Saturday, May 2, 2020

Ucapan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

As-Salamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang berada di sini. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi majlis. Yang BerbahagiaBerusaha, Pengerusi Kelab Rimbawan sesi 2009/2010 Muhammad Faiz Bin Saion, AJK-AJK di dalam Kelab Rimbawan dan Yang dihormati serta disayangi hadirin hadirat sekalian.

Sebelum sy berucap dgn lebih panjang, ingin sy memperkenalkan diri sy serba sedikit bagi makluman hadirin sekalian. Nama diberi Nurul Hidayah Bt Zolkiffly. Diploma Perhutanan Semester 3 dari pelajar batch 2008/2009. Berasal dari Selayang, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Anak ke-4 drpd 7 org adik beradik. Sekolah terakhir adalah di SMK Darul Ehsan, Selayang sebagai pelajar Tingkatan 6 Rendah. Kini, Pelajar UPMKB yang berperanan sbg Wakil Program Dip. Perhutanan di dalam Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) bagi sesi 2009/2010.

Baiklah, berdirinya sy di sini atas permintaan Mantan Wakil Kos yang mahu sy menerangkan serba sedikit mengenai peranan sy sebagai wakil Program Diploma Perhutanan bagi sesi 2009/2010. Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada mantan wakil kos sesi 2008/2009 iaitu saudara Navinbabu Rao a/l Krishna Rao dari pelajar semester 5 yang banyak memberi tunjuk ajar dan serba sedikit perkongsian pengalaman beliau sepanjang penglibatan beliau selaku wakil kos pada waktu yang lalu.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih sy ucapkan kpd pihak pengurusan Kolej Sri Rajang kerana memberi peluang kpd sy untuk menjalankan tugas selaku wakil kos bagi sesi 2009/2010.
Di sini, ingin sy tekankan bahawa, selaku wakil kos..sy berperanan untuk menjaga kebajikan para pelajar yang berada di dalam kos Diploma Perhutanan ini bermula dari pelajar sem 1 sehingga bagi pelajar semester terakhir. Sebarang permasalahan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang mahu dijalankan terutamanya yang melibatkan orang atasan, pihak2 yang terlibat yang menguruskan pelaksanaan aktiviti tersebut boleh berhubung dengan sy untuk sy mengambil tindakan selanjutnya.

Sy juga, merupakan wakil bagi suara2 pelajar program Diploma Perhutanan kita yang mahu membuat sebarang apa2 aktiviti, perancangan mahupun permasalah kita dalam Kelab Rimbawan kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa. Daripada situ, dapatlah kami ahli-ahli MTM berbincang dan berusaha untuk merealisasikan hajat atau sebarang aktiviti Kelab Rimbawan yang di mana terdapatnya permasalahan. Insya ALLAH, dengan kerjasama dan sokongan anda semua, sy akan buat yang terbaik selaku menyandang jawatan sebagai wakil kos bagi mewakili suara-suara pelajar kos kita dalam MTM di sesi 2009/2010 ini. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita dalam Kelab Rimbawan ini pada ms kini dan masa akan datang, Insya ALLAH.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, was-Salamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kpd yg bukan muslem. Terima kasih.

No comments: