

Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,
nescaya tiada duka untukmu,
Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,
nescaya musibah dunia tiada apa buatmu,
lampau ALLAH telah membantumu,
kelmarin ALLAH telah membantumu,
percayalah hari ini dan selamanya,
ALLAH tetap akan membantumu..
*****
Rasulullah Salallahu 'alayhi wassalam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;"Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad dan Imam Malik dalam kitab al-Muwatha')

semoga kita mendapat keberkatan, rahmat, pengampunan dan keredhaan Nya di bulan yang mulia ni...ameeen.
No comments:
Post a Comment