Wednesday, April 22, 2009

Bukan Senang Nak Masuk Syurga..Kne Ade Tiket Lah Beb..

bismillahirrahmanirrahim..

Nabi bersabda;Besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian,dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum,diuji mereka dan kemudian setiap yang menerima ujian itu dengan redha maka mereka akan beroleh keredhaan Allah,dan barangsiapa yang berkeluh resah serta benci menerima ujian itu maka mereka akan mendapat kemurkaan Allah”

(Hadith riwayat at Tarmidzi dan Ibn Majah)

Allah Taala berfirman;Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”

Al Baqarah (2:214)

tiket ke syurga = melalui ujian2 Nya.

"hmm...kamu rase..org2 yang da mati tu pergi mane eh?"

"ouh.....dorg skrg ada di syurga!"

"eh? x kan org yang buat jahat dan baik sama2 masuk syurga? mcm x adil je.."

"eh..x lah...yang baik tu mestilah masuk syurga...dan yang 'jahat' itu masuk nerakalah.."

"hm..nak kena buat baik mcm mane baru boleh masuk syurga? "

"jadilah baik...gerenti kau pun boleh masuk syurga juga."

"x kan semudah itu tuhan nak bagi syurga...." (monolog)

perbualan terhenti....mcm2 yang berligar di fikiran ni...Allah berfirman dalam Al-Qur'an...org kafir xboleh masuk syurga...tp, dia...menyangka org2 seagamanya yang telah buat baik...dah masuk syurga terus...

bukanlah satu pemahaman yang menyimpang? dua manusia sama. ttp, agama dan kepercayaan berbeza. (padahal) tuhan yang menciptakan 2 manusia itu sama. tiada dua nya. hanya satu. Tuhan yang Maha Kuasa Lagi Maha Pencipta. Dia Maha Mengetahui. ALLAH.

ah..manusia itu selalu menyangka2 sahaja. mana ia tahu?. meneka-neka tanpa panduan yang jelas hanya mengundang murka Nya.

kami terus meneruskan perjalanan pulang ke hostel..dari sepetang di ladang.

"Maka mengapa (berhala-berhala dan tuhan-tuhan) yang mereka sembah selain Allah untuk mendekatkan diri (kepada-Nya) tidak dapat menolong mereka? Bahkan tuhan-tuhan itu telah lenyap dari mereka; dan itulah akibat kebohongan mereka dan apa yang dahulu mereka ada-adakan."

Al- Ahqaf(46:28)

wallahua'lam. semoga terlindung dari kejahatan diri dan bisikan makhluk Nya yang terlaknat! ameennn..

No comments: