Wednesday, July 31, 2013

Err..

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 

Saff

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 (: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



jujur & ikhlas ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Ingat Allah Ingat Mati

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Democracy Vs Khilafah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

zikir fikir

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

:)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Khilafah !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Saturday, June 22, 2013

setiap hari

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

"setiap hari mungkin tidak berakhir dengan baik, tetapi pasti ada kebaikan yang tersembunyi dalam setiap hari."


yup, i admit it..setiap hari kita pasti mengharap kebaikan dalam apa jua yang kita lakukan setiap saat, minit dan jam....

kadang-kadang bila perkara yang kita mahukan itu tidak berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan....mengapa perlu bersedih? bukankah dari situ Allah beri banyakk pengajaran dan pembelajaran pada waktu sukar itu?

yaa...alhamdulillah3....aku bersyukur....

kerana ilmu Allah itu sangatt luas.....

dan aku bersyukur kerana diberi ruang, peluang dan rezeki untuk terus belajar..dan belajar..... :)

Friday, May 31, 2013

leader vs boss

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


my boss is a leader not a boss..hehe

suka3..alhamdulillah........

banyak yang aku pelajari dari dia...

moga Allah membalas jasa dan kebaikannya dgn sebaik2 dan sebanyak2 kebaikan dari Nya...aminn..

cuti 11 hari !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

herm...ari ni...ari yang menyebakkan...huhu...sedih...sedih sbb nak berpisah 11 hari dari kerja! yeayyyyyyyyyyyyy~~~~~ hahaha

sobss..*hatiku menangis* sebak tol lah..huhu suka dpt cuti..tp sedih sbb tak dapat tolong2 bos selama cuti nanti..huwuu..rinduu dgn kerja yang banyakk dan bertimbun mcm sebelum nih! hehe..suka sangat keje situ..banyak yg aku belajar secara langsung dan tak langsung... mashaa Allah..bos aku sorg yg sangat menjaga kebajikan, solat, aurat para pekerja2 dan ahli2 keluarganya..bersyukur sesangat direzekikan keje dkt situ...alhamdulillah3...

aku rasa berbaloi2 dgn usaha dan gaji yg aku dapat! hehe..moga2 beroleh barokah...means.. keberkatan rezeki....aminn... :)

jun, holidayy time! weeeeeeeeeeee.... :D

1,2,3 >>> johor

4>>> kuala lumpur

5,6,7,8,9,10,11 >>> brunei

inshaa Allah...... :)

moga lancar segala perjalanan dan urusan...aminn...

sahabatku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Alhamdulillah. sedar tak sedar nak masuk bulan jun dah...huhu...mcm2 kenangan bulan mei ni..mashaa Allah...syukur alhamdulillah, sahabat baik aku dunia akhirat inshaa Allah..., siti majidah ramli dah bertemu jodoh dgn pasangan dia....so sweet...dgn orang sarawak..hehe kamek kitak..

 doa untuk pengantin baru ;)

papepun, majidah..tahniah...dah jd isteri orang...semoga jd isteri yg solehah dan bahagia dunia akhirat... :)

Tuesday, May 28, 2013

9 jenis syaitan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 (: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat sembilan jenis anak syaitan yang mesti kita berwaspada agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Berikut adalah jenis anak syaitan tersebut:

1) DAASIM

 herm..cik doremon, nanti nak masuk rumah ke bilik ke atau msj orang, bg salam dulu tauuu... :)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

2) WATHIIN

 jangan sedih2...Allah Maha Tahu apa yg terbaik buat dirmu...chill dear... ;)

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3) MURRAH
jangan la nyanyi atau main muzik smpai lalai...utamakan perkara terpenting :) kadang2 xpela..hihi

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour.

4) WALAHAAN

 Focus, Allah is watching you ! *gulp
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yang lain.

5) HAFFAF

 kalo nak bermaksiat boleh la geng ngn setan ni.... *tidakkkkkkk !

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).

6) MASUUD

 behave urself *lari jauh-jauh

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7) LAKHUUS

 jangan sembah api, nanti api makan kamoo !  xP

Merupakan sahabat dan orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

8) ZALITUUN

 ehh..mane list barang aku?? *cari-cari, xjumpe..buat balik..;P

Duduk di pasar, kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

9) A'AWAN
harta xleh bawak masuk kubur ! >.<

Menghasut sultan, raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'.

