :)

ALLAH sebaik2 pelindung, teman dan cinta.^_^
 

Tuesday, January 22, 2013

Faidah :)

bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillah..syukur...hari ni hari ke-2 dah aku cuti...dan esok cuti lagi...syukur....hehe

cuti ganti siap2 utk hari maulud dan thaipusam..hari ni..mmg cuti mggu aku..jd penyelia letak terus 3 hari direct..wahh..happynyaa....dan paling happy bila kita dpt buat perkara yg kita nk buat tanpa tangguh2 lagi...


syukur alhamdulillah...lepas main bdminton ngan adik ptg tu lps zhur aku jmpe kawan baik aku msa skolah dlu....nama dia faidah iszman...kitaorg kawan since darjah 2...:D

seronok sangat dpt jmpe dia,, :)

setelah sekian lama bertahun2...ermm,aku rsa lebih sepuluh tahun xkuar sama2....iskk2 :')

sangat bersyukur rasanya dpt jumpa dia lagi dgn denyutan nadi masih di tangan, jantung masih berdegup lagi..subhanallah..

seingat aku..masa darjah 2 dulu, faidah duduk belakang aku...masa tu aku dgn ain kot..duduk depan skali..

selalu datang awal g sekolah..dgn semangat gla..smata2 nk cop kerusi plastik..! hahaha..masa tu meja,kerusi sume kayu...tp tersesat satu kerusi plastik ala2 mcm bos leh letak tangan masa duk relax2 tu yg wat berlumba2 nk masuk kelas dlu! hahaha klakar je igt balik ;D

bla naik darjah 3,4,5, dan 6 kitaorg xsama kelas dah...kelas bertukar dah.. tp bila aku masuk sekolah asrama dkt negeri sembilan slalu cntact via letter. hehe

 la ila ha ilallah muhammadur rasulullah - tiada tuhan selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH

n ari ni dia teman aku g popular kat slayang mall..nk beli 1 buku ni ; Untukmu Umat by ustz. dr zaharuddin tp xde...=( then kitaorg g taman2 syurga di rumah ckgu aku..alhamdulillah..=) rumah ckgu aku tu xjauh pun dari rumah dia..bila2 dia free dia blh dtg je..ke taman2 syurga yg tdapat di situ utk mengutip mutiara ilmu dan hikmah. insya ALLAH ^__^

# doa 1

" Ya ALLAH, terangilah pandanganku dgn Al-Qur'an. Dan dengannya lapangkanlah hatiku dan dapatlah kiranya daku beramal dengannya. Dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya dan teguhkanlah hatiku dengannya. Dan percepatkanlah kefahamanku dengannya dan teguhkanlah tujuanku dengannya, dengan sebab dayaMU dan kekuatanMU. Sesungguhnya tiada daya untukku melakukan taat dan tiada upaya untukku menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolonganMU, Ya ALLAH Tuhan yg Maha Pengasih bagi sekalian yg berkasih sayang. Ya ALLAH, aku menitipkan kepadaMU ilmu yg telah Engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika aku memerlukannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, Ya Tuhan semesta alam. "


# doa 2

" Ya ALLAH, ilhamilah aku dgn ilmu yg dpt menjadi alat untuk mengetahui semua suruhanMU. Dan dpt pula mengetahui semua laranganMU. Berikanlah kepadaku Ya ALLAH, kefahaman para Nabi. Dan kefasihan hafalan para Rasul. Dan cepatnya ilham para Malaikat Muqarrabin. Dan kurniakanlah kepadaku ya ALLAH dgn cahaya ilmu. Dan cepat menangkap kefahaman dan keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan Dan bukalah untukku semua pintu rahmatMU Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmahMU, Ya Tuhan semesta alam..."



Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 !!

Assalamu'alaykum wbt..

Alhamdulillah...bertemu kembali kita dlm ruangan blog ru da ini..haha syukur,alhamdulillah..bagi yg masih dpt menatap membaca, menyedut udara/oksigen dan menghembusnya kembali menjadi karbon dioksida di dunia ini....semuanya atas dgn rahmat dan kasih sayang-Nya kpd kita...agar kita bersyukur dan menjadi hamba-Nya yg taat...insya ALLAH..meski jatuh tersungkur, meski lelah dlm perjalanan masa, penat, sendu, letih teramat, sedih, gembira, suka, tawa, tenang, bahagia, derita, dan pelbagai lagi amukan emosi dalaman yg berlaku..tetap tenangkan lah jiwamu dgn mengingati-Nya..ALLAH SWT.

Insya ALLAH..semuanya akan baik2 saja...kenapa?

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka ialah kebaikan. Dlm keadaan ini tidak ada melainkan kepada org yg beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur,maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia akan bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." 

-HR Muslim-

#setiap perkara yg dtg dlm hidup kita sama ada bahagia atau derita, kedua2nya adalah baik. apabila perkara itu adalah nikmat -kesihatan, rezeki, perasaan bahagia, tenang, suka itu adalah ujian utk menguji kita bersyukur atau tidak. begitu juga sebaliknya, ia adalah ujian utk melihat sama ada kita boleh bersabar atau tidak. kedua2 perkara ini ada hikmah dan kebaikannya pd kita...sooo, dun worry, be happy ya ! ^__^

selamat tahun baru 2013 !!


ok...xsangka dpt update blog.hehe....setelah berbulan lamaanyaaa xdpt bukak blog sndiri,xdpt update..akhirnya ALLAH beri aku rezeki utk masih dpt berkongsi rasa dll dkt blog ni lg di tahun yg baruuuu..huuhu..syukur,alhamdulillah ^^

Aritu aku tbaca satu kisah ni dlm buku solusi,aku baruu tahu kott psl satu perkara nii...ok,sape yg dah taw tu senyum2 je la ek..hehe..jom kita tgk apa pkara tu...:)

Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, baginda Nabi Muhammad s.a.w melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim bertanya:

"Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibrail?"

Jibrail menjawab: "Ini Muhammad."

Nabi Ibrahim lalu berkata : "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu utk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok2 di syurga? Nabi Ibrahim menjawab: "Ungkapkan kalimat 'La hawla wa la quwwata illa billah."

-Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban-

Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:

"Barang2 akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang2 ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli."

*termenung kejap*



*peringatan buat diriku dan kamu2 semuaaaa..jom tanam pokok banyak2!!

Thursday, October 4, 2012

Interview & kerja

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar ! ^^



bacaan doa ketika duduk antara 2 sujud...baca pelan2..jangan kalut2...peace ;)

syukur sebanyak2 kalimah hamdalah ; alhamdulillah atas nikmat rezeki kurniaanNya..

ari ni nk cite pasal interview..hehe

pertama2 kali aku interview keje masa mintak keje kt kedai dobi di bintulu. time tu baru je habis final exam - final year. MERDEKA! hehe...kawan2 semua duk kalut packing barang balik ke semenanjung. pulang ke kampung halaman tercinta setelah 3 thn belajar. tp, aku..masih merasa tenang di bumi bintulu.

masih merasa damai.

dan bahagia ^^

seronok da habis exam. seronok sbb da xde terikat dgn apa2 di universiti. masa tu fikir nk kerja je. cari duit utk tampung perbelanjaan pos barang melalui kapal kargo. hoho

lepas final exam tu sempat gak la keje beberapa kerja dkt bintulu b4 balik semenanjung, keje ; -



1 # dobi 2 minggu. hehe..dpt RM 250 xsilap..seronok ooo...bos bagi gaji lebih..lepas gak bayar pos beberapa kotak nota n baju ! heee :D *happy*

2 # pembantu penyelidik 4 hari di jabatan sains pertanian under dr. susilawati - wat pengiraan ketinggian pokok kat plot tanaman mitsubishi - total sume dpt RM100..happy lg..haha dpt la simpan sket utk mkn minum, minyak motor, sewa kolej..

3 # pembantu penyelidik 2 minggu- pelajar master - kumpul data ketumpatan tanah di hutan berbeza - ni keje last aku b4 balik limbang ; umah femly angkat. masa ni keje ngn lia talib.hehe..sronok...masuk hutan..dpt RM 300 kot..lepas dpt je gaji terus g pos balance kotak2 brg yg tinggal...SETEL sume...wuhuu..happynyaa....xsabar nak balik ^^ certain simpan utk bayar tiket bas ke limbang, makan minum dll.. kenangan sepanjang perjalanan mmg xkan dpt dilupakan ! seronok..........:)

** alhamdulillah..kerja smua jenis sempoi..pakai tshirt n seluar track je..hihi

balik semenanjung secara rasmi bersama semua barang2 - berpindah bilik - dari G107 di kolej sri rajang ke bilik ru ai & ru da di rumah no. 107 di selayang. hihi ^^

genap seminggu balik rumah, g interview dkt syarikat ERA MEWAH yg mpunyai 5 kumpulan Nur. (resort)

alhamdulillah setelah 2 minggu selepas tu, dapat tawaran kerja di bawah anak syarikat era mewah -
Nur Lembah Pangsun Sdn. Bhd. di hulu langat :D

bestt sgt.

housemate semua pelajar praktikal - dari uitm & politeknik.

