
bismillahirrahmanirrahim..
terbang...terbang..terbang...dan terbang....
lama sudah ku tidak terbang di udara....
masya ALLAH....sangat gembira rasanya! rasa syukur rasanya ats kurniaan MU yang tidak terhingga ke atas diri ku ini...ALHAMDULILLAH.....
lama suda ku tidak bebas terbang di udara yang sangat sejuk dan mendamaikan di jiwa ini....huhu
wahai diri? knp sgt excited nih? knp sgt gembira? wah, x gayat kah pabila berada di awanan yang tinggi melangit biru?
siapa yg tidak suka pabila dapat terbang? ...
mungkin bg yg gayat saja tidak ia mahu, tidak ia suka untuk terbang.
tetapi, tidak bg ku!
ku sgt menyukainya..sangat mengharapkannya..
tetapi peluang itu jarang sekali datangnya. tidak lah selaluku dapat terbang sebebas-bebasnya di udara segar bugar itu.
oh, sungguh agak lama ku tidak merasai pengalaman terbang ini.
atas izin Nya jualah ku dapat peluang ini lagi.
Masya ALLAH..setiap kali pengalaman ku pasti berbeza-beza daripada yang lain. tiada yang sama. suasana dan keadaaan nya pasti berbeza.
paling best tika..
* dapat melihat garisan warna warni pelangi indah terapung di awangan..
* terbang bersama sebahagian dari ahli keluargaku..
* dapat melihat kalimah Asma'Nya melingkari tembus di langit biru sambil melihat sebuah ladang hijau yang sangat luas..
* dapat menikmati keindahan taburan bintang yang berjuta..
* dapat melangkaui batas atmosfera...
* terbang bagai batman dari satu bangunan ke bangunan yang lain..
oh, merapukah daku?
biarlah..hanya DIA yang Maha Mengetahuinya...
tetapi di sebalik manisnya kenangan-kenangan lalu itu, pernah juga terselit secelak kedukaan yang menghiris hati..
pernah diri ini di halang.. kaki ku di tarik-tarik tika ku ingin terbang..
oh, mengapa begitu? sangat sadis rasanya. tetapi ku pasti, ku yakin. pasti ada hikmah NYA atas peristiwa yang terjadi itu. kumencari maksud mehnah Nya. dan kumengerti.
kadang-kala, sesuatu itu terhalang ada sebabnya. ada maksudnya. ada pengertian yang mendalam yang ingin disampaikan. dan yang pasti, DIA mahu kita sedar... usah leka dan lalai lagi wahai diri.kelak binasa dirimu sendiri juga. biar terasing di sini, jgn terasing di 'sana'..
kini, Islam pun telah kembali 'asing'..tingkatkan fikir, banyakkan zikir. semoga ALLAH memelihara dirimu dari fitnah dunia.ameen.
Wallahua'lam.
*****
.rahsia-Nya berjuta luas.
No comments:
Post a Comment