Sunday, March 31, 2013

Tips menghadapi tentangan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 (: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



soalan,

bagaimana jalan keluar, cara utk menghadapi pelbagai tentangan, halangan dan kesulitan dalam mengamalkan dan melaksanakan suruhan Allah SWT?

jawapan,


  • terus-menerus berusaha meningkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT 
  1. banyakkan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT , melalui membaca al-qur'an, berzikir, meningkatkan kualiti solat dan jadikan ia lebih baik (solat sunat), dll
  2. dgn iman yang kuat dan ketakwaan yang tinggi, ia akan mampu tetap teguh dalam menghadapi pelbagai rintangan dan tentangan dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT termasuk dalam menutup aurat dgn tudung dan jilbab.
  • muslimah harus terus menerus tanpa lelah dan jemu meningkatkan pemahaman dan tsaqafah islam 
  1. apabila pemahaman meningkat ia akan mampu utk memiliki kesedaran islam yang terus menerus meningkat. in shaa Allah akan mampu bersikap istiqamah dalam menjalankan segala kewajipannya, khususnya kewajipan menutup aurat dgn tudung dan jilbab.
  2. banyakkan menggali ilmuNya tanpa jemu
  3. membuat perbincangan bersama 
  • bergaul dengan orang-orang soleh sesama muslimah yang taat

  1. muslimah harus lebih banyak hidup dalam kebanyakan orang yang soleh yg dapat menjaga suasana keimanan dan ketakwaan di dalam dirinya.
  2. banyakkan meminta nasihat yang baik daripada mereka
  3. berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya
  • aktif berdakwah dan melakukan perubahan masyarakat, paling tidak di sekitarnya agar ia lambat laun boleh membangunkan masyarakat yang islam

  1. menyebarkan energi positif 
  2. sebarkan bahagia dgn cinta Nya.
  3. berusaha menunjukkan akhlak yang baik
  4. belajar dari kesilapan
  5. tetapkan niat mencari redhaNya
  • memiliki wawasan dan kesedaran sosial dan politik yang cukup

  1. apabila muslimah memiliki wawasan, kesedaran sosial dan politik yang cukup, ia akan dapat menangkal segala stigma negatif yang dilontarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
  2. jika ia memiliki kesedaran politik yang tinggi, ia akan mampu membongkar idea-idea asing yang berasal dari musuh-musuh islam - seperti sekularisme, liberalisme, feminisme, dll
  3. terus meneruskan dakwah idea-idea islam di tengah-tengah masyarakat
  4. terus mengajak kaum muslimin untuk hidup yang diatur oleh sistem islam dan hanya diatur oleh syariah islam akan terbentuk masyarakat yang islami. 
  5. masyarakat islam adalah masyarakat yang tunduk, patuh dan taat kepada seluruh aturan-aturan Allah SWT dalam seluruh aspek kehidupan mereka. 
wallahua'lam.


rujukan ~khilafah press~

No comments: