Showing posts with label .belief.nasihatmenasihati.. Show all posts
Showing posts with label .belief.nasihatmenasihati.. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Buat Kebaikan Jauhi Maksiat

bismillahirrahmanirrahim..

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda.

Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya,
Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu."

( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).

Sunday, June 7, 2009

Sifat sifat Mereka Yang Mempunyai Kemanisan Iman

bismillahirrahmanirrahim..

Hadis Anas r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

link: http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/

alhamdulillah..semoga kekal istiqamah dlm islam dan iman hingga ke akhirnya...ameen.

Wednesday, April 8, 2009

yakinlah

bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam yang Maha Gagah, Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui segala-gala sesuatu yang telah berlaku,akan datang maupun saat ini.

Subhanallah..Alhamdulillah…Allahu Akbar!

Allah –lah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentukmu lalu memperindahkan rupamu serta memberimu rezeki dari yang baik-baik. Demikianlah Allah, Tuhanmu, Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam.”

subhanallah...bestnyer jumpe ayat nih...

kalam Nya…ya Allah…apa lagi yg nak kat dunia ni? Sudah terang lagi bersuluh siapa Pencipta kita…siapa yang bagi kita hidup kat dunia yang sementara ni….n siapa yang bagi kita makan,minum,kesihatan yang baik,umur yg panjang..dan rezeki2 yang baik….segala qada’ dan qadarnya…semuanya dari DIA! Masya Allah…Alhamdulillah…….sungguh rezeki kurniaan Nya pada hamba2 Nya xkira beriman atau pun tidak..sangat2 x ter.k.i.r.a. ya Rahman..ya Rahim.. jadikanlah kami dalam kalangan hamba2 Mu yang bersyukur dan selalu mengingati Mu...x kira susah maupun sonang ya Allah..

“Dia lah yang hidup kekal , tiada tuhan selain Dia; maka sembahlah Dia dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Segala puji bg ALLAH , Tuhan seluruh alam.”

Tgk,terang2 lagi Dia da bagi t.a.h.u awal2….xde TUHAN selain Dia kat dunia mahupun akhirat nanti..melainkan hanya Dia sahaja! Kenapa xnak percaya? Kenapa nak sembah ‘tuhan’ yang bertopengkan syaitan yang lain tu? ...

ALLAH = Tuhan kita.

Yakinlah.

“Katakanlah (Muhammad), “ Sungguh, aku dilarang menyembah sembahan yang kamu sembah selain Allah, setelah datang kepadaku keterangan-keterangan dari Tuhanku; dan aku diperintahkan agar berserah diri kepada Tuhan seluruh alam.”

Alhamdulillah..atas kurniaan nikmat iman dan islam ini…semoga kite dapat membuka hati kite dengan tulus ikhlas dalam menerima kebenaran islam ini. Kalo x, mcm mane nk dpt petunjuk kalo diri sendiri xmo kan? Macam tingkap dalam bilik kite tu……kalo kite xbukak…macam mane cahaya nak masuk kan…….

Nabi Muhammad = Pesuruh Allah.

Yakinlah. masa ni je la nak beriman pun..cz nanti kalo da sampai kat sane , then bila da tgk azab Allah yang menyala2 kat depan mata...baru nak beriman dgn serta-merta, baru nak kelam kabut yakin dgn sesungguhnya.. da x .g.u.n.a.

Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu.

Cube tgk, ayat2 di ats tu sume dipetik dari ‘keterangan-keterangan dari Tuhanku’ = Al-Qur’an, (40:64-66) 3 ayat tu berturut2 ayat last said, ALLAH = Tuhan seluruh alam. Masya Allah..diulang2nya ayat itu utk menunjukkan betapa Allah tu tuhan kita n seluruh alam ni! Dia la yang akan ambil kita kembali lps ni………….

hidup utk mati…mati utk hidup….*thinking*

"selamat pendek umur!!!"

(erk..)

klik link bwh nie utk pemahaman yg lebih..insya Allah


http://genta-rasa.com/2009/04/02/selamat-pendek-umur/#more-322


wallahua'lam. (Sesungguhnya Allah Lagi Maha Mengetahui..)