Thursday, May 9, 2013

tukar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

ok, bila da tukar b/ground blog ni aku rasa lain...

huhu..melihat dunia/bumi dari luar...keseluruhan.....

terasa saaaaaaangat kerdil.....Xnmpk manusia dah...manusia lebih kecil dari kuman.....

sungguh Allah tu Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Tuhan seluruh alam......

mashaa Allah..

takutnyaaa.....:'(

kadang2 bila aku rasa malas atau bertangguh nak solat, tutup aurat dgn sempurna, buat kebaikan dll......tiba2, hati aku berbisik.......

"hidayah....bumi ni milik Allah....kalau kau rasa malas nak buat apa yg Allah suruh, silalah cari/tinggal tempat lain yg bukan milik Allah....."

teruss tersentakk!

astagfirullahal'azim......

kenapa aku melebihkan kemahuan aku sendiri tanpa memikirkan kepunyaan bumi/dunia ni milik Allah semuanya......apakah aku boleh menetapkan sendiri tarikh aku mati?

masa sentiasa berjalan...dan terus berlari tanpa kita sedar.....

seiring masa yang makin jauh meninggalkan masa lalu, seiring itu jugalah...maut semakin menghampiri kita....

semakin kita tua, semakin dekatlah ajal maut kita.......

subhanallah....Maha Suci Allah yang telah menjadikan alam semesta serta segala isinya...... peliharalah kami seksa kubur dan seksa api neraka......tempatkanlah kami dalam golongan orang yang Kau berikan nikmat kebahagiaan di dunia dan akhirat.....bukan di dalam golongan orang2 yang sesat dan Kau murkai.....aminn ya rabbal'alaminn..

Tuesday, April 30, 2013

bekalan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

herm, kelakarlah isteri boss aku ni......hehe
sbb time aku nak balik je..abis waktu ofis...mesti ada jee benda/makanan yg dia nak bg....
huhu..pemurahnya Allah........alhamdulillah..

subhanallah.....yg kelakarnya bila dia da bg satu bungkus nasi lemak yg banyakk..lpstu dia cari2 lagi apa lagi nak bg kat aku....buah anggur, kentang goreng dia amek...lepastu dia letak lagi coklat2 tambahan dalam beg plastik tu..........lpstu, dia tercari2 lagi apa lagi nak bg kat aku....ya Allah...makcik...sudah2lah.....smpai aku rasa makanan apa yg ada dpn dia sume dia nk bg pd aku,,,hahaha...sbo je lahh.

ya Allah....tuhan yang maha pemberi rezeki...murahkanlah rezeki keluarga boss aku ini..berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kpd mereka.....berkatilah umur dan kehidupan mereka..........dan tempatkanlah mereka dalam golongan orang2 yang beriman dan mendapat cintaMu...

ari2 kot...mcm tu..........

mashaa Allah...sudahlah bg aku kerja skali dgn pakej makan yg lengkap lpstu bagi lagi bekalan yang nak dibawa balik.........alhamdulillah.....segala puji-pujian hanya bagi Allah..........moga Allah membalas kebaikan mereka dgn sebanyak2 dan sebaik2 kebaikan dariNya....jazakumullah khairan kathiraa! ^_^

hehe happynya aku........sejak2 aku terkejut berat aku naik tu.......akhir bulan ni...berat aku yg naik 1kg je tu...turun 3kg teruss...perghhh.....hahaha..apa je aku buat? makan tetap makan jgk....cuma mgkin kurangkan sikit kot.......pastu wat keje banyakk...haha..yeayy!

mgkin sbb lepas ternampak kata2 hikmah satu ni...

rasulullah makan sikit-sikit...
tp kita...sikit2 makan.......

herm..muhasabah diri terusss. xP

sifat maha pemurah Allah......memang utk semua makhlukNya...........tak kira sama ada dia berada di darat,laut, angin...beriman atau tidak....tp sifat maha penyayang Allah hanya utk orang yang beriman.....

hermm, terasa sgt dgn sifat maha pemurah Allah.....tp nak jgak jd orang yang disayangi Allah...........ya Allah tuhan yang maha memberi rahmat dan petunjuk, tunjukkanku jalan ke arah mendapat redha dan cintaMu.....

ibu muda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

aku xpernah tgk org mengandung 7bulan nk masuk 8bulan berlari2......

perghh...mmg agak terkesima la jgak aku dibuatnye bile tgk dia lari2 smbil melompat dgn riang..........

wooaa......terkejutnya! :O

sgt happy...sbb dia nak buat kek harijadi utk suami dia nnt.....wahh..bahagianya dia...baby dalam kandungan tu pun mesti happy bila dpt rasa mak dia happy....herm,sukanya dia....:)

dia seorang ibu muda...

sangat muda..

dan aku sgt bahagia melihat kebahagiaannya...

sgt bahagia melihat ketenangan dan kesopanannya...

sgt bahagia melihat ketabahan dan kesabarannya...

sgt cemburu melihat kekuatan iman dan jiwanya...

subhanallah.....T__T

Daulah islam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

daulah islam?

apa maksud daulah islam?

Daulah islam atau Darul islam bermaksud suatu wilayah (negara) yang menetapkan syariat islam secar total dalam segala aspek kehidupan dan yang keamanannya berada di tangan kaum muslim.

herm,, cuba lihat negara2 umat islam skrg, keamanan nya berada di tangan siapa ya...?

sedar atau tidak...

keamanan negara umat2 islam atau bukan islam berada di tangan amerika.

bukankah dia yg memegang kuasa besar dunia skrg?

di sebalik sistem yang diterapkan di negara2 yang dijajahnya...dia lah dalang di sebalik kuasa tersebut.

kuasa utk menyekat penyatuan ummah.

dgn menanamkan kuat semangat cinta pada negara.

melebihi dari cinta dan sayang pada saudara sesama agama.

saudara sesama agama, yang berbilang bangsa, negara, bahasa sering disisih..dipinggirkan....malah, dgn pemikiran penjajah yang dah tertanam kuat dalam pemikiran kita ni.........membuatkan kita memandang orang indonesia/bangla/filipina (islam) dll yang berada dalam negara kita ni adalah golongan bawahan atau kelas kedua...

astagfirullahal'azim...

sedangkan jika kita mempunyai pemikiran dan aqidah islam yang benar....kita akan memandang dan mementingkan dia sebagai saudara seislam lebih dari melihat pada negara, bangsa, warna kulit mahupun bahasa dia... kita tak akan memandang dia dgn pandangan 'nasionalisma'.

kerana orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.

Allah tak melihat atau memandang 'bangsa' sebagai ukuran kemuliaan seseorang di sisiNya.

taqwa. itulah piawaian yang Allah gunakan.

mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang takut kpd Allah dan sentiasa mengharap rahmat dan ampunan dariNya....aminn ya rabbal'alamiinn.. ^_^

tiada siapa yang sempurna

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hermm, kadang2 bila kita terlalu kagum dgn seseorang tu, kita akan terima apaa sahaja kata dia.....smpai w/pun ade perkara yg tidak betul pun....kita iyakan dek kerana kagum sgt pd dia.....walhal sebenarnya, takde sape pun kat dunia ni yang sempurna....

nabi adam sendiri ada wat salah...sehingga dikeluarkan dari syurga...

nabi muhammad sendiri ada wat silap...sehingga Allah menegur dalam wahyuNya..cnth surah ke-80..

inikan pula kita manusia biasa...tambah lagi akhir zaman....

jika kita berada di dalam daulah islam, seorang khalifah/ketua ummat islam tu sendiri ada sebuah badan yang akan menegurnya...iaitu majlis ummat. sebarang ketidakadilan atau kepesongan (lari dari al-qur'an dan as-sunnah) yang dilakukan oleh seseorang khalifah akan disampaikan melalui majlis ummat.

majlis ummat dalam daulah islam akan beritahu kpada khalifah...

dan jika benar seorang khalifah tu memang benar salah, siapa yang akan menghukumnya?

badan yang akan menghukumnya adalah mahkamah mazallim.

mahkamah mazallim ini berhak utk melucutkan jawatan khalifah dan pegawai2 lain...seperti pembantu khalifah dlm pemerintahan (mu'awwin at-tafwidh), pembantu khalifah dlm pentadbiran (mu'awwin at-tanfiz) dan wali atau al-wulat iaitu wakil setiap negara dari daulah.

ni menunjukkan....w/pun khalifah sendiri iaitu ketua pemimpin ummat islam, jika beliau membuat kesalahan, ia tetap akan dihukum.

jd, melihat pada raya 5thn sekali yang akan dtg ni...........dgn penerapan sistem warisan penjajah kufur ni......begitu ramai yang berbondong2 utk memilih dan menyokong pemimpin mereka.....mereka melihat, sangat perlu utk menukar pemimpin. tp mereka tidak melihat keperluan utk menukar sistem pemerintahan yg ada skrg........

memilih pemerintah yang lebih baik memang bagus...pemerintah islamik...........tp dgn sistem yg kufur dan masih tetap bekerjasama dgn musuh2 islam............demi kedaulatan dan kesejahteraan negara sendiri...........itu tetap tak akan bawa kita kepada kehidupan yang lebih baik...malah masih tetap dalam kehidupan yang sempit apabila kita mengambil islam sikit2.....separuh2....apabila kita tidak mengambil islam sebagai cara hidup yang sempurna......kaffah...keseluruhan...syumul....kita tetap tidak akan dapat lari dari kehidupan dunia yang sempit ini dek kerana melalaikan apa yang Allah perintahkan.... renungan surah taha :124.

"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

na'uzubillah.

tiada manusia yang sempurna.
setiap manusia pasti membuat salah dan silap.
kerana manusia bertindak mengikut kefahamannya...
andai akal itu mengikut piawaian iman (taat pada perintah Allah dan rasulNya),
maka itu adalah akal yang cemerlang.

renungan surah ali 'imran :31-32

ikutlah rasulullah jika mencintai Allah. ^_^

wallahua'lam.

Sunday, April 28, 2013

tua setahun


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

msa liqo' td..ade sorg sis tu tnya umur aku berapa...then, dgn confident nye aku jwab..."24 :)"

erkk..sejak bilaa aku tua setahun ni...haha sbo je lahh... ;D itulah padahnye bile asek berkawan dgn org2 tua je...diri pun terasa tua...hahaha aku pun konfius dah..eh, 24 ke 23 aku ni? >.<

Saturday, April 27, 2013

Persekitaran baru :)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hehe, lamenye lamenye xtgk blog sndiri..haha..padahal kalo ikutkan ari2 aku nak update...mcm2 citerr woo..besttt sgt..hehehe..syukur alhamdulillah...Maha Suci Allah yang memberiku rezeki tanpa disangka2...:) subhanallah..

hermm, ari ni..laptop kt ofis aku tu asek mood 'sleep' je...dek banyaknye keje aku nak kena wat..haha..on tekan2 keyboard pun bile nak check e-mel, balas e-mel, antar e-mel, buat quotation n buat kertas keje apa2 la yg berkaitan.. so, bile xde keje berkaitan sume2 tu...laptop ofis tu 'sleep' la...aku yang xleh nak duk diam ngadap dia daa..haha

rasa happyyyyyy sgtt bile dapat tempat keje yang aku idam2kan selama ni.............tempat keje yg leh pakai jilbab! subhanallah.......bile hati aku terdetik dan tekad........Allah mudahkan segalanya.........pg aku post kt fb nak tmpt keje pakai jilbab.........ptgnye plak terus dapatt!! subhanallah.....interview keje tu pun sangat simple, simpoi gla la.hehe..

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.....

bos aku tu seorang yang sangat mementingkan solat dan aurat.

jd, xkesah la kalo aku g keje pakai jilbab/jubah..hehe..seronok sgt. femly dia pun sume pakai jubah (kadang2 pakai baju kurung, jubah seluar) tudung labuh, berhand sock sume...pertama2 kali aku tgk femly bos aku ni, ya Allah..........rasa terharu sgt...huhu.. blh kata setiap ari tanya, da solat belum? da makan belum? makan pun dia bagi, sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang (kalo aku balik lewat)..ada sekali tu balik lmbat pkul 8 lebih...dia siap nk bg mkn malam lagi...ya Allah..................rezeki melimpah ruah tol..aku smpai xlarat da nk makan dibuatnya...

siyesss la, aku xpenah kott dpt tmpt keje siap bg makan 4x sehari cmni...subhanallah.. xpenah terfikir kot aku dpt tmpt keje yg 'osem' cmni.....huhu ley tembamm aku cmni..

nk dkat sbulan da keje kt sini...........mcm2 aku belajar...mcm2 aku diberi...moga Allah membalas kebaikan kalian dgn sebaik2 kebaikan dan rahmat dariNya.... :)

mmg agakk laa, berat aku bertambah kot!! huwaa..xpenah berat smpai cmtuu!! terkejut sungguh laa...keje kt zoo pun, ada akak tu ckp..."dayah..ko nnt timbang berat ko...akak rsa cnfirm berat ko naik ni...haha" hihi tp xpun naik2..sbb aku yg atur diri aku sendiri...nak makan, makan...xnak makan..xyah makan...haha..selalu jgak kot...last aku makan..mkn tghari je kt zoo..blk umah xmakan dah...haha tapiiii dkt tmpt keje baru aku ni,,on time je dia antar makanan kt ofiss kott!! kadang2 sarapan dia gabung sekali ngn minum pagi ; ada sekali tu dia bag nasi lemak+ bihun goreng masa pkul 10.30pg...lps tu kul 1.30ptg bagi nasi + lauk makan tengahari plak...perghhhh....dlm jgka masa yang sgtt singkat...makan nasi lagik...mmg xpernahh laa aku mcm tu sblm ni...bukan skit tau dia bagi...banyakk....nak nangis je aku rasa.....xde plak ayam ke kucing kt tmpt tu......kalo ade, leh la teman aku makan skali......

pastu pantang bos aku ni, kalo makanan sampai je...kena terus makan dulu.....jangan buat keje lain...penah skali tu dia ugut aku, kalo xmakan,dia nak rotan...hahaha..adoyaii~~ sbb aku penah buat keje smpai tangguh2 makan....tu yg kena warning tu....haihh

kesimpulannya, mmg bestt la keje situu..terbaikkk...!! hehe sbb ada banyakkk keje...suka gilaa aku...haha xla bosan, masa pun lebih diberkati.....setiap jam ada bayarannya...jadi setiap minit la keje buat keje.......kalo curi tulang, maksudnya.....xberkat la masa dan gaji yang aku dpt nanti.... :)

Ya Allah Yang Maha Penyayang, berkatilah umur, rezeki dan hidupku, keluargaku dan kaum muslimin dan muslimat...aminn ya rabbal'alaminn..

Thursday, April 11, 2013

duit halal vs duit haram

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hari ni ada beberapa cerita yg aku nak kongsikan.

cerita benar. cuma diolah sedikit. kisah ini benar2 berlaku dalam masyarakat kita.

1) ali anak angkat pada si ah chong.



suatu hari, ayah angkatnya (cina bukan muslim) bagi duit belanja pada dia. ali sekolah tahfiz.

"ayah..ali harap duit yang ayah bagi pada ali ni....duit ni dari sumber yang halal.....kalau ayah menang judi, lepastu ayah nak bagi sket pd ali, ali lebih rela berlapar dan ikat perut dari makan duit haram...." kata ali pada ayah angkatnya dgn lembut.

ah chong sedar yang dia kuat main judi. mahu tak mahu, kerana sayangkan ali, dia pun berusaha bekerja dgn titik peluhnya sendiri supaya dia dapat beri duit belanja pada ali dari rezeki yang halal.

akhirnya, apabila melihat kesungguhan ah chong bekerja berniaga pagi sehingga ke petang, kadang membuat kerja tambahan pada malamnya pula, akhirnya ali pun menerima bekalan duit yang halal dari sumber rezeki ah chong yang tidak lagi bermain judi. ali sangat bersyukur dan terharu dgn perubahan ayah angkatnya. setiap kali selepas solat atau menghafaz al-qur'an, ali tak henti2 berdoa agar ayah angkatnya terbuka hatinya utk memeluk agama islam. ali tak pernah memaksa. dia hanya mampu terus berdoa dan berusaha mengajak ayahnya dgn sabar. namun, hidayah itu milik Allah. tetapi masakan cahaya akan masuk menerusi tingkat yang tertutup dgn langsir tebal......ali sangat berharap ayahnya menerima dan masuk dalam agama islam agar segala kebaikan ayahnya terbalas  di akhirat nnt dgn balasan berlipat kali ganda kerana kebaikan ayahnya pada dia sangatt banyak.

kesimpulan dari cerita ini, jika duit yang diberi oleh ah chong pada anak angkatnya, ali...dari sumber yang haram, akan berkatkah pelajaran yang akan diterima oleh ali? keberkatan itu datang dari sumber yg bersih dan suci. ali sangat menjaga keberkatan dalam hidupnya agar dia jauh dari perkara2 yang blh melalaikan dia akibat 'makan' dari sumber yang haram tanpa dia sedar. ali sangat teliti. dia ingat pesan guru di sekolahnya. makanan akan mengalir dalam darah. akan membentuk daging dan hati. jika ia dari sumber yang haram, maka akan beri kesan yang sangat besar pada hidup seseorang.

2) ahmad mempunyai 4 orang anak.


2 orang anak pertamanya sangat baik dan patuh pada agama. taat pada perintah dia dan isterinya. tetapi anak ke-3 dan ke-4 agak berlainan sedikit daripada anak pertama dan keduanya. berbeza bagai langit dan bumi. ahmad sangat bingung. anaknya sangat liar, sosial, keluar pergi kelab malam, menghabiskan masa dgn aktiviti tidak berfaedah. malah pernah satu ketika dulu ahmad pernah memberkas sendiri anaknya apabila dia membuat serbuan di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota. malunya bukan kepalang. mukanya merah menahan malu dan marah kerana dia sendiri yang mengetuai gerak kerja misi pada malam itu. 

ahmad bingung. apakah beza pendidikan yg dia berikan pada kesemua anak2nya? tidak silap ahmad, dia memberikan pendidikan dan penegasan yang sama ada semua anak2nya. ahmad semakin tertekan. dia mencari2 punca yang menyebabkan anaknya jadi begitu. 

lalu dia membuat keputusan utk berjumpa seorang ustaz yang dia segani utk membincangkan masalah yang dirasakan terlalu berat itu. tidak tertanggung rasanya. dia sangat buntu. ustaz umar memberi masa pada ahmad utk dia bermuhasabah kembali apa yang dilakukannya pada awal kelahiran anak ke-3 dan ke-4 nya.

tidak semena2 dia teringat. sebagai seorang anggota polis. dia xterlepas dari ajakan utk menerima rasuah dari orang awam mahupun orang ternama. seingatnya pada kelahiran anaknya yang pertama dan kedua, dia sangat menjaga diri dari menerima sebarang rasuah. tetapi apabila ekonomi semakin mendesak, seingatnya pada awal anaknya yg ke-3 dia terlalu terdesak dan terpaksa utk menerima duit rasuah demi utk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi pada tika itu. 

apabila semakin lama, dia semakin biasa memakan rasuah tidak kira bernilai kecil atau besar.  malah sanggup utk memberi rasuah pada org. ya, segalanya bermula dari kesempitan hidup. apabila semakin stabil ekonominya, dia 'lupa' utk menjaga dirinya dari terus menerima rasuah. niat asalnya hanya mahu menampung kos rawatan isterinya yang bersalin anak ke-3 pada tika itu berubah pada kemahuannya sendiri apabila merasakan rasuah tidak asing lagi dalam hidupnya. 

ahmad sangat menyesal dgn apa yg telah dilakukannya. dia bertaubat dgn sebenar2 taubat. dia berasa sangat malu kerana tidak berjaya menjaga halal dan haram dari sumber rezekinya. kini keberkatan rezeki hilang sedikit demi sedikit apabila dia mula menerima rasuah sedikit demi sedikit. dia memperbanyakkan sedekah sebanyak yang dia mampu agar blh 'menebus' kembali apa yg telah dia beri pada anak isterinya makan pada ketika dahulu. 

lama kelamaan, dgn sabar dan konsisten ahmad bekerja dgn amanah tanpa rasuah, di samping menasihati isteri dan anak2nya, akhirnya anak2nya yang liar dan sangat tidak patuh pada agama mula berubah sedikit demi sedikit. 

semuanya bermula dari duit halal yang diberikan oleh ahmad. halal dan suci tanpa mencampuraduk dari yg haram. itulah keberkatan rezeki yang membawa kepada kebaikan dalam keluarganya. alhamdulillah dgn izin Allah, anak ke-3 dan bongsunya berubah menjadi anak yg soleh dan solehah.

ahmad sujud syukur. dia insaf dan menyedari betapa pentingnya rezeki dari sumber yang halal.....

jika tidak, akan hilanglah keberkatan...............

wallahua'lam.