Thursday, April 11, 2013

duit halal vs duit haram

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hari ni ada beberapa cerita yg aku nak kongsikan.

cerita benar. cuma diolah sedikit. kisah ini benar2 berlaku dalam masyarakat kita.

1) ali anak angkat pada si ah chong.



suatu hari, ayah angkatnya (cina bukan muslim) bagi duit belanja pada dia. ali sekolah tahfiz.

"ayah..ali harap duit yang ayah bagi pada ali ni....duit ni dari sumber yang halal.....kalau ayah menang judi, lepastu ayah nak bagi sket pd ali, ali lebih rela berlapar dan ikat perut dari makan duit haram...." kata ali pada ayah angkatnya dgn lembut.

ah chong sedar yang dia kuat main judi. mahu tak mahu, kerana sayangkan ali, dia pun berusaha bekerja dgn titik peluhnya sendiri supaya dia dapat beri duit belanja pada ali dari rezeki yang halal.

akhirnya, apabila melihat kesungguhan ah chong bekerja berniaga pagi sehingga ke petang, kadang membuat kerja tambahan pada malamnya pula, akhirnya ali pun menerima bekalan duit yang halal dari sumber rezeki ah chong yang tidak lagi bermain judi. ali sangat bersyukur dan terharu dgn perubahan ayah angkatnya. setiap kali selepas solat atau menghafaz al-qur'an, ali tak henti2 berdoa agar ayah angkatnya terbuka hatinya utk memeluk agama islam. ali tak pernah memaksa. dia hanya mampu terus berdoa dan berusaha mengajak ayahnya dgn sabar. namun, hidayah itu milik Allah. tetapi masakan cahaya akan masuk menerusi tingkat yang tertutup dgn langsir tebal......ali sangat berharap ayahnya menerima dan masuk dalam agama islam agar segala kebaikan ayahnya terbalas  di akhirat nnt dgn balasan berlipat kali ganda kerana kebaikan ayahnya pada dia sangatt banyak.

kesimpulan dari cerita ini, jika duit yang diberi oleh ah chong pada anak angkatnya, ali...dari sumber yang haram, akan berkatkah pelajaran yang akan diterima oleh ali? keberkatan itu datang dari sumber yg bersih dan suci. ali sangat menjaga keberkatan dalam hidupnya agar dia jauh dari perkara2 yang blh melalaikan dia akibat 'makan' dari sumber yang haram tanpa dia sedar. ali sangat teliti. dia ingat pesan guru di sekolahnya. makanan akan mengalir dalam darah. akan membentuk daging dan hati. jika ia dari sumber yang haram, maka akan beri kesan yang sangat besar pada hidup seseorang.

2) ahmad mempunyai 4 orang anak.


2 orang anak pertamanya sangat baik dan patuh pada agama. taat pada perintah dia dan isterinya. tetapi anak ke-3 dan ke-4 agak berlainan sedikit daripada anak pertama dan keduanya. berbeza bagai langit dan bumi. ahmad sangat bingung. anaknya sangat liar, sosial, keluar pergi kelab malam, menghabiskan masa dgn aktiviti tidak berfaedah. malah pernah satu ketika dulu ahmad pernah memberkas sendiri anaknya apabila dia membuat serbuan di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota. malunya bukan kepalang. mukanya merah menahan malu dan marah kerana dia sendiri yang mengetuai gerak kerja misi pada malam itu. 

ahmad bingung. apakah beza pendidikan yg dia berikan pada kesemua anak2nya? tidak silap ahmad, dia memberikan pendidikan dan penegasan yang sama ada semua anak2nya. ahmad semakin tertekan. dia mencari2 punca yang menyebabkan anaknya jadi begitu. 

lalu dia membuat keputusan utk berjumpa seorang ustaz yang dia segani utk membincangkan masalah yang dirasakan terlalu berat itu. tidak tertanggung rasanya. dia sangat buntu. ustaz umar memberi masa pada ahmad utk dia bermuhasabah kembali apa yang dilakukannya pada awal kelahiran anak ke-3 dan ke-4 nya.

tidak semena2 dia teringat. sebagai seorang anggota polis. dia xterlepas dari ajakan utk menerima rasuah dari orang awam mahupun orang ternama. seingatnya pada kelahiran anaknya yang pertama dan kedua, dia sangat menjaga diri dari menerima sebarang rasuah. tetapi apabila ekonomi semakin mendesak, seingatnya pada awal anaknya yg ke-3 dia terlalu terdesak dan terpaksa utk menerima duit rasuah demi utk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi pada tika itu. 

apabila semakin lama, dia semakin biasa memakan rasuah tidak kira bernilai kecil atau besar.  malah sanggup utk memberi rasuah pada org. ya, segalanya bermula dari kesempitan hidup. apabila semakin stabil ekonominya, dia 'lupa' utk menjaga dirinya dari terus menerima rasuah. niat asalnya hanya mahu menampung kos rawatan isterinya yang bersalin anak ke-3 pada tika itu berubah pada kemahuannya sendiri apabila merasakan rasuah tidak asing lagi dalam hidupnya. 

ahmad sangat menyesal dgn apa yg telah dilakukannya. dia bertaubat dgn sebenar2 taubat. dia berasa sangat malu kerana tidak berjaya menjaga halal dan haram dari sumber rezekinya. kini keberkatan rezeki hilang sedikit demi sedikit apabila dia mula menerima rasuah sedikit demi sedikit. dia memperbanyakkan sedekah sebanyak yang dia mampu agar blh 'menebus' kembali apa yg telah dia beri pada anak isterinya makan pada ketika dahulu. 

lama kelamaan, dgn sabar dan konsisten ahmad bekerja dgn amanah tanpa rasuah, di samping menasihati isteri dan anak2nya, akhirnya anak2nya yang liar dan sangat tidak patuh pada agama mula berubah sedikit demi sedikit. 

semuanya bermula dari duit halal yang diberikan oleh ahmad. halal dan suci tanpa mencampuraduk dari yg haram. itulah keberkatan rezeki yang membawa kepada kebaikan dalam keluarganya. alhamdulillah dgn izin Allah, anak ke-3 dan bongsunya berubah menjadi anak yg soleh dan solehah.

ahmad sujud syukur. dia insaf dan menyedari betapa pentingnya rezeki dari sumber yang halal.....

jika tidak, akan hilanglah keberkatan...............

wallahua'lam.

No comments: