Tuesday, May 3, 2011

Telur Tiruan

bismillahirrahmanirrahim

Telur Tiruan – Awas Jangan Salah Pilih Telur…

Semalam aku ada terbaca tengtang berita mengenai telur tiruan yang dibongkarkan oleh SM Mohamed Idris,  Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Telur yang dihasilkan di Cina itu katanya diperbuat dari gabungan beberapa bahan, kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan, dan pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur bagi memastikan adakan telur itu selamat atau tidak untuk dimakan.
Dan hari ini utusan Malaysia telah meyiarkan satu lagi berita menganai operrasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut
PULAU PINANG 7 April – Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Gunaselan berkata, pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 10.45 pagi oleh tujuh anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Md. Nasir Mohamd dan mengesan telur ayam yang didakwa tiruan dan dijual dengan harga antara 35 sen hingga 38 sen sebiji.
”Sebanyak 270 biji telur ayam disita dari tiga gerai yang diperiksa, manakala 90 biji diambil untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini
Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Timur Laut, Wong Kee Poh bersama beberapa pegawainya.
Menurut Gunaselan, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabitkan kesalahan, denda maksimum yang boleh dikenakan RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000.
Berita Penuh : Utusan online
Namun aku harap kajian keatas telur ni dapat disegerakan, kerana pada aku telur merupakan satu jenis makanan yang paling banyak diguanakan oleh rakyat Malaysia, terutam yang berpendapatan rendah, yang pasti tentukan tahap keselamatan dan juga status halal atau haram nya, dan buat masa sekarang ni pihak berkuasa harus membuat pemantauwan secara besar besaran bagi menghalang produk ni di pasarkan
Cara mengenal telur tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
    Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
    S. M. MOHAMED IDRIS
    Presiden CAP


No comments: