Friday, March 6, 2009

RFC!!


RADIX Fried Chicken (Rfc)...Alternatif Terbaik Buat Rakyat Malaysia



uih.. ramainyer org..


Pertamanya, tahniah kepada HPA Industries kerana berjaya menerokai satu lagi industri iaitu perniagaan makanan segera iaitu Rfc , Ayam Goreng Radix. Ianya menjadi alternatif kepada umat Islam di Malaysia dan dengan ini membantu kita supaya dapat memboikot barangan Amerika Syarikat dan Israel. Alasan mengatakan bahawa jika kita teruskan boikot akan turut menjejaskan peluang pekerjaan dan ekonomi negara, tidak lagi relevan. Dengan sokongan umat Islam seluruh Malaysia Rfc akan berjaya mengambilalih semua rangkaian makanan segera di Malaysia. Saya dan teman-teman berkesempatan berkunjung ke cawangan terbaru Rfc di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Menakjubkan bila lihat terlalu ramai pengunjung yang hadir dan mereka sanggup mengambil masa untuk beratur panjang bagi mendapatkan hidangan hebat Rfc. Dalam hati berdetik apa dia kelebihan Rfc? Rfc menggunakan sepenuhnya keluaran bumiputera dalam hidangan mereka....ayam organik(tiada bahan kimia) , sos keluaran HPA, Radix Cola (ganti kepada Pepsi & Coca Cola), persekitaran restoran yang menarik dan pakaian pekerja juga turut sopan dengan pakaian yang longgar dan labuh. Tahniah HPA...tunggu pelancaran rasmi cawangan RFC di Senawang dan Seremban.

--ish...apsal best sgt nih.....kat n9 da start...alhamdulillah.. bestnyer....cuti sem nnt nk g n9 larh... (^_^) huu..leh singgah skola lame jgk nih.. insya Allah..--

-------------------------------------------------------------------------------------------------

.RFC vs KFC.



No comments: