Tuesday, April 30, 2013

tiada siapa yang sempurna

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(: ...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hermm, kadang2 bila kita terlalu kagum dgn seseorang tu, kita akan terima apaa sahaja kata dia.....smpai w/pun ade perkara yg tidak betul pun....kita iyakan dek kerana kagum sgt pd dia.....walhal sebenarnya, takde sape pun kat dunia ni yang sempurna....

nabi adam sendiri ada wat salah...sehingga dikeluarkan dari syurga...

nabi muhammad sendiri ada wat silap...sehingga Allah menegur dalam wahyuNya..cnth surah ke-80..

inikan pula kita manusia biasa...tambah lagi akhir zaman....

jika kita berada di dalam daulah islam, seorang khalifah/ketua ummat islam tu sendiri ada sebuah badan yang akan menegurnya...iaitu majlis ummat. sebarang ketidakadilan atau kepesongan (lari dari al-qur'an dan as-sunnah) yang dilakukan oleh seseorang khalifah akan disampaikan melalui majlis ummat.

majlis ummat dalam daulah islam akan beritahu kpada khalifah...

dan jika benar seorang khalifah tu memang benar salah, siapa yang akan menghukumnya?

badan yang akan menghukumnya adalah mahkamah mazallim.

mahkamah mazallim ini berhak utk melucutkan jawatan khalifah dan pegawai2 lain...seperti pembantu khalifah dlm pemerintahan (mu'awwin at-tafwidh), pembantu khalifah dlm pentadbiran (mu'awwin at-tanfiz) dan wali atau al-wulat iaitu wakil setiap negara dari daulah.

ni menunjukkan....w/pun khalifah sendiri iaitu ketua pemimpin ummat islam, jika beliau membuat kesalahan, ia tetap akan dihukum.

jd, melihat pada raya 5thn sekali yang akan dtg ni...........dgn penerapan sistem warisan penjajah kufur ni......begitu ramai yang berbondong2 utk memilih dan menyokong pemimpin mereka.....mereka melihat, sangat perlu utk menukar pemimpin. tp mereka tidak melihat keperluan utk menukar sistem pemerintahan yg ada skrg........

memilih pemerintah yang lebih baik memang bagus...pemerintah islamik...........tp dgn sistem yg kufur dan masih tetap bekerjasama dgn musuh2 islam............demi kedaulatan dan kesejahteraan negara sendiri...........itu tetap tak akan bawa kita kepada kehidupan yang lebih baik...malah masih tetap dalam kehidupan yang sempit apabila kita mengambil islam sikit2.....separuh2....apabila kita tidak mengambil islam sebagai cara hidup yang sempurna......kaffah...keseluruhan...syumul....kita tetap tidak akan dapat lari dari kehidupan dunia yang sempit ini dek kerana melalaikan apa yang Allah perintahkan.... renungan surah taha :124.

"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

na'uzubillah.

tiada manusia yang sempurna.
setiap manusia pasti membuat salah dan silap.
kerana manusia bertindak mengikut kefahamannya...
andai akal itu mengikut piawaian iman (taat pada perintah Allah dan rasulNya),
maka itu adalah akal yang cemerlang.

renungan surah ali 'imran :31-32

ikutlah rasulullah jika mencintai Allah. ^_^

wallahua'lam.

No comments: