Thursday, July 19, 2012

Terengganu :)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La haw la wala quwwata illa billahil' aliyyil 'azim..

Terengganu Darul Iman.

pabila mendengar namanya sudah membuatku jatuh hati. terengganu darul iman. :) iman? herm, pasti penduduknya juga beriman..tekaku. ;) hik3..insyaAllah..aminn.


***

sejak kecil lagi aku sering ke kuala terengganu ke rumah nenek sdaraku. selalu pd waktu cuti sekolah lah. sama ada rela atau terpaksa, aku sering dibawa ke sana bersama adik aku.hehe mula2 pergi menangis2 sbb mak abah sume xikut. tp bila dah sampai sana, lupa terus kt dorg.hoho :P kt sana, rumah nenek sdara - kalo ikut pangkat nama. tp kitaorang xpanggil nenek pun sbb neneknyaa muda dong,hehe jadi panggil mak saba dan pakman je lah. tp kalo ikut keturunan, lahir dari mana dan mana sepatutnya panggil tok saba dan tok man lah :P tp mcm tua sgt pulak nk panggil tok. sbb nenek dan atok sdara aku ni baya2 mak dan ayah aku je. huhu

pak man dan mak saba mempunyai 2 orang anak. nama diberi abdul latif dan latifah :) panggil abang latip dan kak tipah. abang latip tua 10 tahun daripada aku. dulu masa kecik2 rapat sgt ngn dia. bila melihat balik gambar2 lama, aku rasa mcm malu plak bila tgk gambar aku sendiri. hoho akrab benor ngn abg latip. tp bila dah besar sket naik darjah 5..baru aku rasa malu dan segan.huhu

pak man dan mak saba juga mempunyai sebuah kilang membuat roti , roti burger, sos cili, sos tomato, roti pizza, roti manis yang diusahakan sendiri oleh tulang empat mereka bersama bantuan keluarga dan pekerja terdekat. jadi, selalu kalo balik terengganu sbab nak makan roti free je.hoho nak tolong pun, masa tu rasanya mmg xlah. tolong menyibuk adalah. tp bila dah besar sket..naik tingkatan, aku pun tolong lah apa yg patut. selalu keje yang aku buat. packing roti lah. huhu banyakk sgt. memang berpeluh2 lah kalo wat. kalo lambat wat, lambat lah siap dan lagi lama lah berdiri. +__+ tp bila semuanya dah siap,ouhh heaven nya rasaa. nikmat betul dpt berehat setelah kepenatan. :D

yang aku paling sukaa dkt kuala terengganu ni bila hari jumaat.

hari jumaat cuti. ada sekali tu aku balik dan esoknya hari jumaat kalo xsilap..mak saba dan pakman bawak aku g dgr ceramah dkt masjid mana tah. aku xigt. tp dekat ngan pantai. mmg best sgt. ramai sangatt orang. penuh masjid tu. kereta2 motor2 berderet2 pada pagi jumaat tu. itu lah kali pertama aku tgk suasana dan keadaan yang mcm tu. rasa seronok sangat. aku terkejut. sbb pada pagi jumaat tu orang ramai berduyun2 pergi masjid xkira laki dan pempuan utk g dgr ceramah agama! subhanallah...since dat, i fall in love wif terengganu. jatuh cinta dgn orang2nya. yang gigih menuntut ilmu agama. hidup sederhana. walaupun miskin tapi nampak bahagia dan kaya jiwa. jiwanya dikayakan dgn ilmu pengetahuan fardhu ain yang satu ini.  :)



abis ceramah mak saba dan pakman jual lah roti . selalunya habis dan laku lah. sbb roti mak saba dan pakman ni sedap dan murah.siyess. aku kalo balik sana mmg boleh hidup lah kalo xmakan nasi. makan roti je pun kenyang. makan roti manis sambil cicah sambal belacan. sdapp sungguh lah weh. hahaha

tp..............

sekarang banyak yang telah berubah. waktu terus berlalu dgn pantas. meninggalkan masa2 lalu ku. pak man dah meninggal masa awal tahun 2010...last aku g terengganu masa cuti sem pd tahun 2009...itu lah last aku jmpa dan mengait kenangan bersama pakman. masa aku dpt tahu berita pemergian beliau pulang pd ilahi..waktu aku tgh dlm bas, g amali luar kot. menangis aku. perasaan ini xtertahan sedihnya. aku di bumi kenyalang. untuk balik pulang ke semenanjung adalah mustahil dan xsempat utk menjenguk beliau. pasti. ditambah dgn bebanan tugas dan jadual kelas yang padat. aku hanya mampu menangis dan meratap rindu pada beliau. beliau insan yang amatku sayang setelah ibubapaku. :'( kenangan bersama beliau sangat banyak. kuala terengganu adalah tempat kenangan kami....terlalu banyak.

yaa, masa lalu adalah perkara yang paling jauhh dari kita. tp hidup ni xselalunya indah kan..yang indah itu tetap hidup dlm kenangan. :') moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau dlm kalangan orang2 yang soleh. aminn ya rabbal'alamin.


No comments: