Saturday, May 2, 2020

Sedih

 bismillahirrahmanirrahim..

tiada siapa yang ingin dihinakan. tiada siapa yang mahu dirinya direndahkan, diperlekehkan, ditengking, dicaci. tiada siapa.

apa perasaan bila diri diperlaku sebegitu? alangkah sedihnya. hati bagai disiat2....:'(

air mata tidak henti mengalir laju di pipi, hati merasa sebak dan pilu teramat. teramat sangat. kepala terasa sakit, hidung mula slesema menangis tangis. mata mula membengkak. peritnya rasa ini...

tiada siapa manusia yang menginginkannya. datangnya tidak diundang dan kadang tidak disangka-sangka..

penah dengar lagu rintihan nyanyian hijjaz?

begitu lah perasaan hati ketika ini...terasa berat tersangat dugaan yang sedang dihadapi
berlawan dengan emosi dan ego orang yang bongkak.merasa dirinya hebat. seorang pemimpin seharusnya bersikap professional dan tidak mengikut emosi serta jiwa yang kacau. perlukah ditengking? perlu kah mengeluarkan tutur kata yang menyakitkan hati sehingga tidak tersusun lagi bicaranya?

hati masih menangis...luka masih berdarah, siapa yang mahu merawatnya? pembuat luka menghilang diri bersama ego.

No comments: