Showing posts with label .sharing.desert.in.myheart.. Show all posts
Showing posts with label .sharing.desert.in.myheart.. Show all posts

Friday, January 1, 2016

Putus Tunang ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Putus tunang menunjukkan bahawa pasangan tu bukan jodoh kita dan bukan yang terbaik untuk kita. Masa bertunang la perangai sebenar pasangan akan terserlah. orang blh judge, tp hanya empunya diri dan Allah lebih Mengetahui. tak tahan? if just in few months je ko tak tahan mcm mane nak tahan dgn perangai dia sepanjang hidup ko? haha...serabut. tak tenang. tak dinafikan mmg masa bertunang syaitan memainkan peranannye, tp kalo itu mmg da jodoh..perkahwinan akan dimudahkan walaupun berat mcm mana pun dugaannya..betul tak? huhu choose wisely. salah pilih, ia adalah satu penyesalan terbesar dalam sejarah kehidupan. wallahu'alam. hikmahNya sangat luas. moga Allah kurniakan kita jodoh yg terbaik utk kita..terbaik dalam urusan agama, dunia dan akhirat. aameen ya rabb.

Saturday, September 5, 2009

Petanda Taubat Diterima

bismillahirrahmanirrahim..

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.


4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

****

beribu macam rasa.semuanya bercampur habur.syukur.kerna diri ini masih disayangi Dia.yg sentiasa dekat di hati hamba2Nya.lebih dekat dari urat di leher.entah, adakah ramadhan kali ini mampu ia gapai keampunan dan bebas dari neraka-Nya? tidak ia tahu. namun, tingkahnya akhir2 ini agak menggusarkan iman di hatinya.moga thabat.oh tuhan, berkatilah umur kedua ibubapaku, keluarga, guru2 yang mendidikku dan kaum muslimin muslimat. berkatilah amalan kami. janganlah kami termasuk dalam golongan orang yang merugikan diri sendiri. ameeen.