Showing posts with label .sharing.story.. Show all posts
Showing posts with label .sharing.story.. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Tuan Punye Rumah

bismillahirrahmanirrahim..

semalam, balik umah tu, msa tu tuan nye rumah dtg baiki bilik air yg bcor, then, dia bwak kuar brg2 lame tu pindah kt rumah sebelah...(which is rumah dia jugak, tp xde penyewa lagi) 
huhu, masa nak naik tingkat atas tu, terserempak dgn bini n anak dia ruang tamu bawah, dah salam2 naik atas..g toilet sume. pastu tibe2, aku nampak sorg budak pempuan ni (kt tingkat atas) , "eh..mcm kenal.." ermm, serius, aku mmg kenal n penah jmpe bdak pempuan ni...teringat something.

***

"adik ni..pakai tudung nampak lagi comel la..."

adik 'nur' tu hanya tersenyum bila aku cakap cmtu , masa tu nak tangkap gambar sekali ngn dia..mak, dia, n ayah dia..aku ikut sorg sis ni g raye masa thun lepas, pastu ade lagi lagi 2 org kawan laki ikut gak..then, sebelum nk tgkp gmbr tu dia xpkai tdung pun, ye la duk umah je pun...huhu umur pun msa tu darjah 4..thun ni 2011 darjah 5 la dia, sama ngn adik bongsu aku tu. huu~ jenjalan g raye umah org sakan ngn sis ni..huhu femly angkat ramai, mmg seronok la. msa tu kami 4 org je, naik motor masing2 raye sekitar kg asy-syakirin, bintulu ni.

mmg cute dia pakai tdung, kt rumah tu..aku tgk dia tgh angkat barang2 ikut tlong ayah dia. terus aku teringat budak pempuan yg aku raye kt umah dia. mmg betul! dia la org nye, cehh, xsngka umah aku tdo ni umah femly ayah dia je. aku terus turun tingkat bawah jmpe mak 'nur'.

bile tnye name, trus aku teringat. name mak 'nur' tu mmg unik jd xsalah la org nye. name makcik tu 'madina' . sedap kan? hehe xpnah jmpe name org cmtu lg selain dia. yang aku xsangka nye, ade hikmah Nya, aku g raye ngn sis tu msa thun lpas, sbb makcik tu pun keje kt tumbina..emm tempat aku nk keje dlu..ceh, dekatnya kita. pusing2 je. bile aku xjd keje kt tumbina tu sbb dpt keje dlm upm je, xsangka jdoh jmpe kt dlm rumah tu plak..

erm, rupenye rumah tu umah adik suami dia, skrg dia da pindah g KL da..huhu...sume brg2 dia tinggal je kt umah tu..perabot cntik2..tp xpe lah, mgkin ade org lain blh manfaatkannya.

ok lah, malam td pas amek k.eshah dr stesen bus trus balik upm.tdo sna. hehe xsngka semalam besday lia! huah..(pas check kalendar islam kt blog aku ni) hahaha sengal je..ari tu, check kt surat khabar kt 1 tempat ni, xde plak tarikh islam nya. hehehe ape2pun, da 21 tahun dah ko ye lia..haha..orait, td pun da antar amal ngn femly dia kat airport.huhu..hrp selamat smpai umah la dowg tu. tgk kelam kabut n riuh cmtu...teringat kt umah..huwaaa...sob2..sdih tol.

lia slu ckp kt aku, "dayah..aku nak balik...rindu.."

huu..aku pun! sbar la ye, pas abes keje n selesai g limbang nnt, kite balik la..huhu insyaAllah..

semoga Allah mudahkan segala urusan kami di bumi kenyalang ni..hehe ameen!

Thursday, September 10, 2009

Air, Sedikit, Tabah

bismillahirrahmanirrahim...

Suatu hari seorang anak dan ayahnya sedang duduk berbincang-bincang ditepi sungai. Kata ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati."

Perbualan tersebut didengari oleh seekor ikan kecil dari bawah permukaan air, lalu ia terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang dikatakan begitu penting dalam kehidupan ini.



Ikan kecil itu pun berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya.

"Hai, tahukah kamu dimana air itu? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati."

Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu berada, si ikan kecil mulai gelisah, lalu ia berenang menuju ke mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman.

Lantas ia mengajukan soalan yang serupa kepada ikan sepuh itu.

"Dimanakah air itu?"

Maka jawab ikan sepuh, "Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehinggakan kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita semua akan mati."

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil ini, mencari kesana kemari tentang erti kehidupan dan kebahagiaan, padahal mereka sedang menjalaninya.

Mereka diberikan oleh Allah mata tetapi tidak mahu melihat, mereka diberikan telinga tetapi tidak mahu mendengar, mereka diberikan hati tapi bak kata pepatah Melayu, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.

Mereka leka dan telah dilupakan oleh khayalan dunia yang sementara ini. Jauh sekali untuk bersyukur dengan apa yang sedia ada.

************

Sedikit



Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf, beliau terdengar doa seorang lelaki, "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.

Apabila ditanya, rupa-rupanya lelaki itu menjelaskan: "Tidakkah tuan membaca di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa sedikit sahaja di kalangan hamba-Nya yang bersyukur."

Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia kini sibuk berfikir bagaimana hendak memenuhi setiap impian yang diidamkan. Sebaliknya terlalu sedikit pula yang berfikir bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang telah dimiliki.

Hakikatnya, dunia ini sudah dibanjiri oleh lautan manusia yang buta hati.

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Adakah kita seorang yang bersyukur?

***********

Dia Tabah

Suatu ketika, diriku diulit rasa kesedihan yang menyebakkan. Dalam situasi ini, hanya air mata sahaja yang menjadi teman berbicara. Aku diulit kesedihan bila mengenang nasib diri yang selalunya ku rasa tidak sebaik nasib orang lain.

Sedang hati dilanda kesedihan, tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura itu, rasa sedihku hilang. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.

Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.

Mengapa harus aku merasa sedih. Sedangkan aku sepatutnya harus merasa bahagia kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Kalau dibandingkan dengan si kura-kura itu.

Kura-kura juga sendirian, tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar.


Terkadang kita mengukur kebahagiaan di mata orang, lantas kita mengorbankan erti bahagia di mata sendiri. Sedangkan bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia.

Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa.

Berbahagialah selalu kerana bahagia itu adalah milik setiap orang yang telah bersedia untuk berasa bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu sebaik mungkin.

Semoga berbahagia selalu.