Saturday, January 2, 2016

Renungan Sejenak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

  • Mahu tahu bagaimana rupa hati manusia? Lihat bagaimana cara dia berbahasa dan melayan orang yang tidak memberinya kepentingan apa-apa. 
  • Pertemuan sentiasa ada tetapi jodoh kekal rahsia.
  • Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama. 
  • Rahsia untuk hidup bahagia dan hari yang ceria ialah bila seawal mata dibuka, Allah jadi prioriti utama. Hari yang bermula dgn interaksi bersama Pencipta tidak pernah berakhir dengan kecewa.
  • Ya Allah, jangan Kau cabut nyawa kami sebelum Kau ampunkan dosa-dosa kami.
  • Having  a soft heart in a cruel world is courage not a weakness.
  • Mahu kebal dari kutukan? Saat melakukan kebaikan, jangan pernah harapkan pujian.
  • Kebencian yang dibalas dengan kebaikan itu ubat lapang dada.
  • Jangan salah pilih pasangan kerana kesilapan itu bakal jadi kesilapan terbesar dalam sejarah kehidupan. 
  • Pada tiap kebencian yang kau pendamkan dengan kesabaran disusuli kemaafan itu ada kemenangan.
  • Ketenangan itu akan datang hanya bila kita akrab dengan Tuhan.
  • Kamu rasa kamu lewat mengikuti perancangan kamu tetapi percayalah Dia lewatkan kerana Dia tahu bila masa yang tepat untuk kamu.
  • Kamu obses mencari orang untuk mencintai kamu kerana kamu tidak mampu mencintai diri dan Ilahi terlebih dahulu.
  • Punca gagal? Bila tak meletakkan Allah nombor satu.
  • Cerita cinta yang sebenar hanya bermula selepas "Aku terima nikahnya...".
  • Biar kamu belajar setinggi mana, dari degree, master ke PhD, tetapi jika ilmu agama kamu tiada, sungguh aku kata, sia-sia..
  • Bidadari dunia itu tidak bersayap tetapi sempurna berhijab.
  • Bila mati, orang tidak ingat pangkat kita tetapi orang ingat jasa dan kebaikan kita. Biarpun nanti kita mati,biarlah cerita kita terus hidup sebagai inspirasi.
  • One way to test your heart on whether it's dead or alive is it's response to the call of Solah and how quick you respond.
  • Lelaki lebih gagah namun hakikatnya perempuan lebih tabah.
  • Tips untuk tidak sakit hati: 1) Berhenti harap pengharapan dari setiap perlakuan . 2) Berhenti cari kesempurnaan dari manusia.
  • 6 punca sombong: 1) ilmu 2) keturunan 3) kecantikan 4) kekuatan/kuasa 5) kekayaan 6) kawan/kenalan. na'uzubillahimin zalik dari dikurniakan nikmat2 Allah seperti di atas dan kita menjadi sombong. Jauhkan kami..Ya Allah. 
  • Untuk berjaya, berjalanlah bersama orang2 yang sefikrah dan punyai misi yang sama mengejar redhaNya.
~kebanyakan kata2 di atas dipetik dari buku #Tribulasi365 .

No comments: