Tuesday, May 28, 2013

9 jenis syaitan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 (: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat sembilan jenis anak syaitan yang mesti kita berwaspada agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Berikut adalah jenis anak syaitan tersebut:

1) DAASIM

 herm..cik doremon, nanti nak masuk rumah ke bilik ke atau msj orang, bg salam dulu tauuu... :)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

2) WATHIIN

 jangan sedih2...Allah Maha Tahu apa yg terbaik buat dirmu...chill dear... ;)

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3) MURRAH
jangan la nyanyi atau main muzik smpai lalai...utamakan perkara terpenting :) kadang2 xpela..hihi

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour.

4) WALAHAAN

 Focus, Allah is watching you ! *gulp
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yang lain.

5) HAFFAF

 kalo nak bermaksiat boleh la geng ngn setan ni.... *tidakkkkkkk !

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).

6) MASUUD

 behave urself *lari jauh-jauh

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7) LAKHUUS

 jangan sembah api, nanti api makan kamoo !  xP

Merupakan sahabat dan orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

8) ZALITUUN

 ehh..mane list barang aku?? *cari-cari, xjumpe..buat balik..;P

Duduk di pasar, kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

9) A'AWAN
harta xleh bawak masuk kubur ! >.<

Menghasut sultan, raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'.

1 comment:

Sayidah Napisah said...

thnkss for the sharing :)