Tuesday, September 29, 2009

Buat Kebaikan Jauhi Maksiat

bismillahirrahmanirrahim..

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda.

Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya,
Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu."

( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).

Wednesday, September 23, 2009

Perjalanan Pulang

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...bersyukur sgt..sbb thn ni ada rezeki aku utk pulang berpuasa dan beraya bersama keluarga..

hmm..masa turun2 dari flight ri tu, cam bese ar kan..solat asar luh then lps maghrib baru gerak beli tiket bus ke KL Sentral.. alhamdulillah..kali ni cam beza sket dari selalunya.. sbb selalunya.. aku la antara org2 yang terakhir naik bus...tp, kali ni..aku la plak org terawal naik bus.. tp, xlame pun.. sekejap je da penuh bus tu..then dlm pukul 8 lebih cmtu..bus da gerak...(tanpa aku sedari..) tuh la, dapat jodoh pertemuan (duk sebelah) dgn sorg akak nih..mule2 aku igt lelaki..pastu bile pandang btul2..alhamdulillah.. mmg lega giler.... sbb sebelum2 nih asek dpt duk ngn laki je..xbest dow..asek diam jer... hm..dah ar kat flight td dpt duk sebelah laki.. tension tol aku..

wak nye pasalll ar nih!! sbb ms kt ruang menunggu tu..tibe2 dia ckp nak tukar seat ngn aku.. mle2 cm berat ati.. tp sian kt dia.. cz beriya2 je ak tgk.. ak on je la.. lgpun ak xpenah dpt seat depan pun..asek dpt seat blakang aje.. xbest arr..sbb sayap kpl terbang halang pemandangan..huhu, dok dpn mmg best...alhamdulillah gak la.. haizz nak sembang ngn dia (org sebelah aku tu) cm segan lakz.. sbb tgk cam baya2 ak je.. tp, tua sket ar.. kalo pakcik2 tua or bdak2 kecik leh lar smbg..

then, bile dpt duk ngn akak ni.. mmg best giler la... sbb bile da confirm dia tu prempuan (cz dia pakai cap), aku pun start la b'bual... sembang2...xbenti2... sampai laa kat KL Sentral tu.. huhu.. bile tgk akak tu..aku teringat masa dlm bus dari kuching ke bintulu.. (balik dari wajadiri) dapat duk sebelah sorg sis ni gak... (tp kristian) pun asek bersembang je..tukar2 cerita.. mmg best sgt~

kak effy yang aku baru kenal dlm bus ri tu..mcm2 dia cerita.. masya ALLAH.. dia ni skrg menetap kt medan, indonesia. tp, bile bnyk cerita2 dari dia yg ak dgr..baru ak taw.. rupenye dia ni asal penang.. huhuhu.. kesian dia.. sbb da yatim piatu.. adek beradek porak peranda.. rebutkan harta.. dia pun membawa diri ke medan n ade keluarga angkat kat sana.. yg best sgt.. bile dia citer org2 indonesia kat sana.. raye kat sane cmner.. kebiasaan org indonesia kat sane.. yg wat aku kagum dgn apa yg dia cerita tu.. pasal cara artis nak tolong org yg plg miskin, cari org tgh nak minta maaf (tambah2 bile da sakit/nak nazak) , n keadaan masyarakat yg cepat insaf n sedar..



suke ar dgr cerita dia.. sampai penat ak nak gelak dow..haha..n skrg ak da penat nak taip lagi.. sbb penat seharian kt umah ni..mcm2 keje..waaa..best tol bersame ngn femly!!!! huhuhu.. nnt sambung lagi la yerk..insya ALLAH.. salam aidilfitri semua.. maaf zahir batin.. wassalam.. v(^_^)v

Monday, September 14, 2009

Qiam

bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah..bestnyer...da habes exam b4 balik raye ni!! huhuhu.. td terjumpe blog best.. ade bnyk citer syok dlm blog tu..tp, memandangkan skrg bln ramadhan..so, tajuk qiam ni mmg kne ar..hmm, tp xsemestinye bile bln bulan ramadhan je..bru nk qiam kan..haha.. oke! let's enjoy it..

Thursday, September 10, 2009

Air, Sedikit, Tabah

bismillahirrahmanirrahim...

Suatu hari seorang anak dan ayahnya sedang duduk berbincang-bincang ditepi sungai. Kata ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati."

Perbualan tersebut didengari oleh seekor ikan kecil dari bawah permukaan air, lalu ia terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang dikatakan begitu penting dalam kehidupan ini.



Ikan kecil itu pun berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya.

"Hai, tahukah kamu dimana air itu? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati."

Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu berada, si ikan kecil mulai gelisah, lalu ia berenang menuju ke mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman.

Lantas ia mengajukan soalan yang serupa kepada ikan sepuh itu.

"Dimanakah air itu?"

Maka jawab ikan sepuh, "Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehinggakan kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita semua akan mati."

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil ini, mencari kesana kemari tentang erti kehidupan dan kebahagiaan, padahal mereka sedang menjalaninya.

Mereka diberikan oleh Allah mata tetapi tidak mahu melihat, mereka diberikan telinga tetapi tidak mahu mendengar, mereka diberikan hati tapi bak kata pepatah Melayu, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.

Mereka leka dan telah dilupakan oleh khayalan dunia yang sementara ini. Jauh sekali untuk bersyukur dengan apa yang sedia ada.

************

Sedikit



Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf, beliau terdengar doa seorang lelaki, "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.

Apabila ditanya, rupa-rupanya lelaki itu menjelaskan: "Tidakkah tuan membaca di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa sedikit sahaja di kalangan hamba-Nya yang bersyukur."

Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia kini sibuk berfikir bagaimana hendak memenuhi setiap impian yang diidamkan. Sebaliknya terlalu sedikit pula yang berfikir bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang telah dimiliki.

Hakikatnya, dunia ini sudah dibanjiri oleh lautan manusia yang buta hati.

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Adakah kita seorang yang bersyukur?

***********

Dia Tabah

Suatu ketika, diriku diulit rasa kesedihan yang menyebakkan. Dalam situasi ini, hanya air mata sahaja yang menjadi teman berbicara. Aku diulit kesedihan bila mengenang nasib diri yang selalunya ku rasa tidak sebaik nasib orang lain.

Sedang hati dilanda kesedihan, tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura itu, rasa sedihku hilang. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.

Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.

Mengapa harus aku merasa sedih. Sedangkan aku sepatutnya harus merasa bahagia kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Kalau dibandingkan dengan si kura-kura itu.

Kura-kura juga sendirian, tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar.


Terkadang kita mengukur kebahagiaan di mata orang, lantas kita mengorbankan erti bahagia di mata sendiri. Sedangkan bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia.

Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa.

Berbahagialah selalu kerana bahagia itu adalah milik setiap orang yang telah bersedia untuk berasa bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu sebaik mungkin.

Semoga berbahagia selalu.

Saturday, September 5, 2009

Petanda Taubat Diterima

bismillahirrahmanirrahim..

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.


4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

****

beribu macam rasa.semuanya bercampur habur.syukur.kerna diri ini masih disayangi Dia.yg sentiasa dekat di hati hamba2Nya.lebih dekat dari urat di leher.entah, adakah ramadhan kali ini mampu ia gapai keampunan dan bebas dari neraka-Nya? tidak ia tahu. namun, tingkahnya akhir2 ini agak menggusarkan iman di hatinya.moga thabat.oh tuhan, berkatilah umur kedua ibubapaku, keluarga, guru2 yang mendidikku dan kaum muslimin muslimat. berkatilah amalan kami. janganlah kami termasuk dalam golongan orang yang merugikan diri sendiri. ameeen.

Tuesday, September 1, 2009

Lagu Raya Bergema Sudah

bismillahirrahmanirrahim...

Astagfirullahal'azim...tolong lah weyh...

lawak ar korg ni..teringat balik 1st terawikh..dgr2..da start pasang lagu raye...hahaha sape punye radio daa...td pun masa balik dari tadarus pun dgr cam de pesta raye je...kat blok2 dak laki ni.. bukak lagu raye cm da malam raye.. v(~_^)v *ske btol korg ye*

adoii, semangat nak RAYA lebih lagi dari semangat RAMADHAN ni...huhuhu

taw ar , mesti xsabar nak balik umah n dapat duit raye ni kan...tp, relax ar luh.. enjoy dlu bulan ramadhan yg sgt mulia nih...huhu

haa, lg 1 nak citer..masa time dinner majlis wajadiri kat kuching tu pun, tgk shopping small kat sebelah hotel tu da lekat2 banner hari raye...lg xleh blaa.. sbb masa tu belum start puasa lagik.. lebih kurang seminggu lg nak puasa..adoii..nak kate yg tahun lepas punye xtaw lah..sbb xkan masa krismas, deepavali n hari raye cina dorg still xbukak banner kat box pameran tuh kan..hahaha..lawak tol arr..

hmm..mmg betul lah..kite skrg nih..mmg mcm sgt2 menunggu dan membuat persediaan lebih untuk tetamu yang akan datang....padahal tetamu yg skrg..telah datang dan masuk rumah kite dengan membawa hadiahh yg sgt3 banyak...kite wat xpeduli je....kite lebih asyik menunggu bagai pungguk rindukan bulan tetamu yang akan datang nnt...

sayangg sungguh..

boleh xboleh tu ade sebab-Nya

moga2 ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.. semoga kite istiqamah melakukan ibadah2 yang pahalanye berkali lipat ganda kuasa veto dalam bulan yang mulia ni hingga ke akhirnya...ameeenn ya rabbal'alameen.

Monday, August 31, 2009

Malam Itu

bismillahirrahmanirrahim...







Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,

nescaya tiada duka untukmu,

Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,

nescaya musibah dunia tiada apa buatmu,

lampau ALLAH telah membantumu,

kelmarin ALLAH telah membantumu,

percayalah hari ini dan selamanya,

ALLAH tetap akan membantumu..

*****

Rasulullah Salallahu 'alayhi wassalam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;

"Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku;

cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku."

(Hadith riwayat Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad dan Imam Malik dalam kitab al-Muwatha')


semoga kita mendapat keberkatan, rahmat, pengampunan dan keredhaan Nya di bulan yang mulia ni...ameeen.

Sunday, August 23, 2009

Fatimah al-Zahra' Yang Sangat Sederhana

bismillahirrahmanirrahim..

selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan..semoga sehat-sehat selalu.. (;

erm, ri ni nak kongsi something yg sgt special about puteri Rasulullah Sallahu'alayhi wassalam yg sorg ni...masya ALLAH... *sgt2 kagum dgn beliau*

sbb tgk dgn zaman skrg ni..mcm mustahil je nak cari *n tgk* majlis perkahwinan yg sgt2 sederhana..(erm, sowi ye tibe2 masuk topic ni..heheh)

Tahukah kita bagaimanakah persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah S.A.W.?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah S.W.T., mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan di sisi Tuhannya. Anak perempuan seorang Nabi. Dialah Fatimah az-Zahra', puteri Rasulullah S.A.W., wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah kita apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H.?

* Alat penggiling gandum.
* Bantal yang di isi daun-daun kering dan biji kurma.
* Alat penumbuk.
* Sebuah bekas air.
* Kulit yang di samak.
* Sebiji pinggan.


Abu Bakar r.a. menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah S.A.W. itu.
Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"
Nabi S.A.W. menjawab : "Wahai Abu Bakar, ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."

masya ALLAH...sangat sederhana...jazakillah to akhwat yg sudi share info ni....kamek sik taw pun sebelum ni...iskk..

*contoh teladan dari junjungan mulia kekasih ALLAH ; Nabi Muhammad sallahu'alayhi wassalam buat umatnye...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kali Ini..

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah..masih bernafas dan berpeluang bertemu dengan bulan yang sangat2 mulia ni...alhamdulillahi'ala kullihalin ya ALLAH~


Tadabbur Qalamullah

em, masa menunggu waktu utk solat td, tibe2 dpt msg dari sahabat lame aku...huhu..juz wanna share.. aku taw..korg pun mesti de yg dpt msg cmni kan..tah2 berpuluh2 msg masuk bile tibe waktu2 special cmni..wish sana sini sinun situ..moga2 apa2 yg di'wish'kan tu dirahmati oleh DIA.. =) insya ALLAH..

Jadikan Al-Qur'an sebagai teman sejati,

Zikrullah sebagai penghibur hati,

Solat sebagai pendinding diri,

Semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi.

Salam Ramadhan Al-Mubarak (^_^)

di kesempatan bulan yg mulia ni juge, aku nak minta maaf ar kt korg if ade pape salah silap aku tanpa sedar xsedar..aku said open je la ek, so..sape2 yg ade terase hati or ape2 yg aku terbuat salah tu..eden maaf banyak2 sangat3.. mudah-mudahan ramadhan kali ni memberi 10000 makna buat kita semua..

erm, ms blogwalking td ade dpt sket tips sepanjang bulan ramadhan, jazakillah to sahabat yg sudi sharing info ni..

moga mendapat rahmat, keampunan, dan bebas dari api neraka.. insya ALLAH. semoga ALLAH mengampuni dosa2 kita, dan menempatkan kita di dalam tempat yg dikasihiNya..bukan di tempat yg DIA murka..ameen ya rabbal 'alameen.

Sungguh tiada tuhan selain Dia. tuhan sekalian alam ; ALLAH Subhanahu wata'ala. moga kembali pada Nya dalam keadaan husnul khatimah bukan dalam keadaan su'ul khatimah. ameen2 ya rabbal 'alameeen.

*sedikit pesanan dari penaja...

Jangan lupa Renew Lesen Mulut,

Serviskan Hati,

Kawal Kadar Pencemaran Mata & Telinga,

Peliharalah Enjin Perut,

Tax Minda & Cukai Kesabaran.

Anda mungkin salah seorang pemenang..

ANUGERAH MALAM LAILATUL QADAR 1430H/2009!!

Ayuh perbanyakkan ibadah & beramal jariah dalam ramadhan tahun ini (yang mungkin ramadhan yang terakhir).

SELAMAT BERPUASA SEMUA!! v(^_^)v

p/s: afwan jazillan, salamun 'alaykum.

Wednesday, August 12, 2009

Citra Kabus Kehidupan

bismillahirrahmanirrahim..



kadang-kadang..kita rase berat sangat.....rasa beban yang tertanggung di hati dan fikiran kita... tp, kita kadang x sedar....sebenarnya ada orang lain yang lebih berat ujian dari Nya...mungkin lebih derita dari apa yang kita rasa...

ya ALLAH...

jalan hidupku mungkin masih panjang dan berliku-liku jalannya..... atau mungkin telah dekat waktunya..

*tidaklahku mengetahuinya..hanya pada Mu sahaja hamba berserah..

walau apa pun yang terjadi....ku ingin sentiasa hidup dalam redha Mu...ya ALLAH.... janganlah kiranya diri ini menzalimi dirinya sendiri.....dalam melalui perjalanan hidup mendatang yang sungguh misteri...

ALLAH sangat sayang dengan orang yang sabar.. moga tabah hati x berbelah bahagi (;

-Sesungguhnya Dia lah Sebaik-baik Perancang-

Sunday, August 9, 2009

Secebis Kenangan Bersama

bismillahirrahmanirrahim...

aiseh, tetibe je ak teringat teamgroup ak masa kursus p.u kat Mukah...isskk


v(^_^)v


mcm2 karenah..
kemuliaan hati korg terserlah..
hati korg sangat baik...
korg sentiasa berbaik sangka, sabar..
group ngn korg memang best giler.
group yg plg sempoi, simple, happy sokmo, kelam kabut..mcm2 arh...

kenangan dan pengalaman yang membawa 1001 makna buat diri ini..
yerp, diri ini penuh dgn khilaf dan salah........
manusia tiada yang sempurna..
belajar dari kesilapan..

ya ALLAH, rahmati mereka...
tempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba yang Kau kasihi.ameen.

*saat bersama mereka xkan kulupakan sampai bila2..

Saturday, August 8, 2009

Gejala Gangguan & Ruqyah

Assalamu'alaykum wbt..

Alhamdulillah..bersua kita kembali di lain cerita...hmm, posting kali ni aku nak kongsi sket pasal sebuah rawatan islam terhadap gangguan sihir dan jin atau nama lainnya " Ruqyah Syar'iyyah" yang telah diadakan dekat pusat islam a.k.a masjid kampus aku ni minggu lepas. 1 & 2 Ogos lalu. tp baru skrg nak belek buku yang dia bagi tu...tah cmner la leh terlpe jap..hmm maybe sbb ngah minggu exam kot.huhuhu bace2 sket, mmg bestt giler dlm buku tu. sbb dalam buku tu dia citer macam2..especially dalam taw gejala-gejala gangguan jin dan kesannya kpd manusia.

Gejala-gejala dia ni ade dalam 2 keadaan iaitu waktu tidur dan waktu sedar. last dia citer jenis2 gangguan jin nih.

aku copy balik ape dia citer dlm buku tu dkt m/s 63.

A. Gejala pada waktu tidur
  • Susah utk tidur pada waktu malam atau tidak dapat tidur kecuali setelah jangka masa yang lama.
  • Susah tidur atau terlebih tidur sehingga tidak dapat melakukan ibadah2 yang diinginkan.
  • Cemas atau sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi ngeri (berasap atau berkabus) iaitu mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu ingin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
  • Mimpi melihat berbagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala dan tikus.
  • Bunyi gigi geraham bergesel ketika tidur.
  • Merintih pada waktu tidur.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi berada di kubur, tempat sampah atau jalan yang mengerikan.
  • Mimpi melihat orang anih seperti berjumpa orang yang tinggi sekali atau pendek sekali atau hitam sekali.
  • Mimpi menyeramkan atau melihat hantu.
  • Mimpi melihat lawan jantina yang sama berkali-kali dan ingin untuk bertemu dgn orang yang dimimpikan.
  • Mimpi seakan-akan tertindih benda yang sangat berat dan susah untuk melepaskannya.
  • Mendengkur dengan keras.
B. Gejala pada waktu sedar
  • Sering was-was dan ketakutan.
  • Suka marah-marah.
  • Dorongan kuat untuk bermaksiat.
  • Lesu dan malas sekali untuk melakukan ibadah.
  • Suka berkhayal.
  • Selalu pening yang tidak disebabkan oleh kedua-dua mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong dan perut.
  • Selalu mengelak dari berzikir kpd ALLAH, solat dan ketaatan beribadah.
  • Fikiran bercelaru dan tidak menentu.
  • Histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
  • Rasa sakit pada salah anggota badan yang dapat dikesan melalui perubatan moden.
C. Jenis-jenis gangguan jin
  • Gangguan keseluruhan iaitu jin mengganggu tubuh badan seperti orang yang mengalami histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
  • Gangguan sektoral atau bahagian tertentu iaitu jin memegang atau mengganggu salah satu anggota badan seperti tangan, kaki, lidah, lutut dan sebagainya.
  • Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam jasad untuk waktu yang lama.
  • Gangguan sementara iaitu tidak lebih dari beberapa minit seperti mimpi buruk.
masya ALLAH, xsangka pula kadang2 masa mimpi pun jin boleh kacau. sbb tu la, kalo dapat mimpi buruk...org selalu cakap...

"alah...mainan tidur je tu.." (utk sedapkan hati)

tp, mmg betul lah...kalo ade gejala2 yang sama cam atas ni.. rasa nya mmg xlain xbukan.. jin yg se 'geng' syaitan punya kerja lah. na'uzubillahimin zalik.

Astagfirullahal'azim. utk pengetahuan korg;
  1. 70% orang yang kena sihir adalah disebabkan dengki.
  2. Sihir ade 8 jenis.
  3. Saka pulak ade 2 jenis; saka laut dan saka darat. (saka ni dengar kata susah nak buang sebab jin keturunan, amek masa nak rawat..apa2pun semua dengan izin ALLAH).
  4. Amalkan selalu surah Al-fatihah, 3 Qul, ayat Qursi, Al-Baqarah, Al-Jin, Ad-Dukhaan, ma'thurat pagi dan petang untuk pembentengan diri dari gangguan jin.
hmm, lepas abes majlis penutupan program tu, aku ade tanye sorg ustaz ni... (Ust. Abd Rahman) pasal kekeliruan aku mengenai perbezaan antara jin dan syaitan.ustaz tu btw;

-kalo sebut jin, jin ni ade yg islam, jin kristian, jin xde agama...kehidupan jin sama mcm manusia.. ade rumah, sawah...kalo nak taw kehidupan jin mcm mana.. tgk lah manusia.sebijik sama. cuma yang bezanya. dorg dekat alam lain.bentuk lain.yg hanya ALLAH sahaja yang tahu.
-tp, kalo sebut syaitan.. dah confem-confem dia kafir... mane ade syaitan islam, syaitan kafir..

baru ku mengerti. selalunya jin kebanyakkan yang masuk dalam tubuh manusia jin kafir.. sbb dia ikut cakap syaitan. syaitan pulak ikut cakap iblis. kalo sebut iblis, iblis mmg ketua segala2 kejahatan kat dunia ni. antara syaitan dgn iblis, iblis lagi tinggi pangkat dia. iblis ni mcm bos dkt syaitan lah.

masya ALLAH.. cuba renung sket maksud kalam Nya ni..

[2.1] Alif Laam Miim.

[2.2] Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

[2.3] (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,

[2.4] dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

sadaqallahul 'azim. (sesungguhnya kalam ALLAH itu benar)

********

ape maksud ruqyah syar'iyyah ni?

*Ruqyah ni maksudnya doa-doa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang dideritai oleh seseorang.

tp, ruqyah ni ada 2 jenis pulak iaitu ;

-Ruqyah Syirkiyah

(mentera, jampi-jampi atau doa-doa yang mengandungi unsur kemusyirikan dan diharamkan oleh syari'at).

-Ruqyah Syar'iyyah

(terapi yg berlandaskan syarak dgn pembacaan ayat al-Qur'an dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari RAsulullah melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya, yang dilakukan oleh seorang muslim , baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu gangguan penyakit tersebut).

Subhanallah..kadang2 ALLAH nak tunjuk kat kita supaya iman kita bertambah kuat.. kita kena yakin dan beriman dengan kewujudan benda2 ghaib mcm ni...

korg perasan x, apa je yg available kat dunia ni skrg? manusia, haiwan, dan alam. yang lain sume ghaib. ALLAH pencipta sekalian alam, malaikat, iblis, syaitan, jin, nabi-nabi dahulu semua da xde da skrg. jd beriman dengan kisah-kisah dan kitab2 dahulu pun dikira wajib bagi kita org islam.

Alhamdulillah la ALLAH bagi Al-Qur'an kat umat Nabi Muhammad Sallahu'alayhi wassalam. xlah terkontang kanting kite dibuatnya. segala sejarah2 lalu, petunjuk ape yg boleh ape yg xboleh sume diberitahu dalam Al-Qur'an. Masya ALLAH. syukur sangat!

jadi cukup lah setakat sini saja, kalo korg nak taw lebih lanjut pasal rawatan ikut syariat ni leh la cari buku Ruqyah Syar'iyyah yang penulis dia nama; Malik Faisal bin Abdul Wahab. terbitan KERSANI TRAINING CENTRE. huhu..bukan promote ape..but sharing is caring.

*****

kesimpulannya, penting belajar benda ni sbb ni pun termasuk dalam fardhu kifayah. mcm mandi dan sempurnakan jenazah. cuba bayangkan, kalo seseorang hamba ALLAH ni terkena gangguan dari jin sedang masa tu xde sorg pun yg taw cara2 nak meruqyah ikut syari'at, sanggup ke kita tgk dia menderita?? masya ALLAH, mudah-mudahan lebih ramai lagi muslim yang tau cara merawat gangguan sihir dan jin ni. manusia skrg mcm2..rambut je sama hitam, tp hati lain2.

hanya ALLAH lebih Mengetahui.

p/s: sekadar perkongsian ilmu krn Nya. teguran ats salah silap amatlah dialukan. Assalaamu'alaykum warahmatullah.

Thursday, August 6, 2009

Kisah Si Penjual Tempe

bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaykum....alhamdulillah...ape kabar semua? harap sehat selalu. :)

Masa jenjalan kat iluvislam.com terjumpa thread yang menarik...huhu, menarik ler bg aku sbb ak sendiri suka makan tempe...huhu so, hari ni nak share sikit psl kisah ni dengan antum semua. moga dapat beri pengajaran serba sedikit.

********

Dalam sebuah kampung ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..."



Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun dengan keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanan ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin..". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terpaku seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawannye yg sama-sama menjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak jual tempe yang belum menjadi? Dari pagi tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.



Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Yakinlah kita bahawa REZEKI itu di tangan Tuhan...Wallahua'Lam ^_^

dipetik daripada : sini

Wednesday, August 5, 2009

Melayang


bismillahirrahmanirrahim..

terbang...terbang..terbang...dan terbang....

lama sudah ku tidak terbang di udara....

masya ALLAH....sangat gembira rasanya! rasa syukur rasanya ats kurniaan MU yang tidak terhingga ke atas diri ku ini...ALHAMDULILLAH.....

lama suda ku tidak bebas terbang di udara yang sangat sejuk dan mendamaikan di jiwa ini....huhu

wahai diri? knp sgt excited nih? knp sgt gembira? wah, x gayat kah pabila berada di awanan yang tinggi melangit biru?

siapa yg tidak suka pabila dapat terbang? ...

mungkin bg yg gayat saja tidak ia mahu, tidak ia suka untuk terbang.

tetapi, tidak bg ku!

ku sgt menyukainya..sangat mengharapkannya..

tetapi peluang itu jarang sekali datangnya. tidak lah selaluku dapat terbang sebebas-bebasnya di udara segar bugar itu.

oh, sungguh agak lama ku tidak merasai pengalaman terbang ini.

atas izin Nya jualah ku dapat peluang ini lagi.

Masya ALLAH..setiap kali pengalaman ku pasti berbeza-beza daripada yang lain. tiada yang sama. suasana dan keadaaan nya pasti berbeza.

paling best tika..

* dapat melihat garisan warna warni pelangi indah terapung di awangan..
* terbang bersama sebahagian dari ahli keluargaku..
* dapat melihat kalimah Asma'Nya melingkari tembus di langit biru sambil melihat sebuah ladang hijau yang sangat luas..
* dapat menikmati keindahan taburan bintang yang berjuta..
* dapat melangkaui batas atmosfera...
* terbang bagai batman dari satu bangunan ke bangunan yang lain..

oh, merapukah daku?

biarlah..hanya DIA yang Maha Mengetahuinya...

tetapi di sebalik manisnya kenangan-kenangan lalu itu, pernah juga terselit secelak kedukaan yang menghiris hati..

pernah diri ini di halang.. kaki ku di tarik-tarik tika ku ingin terbang..

oh, mengapa begitu? sangat sadis rasanya. tetapi ku pasti, ku yakin. pasti ada hikmah NYA atas peristiwa yang terjadi itu. kumencari maksud mehnah Nya. dan kumengerti.

kadang-kala, sesuatu itu terhalang ada sebabnya. ada maksudnya. ada pengertian yang mendalam yang ingin disampaikan. dan yang pasti, DIA mahu kita sedar... usah leka dan lalai lagi wahai diri.kelak binasa dirimu sendiri juga. biar terasing di sini, jgn terasing di 'sana'..

kini, Islam pun telah kembali 'asing'..tingkatkan fikir, banyakkan zikir. semoga ALLAH memelihara dirimu dari fitnah dunia.ameen.

Wallahua'lam.

*****
.rahsia-Nya berjuta luas.

Monday, August 3, 2009

ALLAH sangat dekat dengan kita

bismillahirrahmanirrahim..

[50.1] Qaaf. Demi Al Qur'an yang sangat mulia.

[50.2] (Mereka tidak menerimanya) bahkan mereka tercengang karena telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu yang amat ajaib".

[50.3] Apakah kami setelah mati dan setelah menjadi tanah (kami akan kembali lagi)?, itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin.

[50.4] Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang dihancurkan oleh bumi dari (tubuh-tubuh) mereka, dan pada sisi Kami pun ada kitab yang memelihara (mencatat).

[50.5] Sebenarnya, mereka telah mendustakan kebenaran tatkala kebenaran itu datang kepada mereka, maka mereka berada dalam keadaan kacau balau.

[50.6] Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun?

[50.7] Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata,

[50.8] untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah).

[50.9] Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam,

[50.10] dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun,

[50.11] untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.

[50.12] Sebelum mereka telah mendustakan (pula) kaum Nuh dan penduduk Rass dan Tsamud,

[50.13] dan kaum Ad, kaum Firaun dan kaum Lut,

[50.14] dan penduduk Aikah serta kaum Tubba, semuanya telah mendustakan rasul-rasul maka sudah semestinyalah mereka mendapat hukuman yang sudah diancamkan.

[50.15] Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru.

[50.16] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,

[50.17] (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.

[50.18] Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

[50.19] Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.

[50.20] Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman.

[50.21] Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat penggiring dan seorang malaikat penyaksi.

[50.22] Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.
[50.23] Dan yang menyertai dia berkata: "Inilah (catatan amalnya) yang tersedia pada sisiku".
[50.24] Allah berfirman: "Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala,
[50.25] yang sangat enggan melakukan kebajikan, melanggar batas lagi ragu-ragu,

[50.26] yang menyembah sembahan yang lain beserta Allah, maka lemparkanlah dia ke dalam siksaan yang sangat".

[50.27] Yang menyertai dia berkata (pula): "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh".

[50.28] Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan ancaman kepadamu".

[50.29] Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku.

[50.30] (Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada Jahannam: "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab: "Masih adakah tambahan?"

[50.31] Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka).

[50.32] Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).

[50.33] (Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertobat,

[50.34] masukilah surga itu dengan aman, itulah hari kekekalan.

[50.35] Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.

[50.36] Dan berapa banyaknya umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjelajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?

[50.37] Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.

[50.38] Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan.

[50.39] Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (nya).

[50.40] Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan setiap selesai sembahyang.

[50.41] Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

[50.42] (Yaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya, itulah hari keluar (dari kubur).

[50.43] Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada Kami-lah tempat kembali (semua makhluk).

[50.44] (Yaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka (lalu mereka keluar) dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami.

[50.45] Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan kamu sekali-kali bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka beri peringatanlah dengan Al Qur'an orang yang takut kepada ancaman-Ku.

sadaqallahul'azim.. (sesungguhnya kalam ALLAH itu benar)

Tuesday, July 28, 2009

RahsiaNya Berjuta Besar

bismillahirrahmanirrahim...


Dari Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a, dari Rasulullah saw. sabdanya:” Sesiapa yang memungut barang yang hilang, maka dia bersalah selama dia tidak mengumumkannya.”

(Muslim)

*miss mypencilboxx!!*



Assalamu'alaykum dan salam sejahtera..

apa kabar semua? sehatkah? semua dalam keadaan baik kah? huhu.. harap semuanye sehat2 belaka...kalo yang xsehat tu...jgn lupe makan ubat.....w/pun xsuke...suke2 kan lah.. kalo xmo makan ubat, cari alternatif laen erk... banyak2 la exercise..joging2 ke even demam..haha..keluar sket peluh..bergerak aktif sket badan..huhu..jgn btambah saket sudah.. x(

alhamdulillah..org kt sini baek2 saja...skrg ya, masa depan xtaw lagi..entah sehat lg mcm skrg entah tidak..huhu..hanya DIA yang maha Mengetahuinya.

sama2 jaga kesehatan, sehat tu xdpt dijual beli...hmm, sama mcm iman...xdpt dijual beli..juga xdpt diwarisi..

iskk, *mcm2* nak citer sbnarnye..tp, ntah la...sama ada terluah or x... DIA tetap mengetahuinya..segala yg terkandung di dalam hati hamba Nya...

manusia nie mcm2 jenis... lain padang lain belalang.. rambut sama hitam tp hati lain2.. hari ni mungkin dia kawan tp, esok lusa ntah dia lawan..

kunun. semalam lpas-detik lalu- tahun dahulu- masa lalu dia lawan..dia org yang kita xsuka, benci.. entah apa yg xkena di hatinya tidak dia ketahui, tp...tiba2 hari lepas dia selesa pula, jadilah dia kawan.. mungkin lebih baik dari kawan baiknya yg dia asek berkepit ke hulu ke mari tika dahulu..bergelak tawa tanpa hirau org sekeliling.. skrg kawannya entah ke mana.. lawannya pula menjadi kawan..

hmm, masa depan adalah masa yg sangat misteri...xde sape taw,,

semuanya ada di lauh mahfuz Nya.. kalo dia taw apa yg akan jadi masa esok or akan datang.. mesti hidupnya sudah tidak ceria..resah ia selalu.. kerana dia sudah mengetahui tarikh2 events suka mau duka a.k.a ngeri yang akan terjadi dalam hidupnya..masakan hatinya mau tenang.. oh tuhan, Kau maha Penyayang terhadap hamba2 Mu, mahkluk2 Mu... segala yg Kau rancang adalah yg sebaik2nya buat alam seluruhnya.

lihatlah percaturannya, sungguh perfect! segala makhluk di bumi mau di langit tunduk patuh mengikut aturan yang ditetapkan Nya.

masya ALLAH, subhanallah..

hm, dlm Qur'an banyak kali said.. kiamat dah x lame...dah xlama.. semakin hampir.. entah esok lusa, sapa taw? Hanya DIA.

wahai diri, sudah siapkah persiapan menuju tempat persinggahan seterusnya?

Astagfirullahal'azim..

jgn lah terlalu tenang n leka slalu, kelak binasa diri sendirimu jua.

beringatlah!

wahai teman, wahai taulan..

sama2 lah kita nasihat menasihati..buka hati, buka kotak.

diri ini x sempurna...masih banyak dosa yg membelenggu diri setiap hari, setiap masa entah kan detik yg berlalu kini..tidaklah ia sedari tanpa teguran..siapa cermin ia? melainkan kamu, sama2 manusia sepertinya..sama2 hamba Nya..

manusia mmg x sempurna...tiada siapa yg perfect di dunia ini.. ada lebih, ada kurangnya.. tp, miskipun begitu.. masih terkandung hikmah yg sgt... sampai berbalik pada kita. entah sedar mau tidak ia sedari..

sungguh! manusia itu sedikit sekali yang bersyukur pd Nya..

sudah berjuta trillion DIA kurnia nikmat pada kita tanpa kira..tp....

syukur kah kita?

oh, apakah erti syukur pdmu wahai diri?

..............

syukur?

say 'Alhamdulillah'..solat, wat pe yg DIA suruh..xmo wat pe yg DIA xbagi..or

segala2nye telah hilang dari pandangan mata, baru kau tahu erti syukur??

baru sesal, sebak hatimu..

fikir2 lah..muhasabah diri selalu wahai diri....

hamba Nya.

**********************************

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

Monday, July 20, 2009

Beware dengan Hadis Palsu Rejab, Sya'ban

bismillahirrahmanirrahim..

*minta maaf sangat atas post yg sebelum nie.. "Merangkak ke Sya'ban Pula"..kerana penulis x mengetahui isi2 di dalamnya terkandung hadith palsu...alhamdulillah, tahu setelah ditegur dari seorang sahabat.jazakallah khairan kathir~

moga posting kali nie dapat dimanfaatkan bersama..moga ALLAH memelihara kita dari pengetahuan/hadith yang tidak benar sehingga memakan diri kita pula..ameen.

Hadith palsu Rejab, Sya'ban

-Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab-

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.

Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.

Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).

Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”

Mendengar

Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).

Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).

Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Gambar hiasan

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”

Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.


Lagi dari himpunan fatwa:-

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi

ALLAH lebih Mengetahui.

Sekian, jumpe lg..insya ALLAH..Assalamu'alaykum.

Saturday, July 18, 2009

Wanita

bismillahirrahmanirrahim...

so sweet

Seindah-indah hiasan di dunia...adalah Wanita Solehah..

hmm...bkn senang nak jd baik...n bkn susah nk jd jahat~

Macam-macam10x persoalan...yang kejap timbul kejap hilang dlm benak fikiran aku nih... macam-macam..

tp,terlalu private kalo nak diceritakan kt sini.....susah..

krn pulut santan binasa..

ntah lah.. keliru,bingung,tekanan,gembira,duka,suka,letih,semangat?,n ntah apa-apa lagi..

xyah peningz2 larh..

haa...lpe plak nak citer..hehehe...td baru je ada Majlis Ijazah Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi... alhamdulillah....aku dah ijazah buah potong!! wahhh...bestnyerrr....ada org mandikan aku..hahaha..mandi ngn air limau purut...best sgt~ smoga dpt istiqamah sampai dpt ijazah tamat plak...ameenn..

Hamster aku lak, alhamdulillah.....ya ALLAH...sabar je lah... skali aku lepas..lame tol dia nak balik umah...adoii..ntah maen kat mane pun aku xtaw larh..dah la kecik... kalo aku same kecik ngn dia...ley gak ikut dia jenjalan sana sini...sampai xnmpk btg idung seharian! naik tension aku...ade skali tuh..suke tol dia gerak aku ms aku ngh tdo..adoii...

tp, bgs gak..cz slu dia akn 'gerak' aku ms waktu sahur..huhu.. dah jln2 sepanjang siang n mlm..mesti lapar..haha..td aku dah 'kurung' dia dlm umah dia dah...wndu weyh....balik clz...xnmpk dia lg...bile mlm2 cmnih..bru nak balik umah...haizz bgs3..masa 1st time aku lps dia maen dlm bilik nih pun,naik naya jugak...nk tggu dia..balik..smpai kol 2pg bru nmpk muka! seronok sakan noh..haiyaa.. skati ko lah hamster..asal ko bahgia..ameen..

hamster2x...doakan aku jd wanita solehah taw....like my mum n all my sis..*insya ALLAH* miss them so much!!!


luvislamluvALLAH

Daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan
sesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu(untuk
mengolah dan memakmurkan). Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua
lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu,
bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum
wanita."

(Riwayat Muslim)

Wednesday, July 15, 2009

Serangan Jantung Vs Air Sejuk

bismilahirrahmanirrahim...


Serangan Jantung


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum air panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.



Jantung Dalam Rangka Tulang



Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda.

Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung �


Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Struktur Jantung



Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain (hm...nak hantar kat 100 org pun xpe..heh) yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

wallahua'lam...sama2 lah kita beringat....bahye tuh..

Tuesday, July 7, 2009

Matahari Bersinar Kembali

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah...

waa...bestnyerrrr.....

****** is coming!!!! ia pengganti kpd 'si dia' ku yg telah pergi......(iskk)

mmg best sgt...rasanya...xtaw nak ckp per arh..hehehe

huhu...ini bukan berkaitan dgn kursus p.u o minggu perkasa putra o akaun o kuantitatif o sukatan hutan o ape2 aje..lah...ni berkaitan dgn dia!!!! waaaa...best2..

kenangan terindah


u'r welcome my dear...v(^_^)v


nnt,de masa free aku citer lg erk...bzbzbzbzbz right now. tata..see u next time..insya ALLAH...wassalam.

Saturday, July 4, 2009

Petikan dari Buku Berani Gagal

bismillahirrahmanirrahim...

1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)

2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)

3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai. (Helen Keller)

5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)

6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)

7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)

8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)

9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)

10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)

11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)

12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar.

13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa di situlah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)

14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan.

15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai.

16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat. (Unanimous)

17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)

18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki si pemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)

19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)

20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)

21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)

22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)

23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki (Ken Keyes)

24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)

25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai.

26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)


27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

⌂ Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
Adalah hakku untuk menjadi berbeza
⌂ Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
⌂ Tidak kuingin menjadi warga peliharaan
⌂ Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
⌂ Aku ingin mengambil risiko terhitung
⌂ Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
⌂ Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
⌂ Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
⌂ Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
⌂ Tidak juga maruah dengan sedekah
⌂ Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
⌂ Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
⌂ Bangga dan tidak gentar
Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
⌂ Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
⌂ Dan berkata 'Inilah yang kulakukan'
⌂ Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan



insya ALLAH...semoga beroleh manfaat...hidup di dunia hnya sementara..semoga dipanjangkan umur dlm melakukan ketaatan kpd Nya..ameen..hidup penuh makna~