then bila dorg da habis tempoh, tinggal lah aku sorg. pelajar2 praktikal yg masuk selepas tu, semua lelaki. 5 org. huu...sobss. duk sebulan sengsorang dlm rumah sewa tu sebulan pastu kuar. - berhenti -



tp xlama selepas aku keluar je dari rumah sewa - hulu langat - batu 18 tu- selang beberapa hari selepas tu - banjir sgt teruk dtg menimpa - kawasan rumah sewa aku, dgrnya air masuk smpai takat lutut.- perghh. aku xdpt bayangkan kalo banjir dtg menerpa saat aku keseorangan di rumah sewa tu...sobss2..syukur alhamdulillah. Allah sebaik2 pelindung.

selepas berhenti kerja di nur , aku kerja ;-

# part time di kedai kek sweetly, selayang

# taska di hospital selayang

# tadika naluri kasih di taman jasa

kemudian dapat tawaran kerja di leong hup (gps) farm di melaka, gaji pun blh tahan tinggi, ada elaun rumah - kerja pen. pgwai veterinar -mmg jauhh lari dari bidang aku - tunggu lapor diri je - tp...setelah buat solat istikharah dan minta pendapat keluarga - ramai xgalakkan pergi - sobss..+ dpt mimpi xbest..terus aku cari kerja di zoo negara. alhamdulillah dpt keje ;

# part time di zoo negara

masa tu mintak keje part time je sbb kalo keje tetap kena kontrak 1-3 tahun. so, aku tangguhkan dulu sbb hati berbelah bahagi xtau nk smbg deg atau x lg..

then xlama lps tu dpt interview spa ; pen. pemelihara hutan

bila dah g interview tu....hati aku mcm kuat nk kerja je. tp xharap dpt kerja tu sbb tau xlayak dan berat tanggungjawabnya. huhu

decide xnk smbg blaja . + tertanya2 kputusan interview spa. dpt tawaran kembara di australia.


tolong acu n paksu packing barang utk pos kapal. sgtt banyak. lebih banyak dari kotak2 barang kt bilik kolej aku dulu tu semestinya. haha sempat

# training kerja di kedai kebab fremantle, WA . diajar cara2 wat kebab, cara menggoreng, cara bermacam2 cara. gaji - dpt kebab . mahal ouh kalo beli. plg murah pun $ 10 = RM 30. alhamdulillah..pengalaman kerja 4 jam ! haha. kerja di waktu kemuncak - ramai org. if dpt kerja sana blh kata kerja part time je lah kalo lulus training tu.hihi

hasil interview spa; dukacita anda.....bla bla bla..tp masa baca tu serius xdukacita pun, sukacita adalah.haha

ttba dpt tawaran kerja tetap di zoo negara. alhamdulillah..syukur..:)

dah training seminggu awal dari tarikh masuk kerja ; 1 oct 2012 - sgt simple lah keje dia. hehehe

seronokkk. kenal kenalan bersama2 staff di zoo negara. :)


***

semoga kerja, umur, hidup, rezeki, dan amalan kita semua diberkati oleh Allah SWT. aminn ya rabbal'alameen.

ya Allah yg Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki, Murahkan lah rezeki kami, Berkati  lah rezeki kami, Jadikanlah kami hamba2 Mu yg selalu MengingatiMu selalu, Memperelok Amal kami pd Mu dan hamba yg selalu Bersyukur kpd Mu........aminnn.

Monday, September 3, 2012

Sombong

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud. Rasulullah s.a.w pernah bersabda , " Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Seorang hamba Allah bertanya , "Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?" Rasulullah s.a.w menjawab , "Allah itu Maha Cantik dan mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek, menolak kebenaran dan merendahkan orang lain."

(Riwayat al-Bukhari)

Sunday, September 2, 2012

Doa Seharian # 1

bangun tido ;



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali. "


ketika memakai pakaian ;



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".


keluar rumah ;




Maksudnya:

" Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Nya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"

masuk rumah ;



Maksudnya :

" Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal. "

Saturday, August 25, 2012

Keputusan

Assalamu'alaykum dunia blog.. ! :)

seminggu sudah raya. alhamdulillah. banyak gak dpt duit raya. haihh. malunya sy...haha xpela keje pun xtetap lg...huhu sesapa yg sudi bg duit raya kt sy tu trimass banyak2.hehe..smga rezeki kalian dimurahkan dan dibalas berlipat ganda lg dr ALLAH...kerana harta tidak akan berkurangan dek kerana sedekah ! :)) *hanya mampu bg duit raya kt adik je...thn depan...ada rezeki, insyaAllah ^^

bulan ramadhan lepas adalah bulan yg sgt bermakna bg aku. sangat2. sebab..
  • dapat berpuasa dan berbuka sepenuhnya dgn keluarga dan certain days wif my close friend.
  • dapat bertarawih. dapat g masjid. dapat iktikaf walaupun sekejap. 
  • dapat jmpa ustaz hasrizal setelah sekian lamanya xjmpa! hehe
  • dapat g petrosains,klcc! 
  • bulan kekeliruan. antara sambung belajar or x,
  • bulan interview spa. 
dan banyak lg lah..haha

dlm bulan tu jgak aku call pihak u,tanya mcm2 pkara yg nak diselesaikan. antaranya psl penangguhan belajar. agak sedih jawapan dorg. bdak2 sakit dengan ada surat doktor je boleh diluluskan penangguhan belajar dorg. yang len xleh..huwuwu...frust3..=(

nak xnak...mmg aku amek keputusan utk tidak sambung belajar. sobsss. walaupun medical check up sume da siap...tinggal nk tuntut hadiah anak negeri selangor dpt masuk u, RM1000 tu je lom setel... ntah la. selepas istikharah dan mintak ptunjuk Allah sepanjang bulan ramadhan lalu..ini yg aku rasa kuat. terus kerja. dan xsmbung belajar lagi.

i dont know y....but...dat is my strong feeling..

sebelum tu rasa excited jgak bila tau dpt sambung. mesti dpt jmpa kawan2 baru. yang tak pernah aku jmpe lg. sgt seronok rasanya. tp ntah la. perasaan tu xkuat. yup, this my way. my decision. my choice. risikonya pun aku yg tanggung. hala tuju nya pun aku yg galas. and i hope this is the best. :) aminn. insyaAllah ^^

doakan saya !!

nk g mengembara di bumi ALLAH ni..

interview spa? interview??

next entry lahh.

kbai.

Tuesday, August 21, 2012

Shopping Raya :P

Assalamu'alaykum wbt semua..

raya tahun ni, aku bajet RM50 je utk beli sepasang baju raya. tudung,kasut or watever lain mmg xmasuk dlm list lah.haha..yg len guna yg lama je.

semangat pergi KENANGA..tempat shopping murah yang diwar2kan oleh sok kbar dan adik aku..pergi sana..herm,siyes xjmpe yg berkenan + baju2 kt situ smua mahal2..pergi naik kereta, jalan sesak mmg agak adventure lah..haha, smpai g masuk jalan org...ada jalan tutup lah, siyes, kereta pun dah bersimpang siur.ntah ke mana dorg nak pergi pun aku xtau..hehe..yg aku tau..main place to go wktu tu is kenanga..rupanya tmpt tu dkt area penjara pudu lama..so, bila dah smpai tu agak excited lah kan.hehe..++ atok upin ipin and ayam atok yg smbut kitaorg dtg..hehe..ska3..

ok,pergi sana dlm 3 org je. adik aku, aku ngn kwan adik aku ; munirah :)

tp,setelah round 1 kenanga..tu last2 aku yg membeli nya. beli pun sbb jumpe dress satu ni.siyess 4 me, sweet gler.hehe..harga pun bpatutan lah..tp tu bkn utk baju raya k, mybe baju tu sesuai kalo nk g dinner apa2 kot.haha..yg gah2 agaknya..hahaaha..ntah bile nk pakai.. -___-  tp beli je lah kan..sbb bkn snang nk jmpe yg aku SUKA. hahaha

ok,penat bjalan sini sana..adik aku ngn kwan dia xbeli pape pun..syok tgk..try..tp bila decide nk beli or x, xjd beli pun. herm..dorg pun jmpe dress je.baju raya siyes xde yg bkenan kt ctu.

nk jd kan citer, bila esok tu nak raya...kami adik bradik ni g lah jenjalan kt jalan masjid india, jalan tar bagai...akhirnya kt situ lah jmpe bju yg aku ska. mmg kna lah bajet aku.da dpt, mmg xpndang lainn dah! hahaha! alhamdulillah, jmpa akhirnya. xlama lepas jmpe tu..ttba senggugut mcm nk giler dtg..huwuwu..+__+ rasa nk balik cepat je. smpai menangis gak aku dibuatnya. sedih tp bahagia sbb da dpt baju raya. hik2. 1 cukup lah. xpayah bebanyak. 1 tu pun je dah ckup utk merayakan aidilfitri tahun ni bsama keluarga tsayang :)

syukur.alhamdulillah..^^

wah..meriah la..keluarga upin ipin beraya dlm bangunan KENANGA.hikhik :P

atok..dan ayam..hehe comey3..ayam nya lg besar dri sangkar nk tgkp ayam.haha